Isnin, 31 Disember 2007 0 celoteh

Azam 2008: Aku Terima Cabaran !!

SalamX..!!

Kau tak buat bisnes internet ke LePaK ?!!

Soalan nie aku dah terima banyak kali dari rakan dunia internet. Payah aku nak jawab. Tujuan aku pada asalnya hanya nak belajar buat laman web je sekitar 90an dulu bila ader internet kat umah hehe..! :-)

Sebenarnya banyak tawaran aku dapat. Pertama sekali aku pernah diupah oleh seorang Doktor untuk bina sebuah laman web koleksi rama-rama (1992). Dua kali dia pujuk suruh ambik upah bina laman kegemaran dia tu, bukan susahpun.. 6 keping je dia suruh buat lepas tu nak bayar RM400. Entah apasal aku tolak mentah-mentah. Tak reti aku berbisnes dengan benda yang aku katakan hobi.

Berapa masuk duit dari internet kau nie LePaK !!

Soalan nie aku terima bila aku wujudkan Portal Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia (www.mypendidik.net). Pelik aku, tetiba je muncul soalan pasal dapat duit bina portal. Mungkin maksud mereka, jika ada hosting dan domain sendiri lebih mudah kita masukkan iklan-iklan tertentu untuk tambah pendapatan.

Jumaat, 28 Disember 2007 0 celoteh

Wang Kertas RM50

SalamX..!!

Berita citer ada keluarkan wang kertas RM50 design baru tapi yang mana satu daa…?!! Pusing-pusing aku duit tu sesambil pening-pening lalat.

Ini paparan depan RM50 baru.
Ini paparan belakang RM50 design baru.
Khamis, 27 Disember 2007 0 celoteh

Achmed: Silence!! I Kill You!!

SalamX..!!

 

Erm… Kelakorpun ader… layan je.. Rasanya macam ader yang tak kena je dia cakap sesuatu. Kalau ader komen lagi bagus..!!
Isnin, 10 Disember 2007 0 celoteh

Generasi Adobe Photoshop

SalamX..!!


Apa yang kau orang nampak?!! Adobe Photoshop CS3 tu hehe..!! Malam nie aku proses install benda alah nie setelah aku gagal mengefullvisionkannya pada 3 bulan yang lepas selepas membeli CD Local. Haha… dah ader dah. Cantik gak dan ader beberapa menubar atau function yang dia tambah sikit nampaknya… :-D

Dalam PC aku nie saje ader 3 version Pohotohop, bermula dari vesion 7.0 sampai le version yang terbaru CS3.
Rabu, 5 Disember 2007 0 celoteh

Bersama Mario Di Hotel Perdana

SalamX..!!

Aku dengan Mario bergambar kenangan depan Hotel Perdana, Kelantan. Ahekeke !!! :-D

 Lihat Gambar Aku Asal dan Gambar Mario Asal.
Sabtu, 1 Disember 2007 0 celoteh

Photoshop Collection

SalamX..!!

Photoshop Collection merupakan satu-satunya blog aku yang menggunakan tutorial Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bukan nak citer kata aku nie hebat berbahasa omputih tu.. tapi senang nak rujuk. Kebanyakan istilah photoshop nie lebih mudah kalau belajar dalam bahasa dia orang.

Photoshop Collection

Kes nie bengangnyer citer le… selalu aku dah jumpa tutorial yang best-best senang lak tu nak ikut… tup tup terlupa url dia. Kali nie puas hati, apa yang aku jumpa dan rasa best terus je aku sumbatkan dalam tu.
Selasa, 27 November 2007 0 celoteh

Flip Text

¡¡…undɯɐ

.ɐdɐ-ɐdɐ ɥɐʇuǝ buɐʎ sǝ1ʇsǝʌpɐ ɹǝʌɹǝs ʇɐqıʞɐ qɐqɯǝ1 ıpɐظuǝɯ ǝbɐd buıpɐo1 uɐʞʇɐqıʞɐbuǝɯ ɐuɐɹǝʞ snɹǝʇ ɹɐʞnʇıp / uɐʞ1ɐʇɐqıp / ɥnbbuɐʇıp ɐsʞɐdɹǝʇ ɐısʎɐ1ɐɯ - 11od sǝ1ʇsǝʌpɐ pɐǝɹɥʇ

¡¡ uɐʍɐʞǝʞ ɟɐɐɯ

¡¡..xɯɐ1ɐs

p/s Mau baca kalu… kasi pusing lu punya kapala.. ada paham..!!! :-x
Jumaat, 23 November 2007 0 celoteh

MyMode Dan Apa Keistimewaannya !!

SalamX..!!

MyMode?!! Penah dengar ke tak?!! Nie le satu-satunya bisnes “tempelan”, bisnes yang entah tetiba penuhkan akaun maybank aku dengan duit. Aku sebenarnya pun tak sangka boleh simpan dalam RM 5 ribu dalam tempoh 7 bulan secara bersantai hehe…!!

Oh.. apa kelebihan MyMode nie?!! Ha… baca elok-elok apa aku nak citer. Kira 7 bulan walaupun terasa cam setahun jagung je aku baru join mende nie tapi aku rasa aku dah paham dah camner nak citer kelebihan dia kat kau orang. Aku bukan nak promotepun.. tapi kalau terasa nak berduit cara santai tu bisik-bisik le kat aku nanti :-) .

Kelebihan-Kelebihan MyMode Prepaid:
  •     Daftar Hanya RM65 Seumur Hidup Terus Dapat Pulangan Point RM11
Ini kelebihan pertama sistem MyMode. Nampak cam cikai je daftar ahli RM65. Tupun ader yang melatah bukan-bukan kata rugi la join, takleh caya lah pasal murah sangat jadi ahli. Iskk… kau orang nie.. sabor le, beli rokok Dunhill sekotak sari RM8.20 boleh pulak?! Kira la tengok kalau sepuluh hari dari sekarang kau org tak berenti rokok, dah cecah ‘rega’ daftar ahli tu… hehe..!!
Khamis, 22 November 2007 0 celoteh

Speed Painting - Nico Di Mattia

SalamX..!!

Kekadang tu kita mudah rasa frust atau jemu bila kita terpaksa buat sesuatu yang memakan masa yang terlampau lama. Jadi ternyata di sini lah kelemahan kita selama nie… Sebab kali nie aku terjumpa satu video di mana lukisan grafik dilakukan selama 9 ke 20 jam untuk disiapkan… tapi hasilnya… peh cukup memuaskan.


Jika anda ingin melihat hasil beliau anda boleh terus melayari thread nie…. :-)
Rabu, 21 November 2007 0 celoteh

Bina Widget Peribadi

SalamX..!!

Musim sekarang ramai yang gemar selitkan image tertentu dekat tepi paparan blog atau website seperti yang aku pakai image di sebelah kanan diari nie. Istilah diapun ringkas je “Widget“.

Nampak menarik jugak yek…!! Selalunya Widget nie dia ader peranan tertentu seperti jika kita hendak serlahkan sesuatu terutamanya link-link yang kita ingin tetamu kita susuri. Jadi buat semua pemilik blog atau apa jugak mende yang kita namakan web page nie.. kalau berminat jom kita sama-sama cuba bina widget kita sendiri.
Isnin, 19 November 2007 0 celoteh

Lembah - Kuala Kangsar

SalamX..!!

Sesaje singgah Kuala Kangsar nak ambik gambar kenangan bersama anak-anak. Bukan senang dah nak pegi situ selepas aku berpindah nie. Kalau tidak boleh dikatakan hari-hari aku lalu situ masa berulang-alik gi keje.

Lagipun saje test guna kaedah Old N Burnt dalam photoshop. Seronok gak lepas-lepas test…. paparkan, takde la aku asyik lupa je nak buat lain kali.

Nampak gayanya style nie ok sikit sebab sekurang-kurangnya aku ader motivasi nak belajar photoshop.

Buat masa cuti sekolah nie… kalau duduk sesaje kat umahpun boring gak. Bukan takde keje kat portal nu… ader… saje nak beri tumpuan pada kemahiran baru pulak.

Oh ye… nie gambar 3 orang anak aku… takde dah itu je… kalau ader lagi kira rezeki baru hehe…!! :-D
Ahad, 18 November 2007 0 celoteh

Kemuncak Banjaran Titiwangsa

SalamX..!!

Pada 13, 14, 15 November yang lepas aku berpeluang pegi ke Kemuncak Banjaran Titiwangsa. Peh.. best gak… nie le first time aku jejak situ. Sebenarnya aku dapat berkursus di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Aku bukan penah pegi Kelantan sebelum nie pun. Best gak sana.. shopping… Hek hek…!!
Sabtu, 17 November 2007 0 celoteh

Boikot - Kodak Giant Tambun, Ipoh

SalamX..!!

Sila sebarkan untuk tindakan berjaga-jaga..!!

Boikot Kedai Kodak Ini !!

Kepada rakan-rakan yang berada di Ipoh, Perak dan berhampiran dengan Tambun, harap kita sama-sama BOIKOT kedai kodak nie… sebab kedai nie tidak melayani customer dalam perihal WARRANTY !!
Isnin, 12 November 2007 0 celoteh

Out-of-Bounds Photoshop

SalamX..!!

Layan Anak

Aku tengah layan karenah anak paling kecik… Nur Alia Darwisya. Apa leh buat, jadi bebudak balik le nampak gaya aku nie… Akehehe..!!

Penah ke dengar Out-of-Bounds? Kaedah nie le aku buat gambar yang kau orang tengok nie. Kalau nak cuba… jom kita sama-sama perah otak merujuk tutorial di Worth10000 . :-)
Ahad, 11 November 2007 0 celoteh

Interframe Atau Outframe?

SalamX..!!
Mimi Degil...!!

Mimieeee…..!! Pegi mana tu….?!! Iskk… degil sungguh anak ke-2 aku sorang nie… jangan kata tak dengar larang keluar rumah… dalam fotopun dia dah melangkah keluar dari frame tu…. Dah risau mak dengan kakak dia kat belakang… iskk…!! :-?

Klik dan lihat Gambar Mimie Asal .
0 celoteh

Jejak Di Menara Condong

SalamX..!!
Menara Teluk Intan

Kenangan aku sikit sangat di Teluk Intan. Aku tak sempat bergambar sebab hujan lebat. Ini le first time aku jejak kaki depan menara condong nie. Tarikh yang tercatat kat gambar tu 7 Jun 2007 masa rakam gambar 5.59.16 petang.

Sorry.. gambor tu terkeluar la pulak dari frame… aku sempat shot dari tingkap kete je time singgah kejap dalam perjalanan balik dari Selangor melalui Sg. Besar Selangor. Apa leh buat… dah hujan.. ini le sesatunya gambar aku sempat ambik… :-x .

InsyaAllah.. suatu hari nanti aku nak pegi lagik situ bergambar ngan anak-anak…
Sabtu, 10 November 2007 0 celoteh

Lidah Buaya - Aloe Vera Linn?!

SalamX..!!
Pokok Lidah Buaya

Pokok Lidah Buaya yang berada di rumah aku sekarang. Semalam baru aku perasan yang tunas naik mencecah bumbung. Selalu jalan tunduk je.. tak perasan. Aku tak penah lak tengok camtu punya tinggi… 8-O . Ye ke nie pokok lidah buaya ?!!
Selasa, 6 November 2007 0 celoteh

Galeri Diari Pencatur Maya

SalamX..!!

Galeri Pencatur Maya

Wah~!! Kali nie aku ader up satu addon Galeri dalam Diari Pencatur Maya. Kalau sesiapa yang sudi nak jengok atau mengenali aku dengan lebih dekat, boleh je jejengok kat menu Galeri yang ader tu. Mana le tahu… sesilap hari bulan kita berjiran rupanya hehe…!!

Baca Maklumat
Ini menu yang ader pada Galeri. Kepada yang nak baca maklumat tentang gambar, boleh je klik kotak “Baca Description” yang ader di tengah-tengah sekali tu. Nanti dia akan paparkan maklumat berkaitan gambar.

Ok… tu je setakat nie…!! 8-)
Selasa, 30 Oktober 2007 0 celoteh

Sony Playstation 2 SCPH-77006+

SalamX..!!

Hehe..!! Aku dah cekau satu untuk anak-anak..!! Entah le ok ke tak.. tapi nampak gaya ok gak.

Tak ambik…. kesian lak bebudak tu asyik numpang nengok je bila anak-anak sepupu main. Kalau tumpang main sama kira ok le… ini nengok je sampai berjam-jam… dayus lak aku rasa kalau tak tangkap satu.

Dah ader nie… kira senyum melebar je la dia org hehe…!! Aku lak jadi tunggul nengok dia org main. Nak tumpang sekaki.. segan lak rasa sebab kang aku dah start main gerenti tak ingat dunia dah… sesilap anak-anak aku jadi mangsa dera lak asyik dapat nengok aku main je… hehe..!!

Tapi… kalau kau org dah ader mende nie.. leh akk kongsi apa-apa patut kat sini. Nak gak aku tahu apa yang terbaik dan sebaliknya. Beli hasil tambah bonus Prepaid gak beb..!! Hehe…!! :-P
Khamis, 27 September 2007 0 celoteh

Musnahkan Rvhost.exe, Fujacks Dan Bro-act

SalamX..!!

Kali nie kita nak jengok masalah yang sering dialami oleh pengguna Destop dan Leptop (Notebook) seperti gambarajah di bawah:


Penah kena ke tak ? Kalau penah kena bermakna kau orang akan tahu le azap dia sebab Task Manager takleh buka. Tambah lak run untuk regeditpun takleh buat. Kes naya tu. Ok… kalau berminat nak atasi benda nie jom kita lihat sesama camner cara agar kita boleh membuka Task Manager kita kembali.
Ahad, 23 September 2007 0 celoteh

Modules Photoshop Ajax System

SalamX..!!

Alamak… lupa la nak kasi tahu kau orang… nie haa ader aku buatkan satu modules khas untuk belajar Photoshop. Modules nie berbeza sikit sebab ia menggunakan function Ajax. Jadi takde le pepayah kau orang tunggu loading apa kesemua tu semua… buat lambat je.

Tutorial nie pantas… klik je icon (+) atau (-) , terus je loading page secara Ajax..!! Nak kata banyak tu takde la… maklum le tengah buat. Lelama nanti banyak la kot… Jom le bertutorial di Tutorial Photoshop. :-D
0 celoteh

Merepek Buat Kotak - Photoshop CS2

SalamX..!!

Hehe.. dah lama aku nak merepek buat mende nie.. tak jadi. Last sekali aku belasah gak ngan Photoshop. Janji ader satu produk khas Wahakekakaka…!!


Jangan Ketawa haaa… aku baru je belajor nie hehe…!! Kalau ader masa nanti aku try ejas kasi memacam style le pulak… Tu pun kalau reti hehe…!! :-D :-D

Klik “Baca selanjutnya…” untuk lihat hasil terbaru…!!
Selasa, 18 September 2007 0 celoteh

Google Sebagai Kalkulator

SalamX..!!

Anda pernah terdesak untuk mengira di depan PC ? Mesti pernahkan… hehe ! Kali nie senang dah, Google yang kita selalu guna sebagai enjin pencari sebenarnya boleh juga bertindak sebagai kalkulator.


Kalau nak detail.. rasanya kau orang sendiri boleh cuba di PC memasing. Buka je laman google dan masukkan angka Matematik kat situ kemudian tekan butang Search, nanti dia kasi tahu la jawapan. Cuba le sendiri :-D .
Rabu, 12 September 2007 0 celoteh

Salam Ramadhan 1428H

SalamX..!!

Banner atas dah kasi ucapan… jadi takde mende aku nak ucap lagik. Cuma nak ajak kau orang semua Berteraweh je. Jadi apa tunggu lagik….

Jom meriahkan Masjid… sesambil menanti saat Moreeeeee…..!! Hehe….!! :-D
Isnin, 27 Ogos 2007 0 celoteh

Sebesar Mana Bumi Kita Nie?

SalamX..!!

Sesambil aku layan susun barang selepas basuh rumah akibat banjir semalam.. termenung aku kejap memikirkan sejauh mana besarnya bumi kita nie?!! Banjir akibat benteng sungai pecah dah kelam kabut 2, 3 taman perumahan. Itu belum lagi angin ribut taufan, gempa bumi, tsunami ekk.. ngeri aku nak sebut.

Ok la.. sebesar mana sebenarnya bumi kita nie.. mari kita sama-sama lihat dahulu 5 buah planet yang tersenyum je bila dipandang dari bumi.


Emm.. besar gak Bumi kita nie yek..!! Alahai Pluto tu nampak cam guli je ahekek..!! Patut le manusia di Bumi nie banyak yang angkuh-angkuh hehe..!! :-)
Selasa, 21 Ogos 2007 0 celoteh

Produk MyMode Prepaid MyPendidik

SalamX..!!

Wah~!! Ramai gak yang bertanya soal produk Prepaid nie… Takpe… nie dah aku senaraikan apa yang kau orang leh jual dan pakai sendiri. Janji setiap yang kau orang pakai nie ada rebeat bonus dia.

Tu yang hebat tu.. gie topup kat kedai mana leh dapat rebeat ngan bonus nie. Senyuman amoy kedai prepaid tu je kau orang dapat… tupun kalau amoy cun… kalau bapak dia yang si apek tu yang jual… camner ?!! Ahekekke…!! :-D

Ok jom kita saksikan apa jenis produk-produk yang ada dalam bisnes hebat nie….
Isnin, 13 Ogos 2007 0 celoteh

Koleksi Bonus Prepaid Referer Pendidik

SalamX..!!

Syukur Alhamdulillah !! Sama sekali aku tidak menjangka bahawa bonus MyMode Prepaid nie cukup mudah diperolehi. Maksud aku cukup mudah adalah merujuk kepada senangnya perjalanan bisnes nie. Kekadang aku sendiri tak menjangka aku akan perolehi bonus demi bonus pada tiap-tiap khamis dalam seminggu sedangkan aku sendiri topup handset aku cuma dalam RM 30 je sebulan.

Tipon BimbitRamai gak kekawan suruh aku paparkan bonus yang aku dapat sedangkan bonus aku nie takde la banyak manapun tapi cukup lah nak buktikan kat kekawan yang selalu kurang percaya dengan aktiviti yang aku jalankan nie. Maklumlah.. daftar ahli hanya RM65 seumur hidup, tapi pulangan yang aku dah dapat kau orang boleh lihat sendiri print screen paparan bonus yang aku sertakan sekali di sini… jauh berganda pulangannya dari modal menjadi ahli hehe…!! :P

Jom sesama kita lihat bonus-bonus yang aku dapat selama nie sesambil aku citer sikit pengalaman yang aku tempuh.
Khamis, 2 Ogos 2007 0 celoteh

Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA

SalamX..!!

Hari ini merupakan hari yang aku cukup sedih dan bengang apabila aku dapati gitar klasikal Admira buatan Spain aku terkopak di bahagian box belakang akibat dipijak oleh salah seorang pelajar yang tidak dikenalpasti di sekolah.



Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA Made In Spain
Memula aku ingatkan hanya gurauan apabila salah seorang pelajar perempuan memberitahu aku tentang hal nie. Setelah aku sendiri melihat keadaan gitar tersebut…. MasyaAllah… terkedu aku sejenak. Gitar yang memberikan ilham ketika bermain dan cukup bersejarah dalam kenangan hidup aku selama 16 tahun tiba² didapati robak di bahagian belakang box.

Gitar nie merupakan sebuah instrument yang aku terpaksa beli dari seorang pensyarah Eropah bernama En. Daniel dengan harga RM 570 pada tahun 1991. Ketika tu aku belajar di ITM Shah Alam dengan mengikuti program Dip. In Music dan menjurus kepada Clasical Guitar.

Setelah aku merujuk kepada rakan aku, harga gitar nie telah mencecah kepada RM1000+. Jika ada pengganti sekalipun gitar nie, bagi aku ia tetap tidak akan sama dengan value kenangan aku selama gitar ini aku perolehi semenjak 1991 sehingga sekarang. :(
Ahad, 29 Julai 2007 0 celoteh

Sistem Pengesanan Bahan P & P

SalamX..!!

Hehe… kesian kau org… Buat masa nie aku sibuk sikit. Tengah buatkan sebuah sistem pengesanan penggunaan bahan pengajaran pembelajaran di dalam kelas. Aduh… abis masa chatting aku ngadap benda alah nie je… Oh ye… gambar sistem yang kau orang tengok ini le yg buatkan aku sibuk masa nie. Dapat khamis lepas.. nak siapkan minggu depan… WaaaWaaAaaa….!!!! :-?

Sistem Pengesanan Bahan P & P
Klik gambar nie untuk lihat gambaran sebenar. Kalau masa nie ada mesej atau email kau org yang aku tak layan… memaaf la ye… sibuk sikit. Bukan taknak layan… tapi pening kepala layan coding MySQL nak siapkan mende nie…. tupun masih tersilap masukkan variable pengimbas dua kali… ceh..!! :(
Ahad, 22 Julai 2007 0 celoteh

Cara Bina Manual Localhost

SalamX..!!

Localhost ? Apa benda alah localhost nie ? Kepada mereka yang belum ceburi benda nie.. biar aku citerkan sikit apa itu localhost. Selalunya localhost nie ader kaitan sikit dengan server. Sesaper yang giler dengan pembikinan web berjenis CMS, mesti dah biasa dengan istilah nie.

Localhost

Tapi ramai jugak para webmaster yang kecewa apabila tak mahir dalam membina localhost secara manual di PC memasing. Kebanyakannya hanya menggunakan kemudahan aplikasi khas seperti XAMPP.
Jumaat, 20 Julai 2007 0 celoteh

Jaguh² Prepaid MyMode

SalamX..!!

Kita dengan anugerah akal yang dibekalkan kepada kita kekadang kita tidak berjaya memanfaatkan dengan baik dan bijak walaupun kita berada di peringkat yang tinggi. Ini lah gambaran yang selalu tergambar di benak fikiran aku apabila aku suatu ketika dulu menolak sesuatu perkara itu mentah-mentah.

Tapi… kali ini.. Alhamdulillah..!! Berkat nekad yang aku ada walaupun sebesar kuman, aku berjaya mengharungi satu Bisnes Prepaid yang berleluasa sekarang di alam maya. Boleh la.. merasa seratus dua dalam sebulan dengan bonus hehe..!!

Bonus Agent YanieBonus Agent MfactorBonus Agent Hasrol Bonus Agent HarriBonus Agent AsmawiBonus Agent Adi

Oh ye.. di atas nie ader gambar² keratan sudut bonus para agent MyMode yang boleh dikatakan hebat ketika ini. Jom kita saksikan bonus² dia org dalam sebulan… Kalau kau orangpun berminat nak merasa bonus cam kekawan kita di atas nie, sila mesej melalui handset aku di No: 0174611774 atau lawati http://dana.mypendidik.net ;-)
Selasa, 17 Julai 2007 0 celoteh

WebShot Hampir Singkirkan Prt Scr

SalamX..!!

Wah~!! Kali nie ader satu lagi software yang menarik. Saiz software juga menarik sebab kecik je.. macam Notepad kalau sekali pandang. Rupanya hasil yang akan kita perolehi lebih pada jangkauan asal.

WebShot
Nama software nie WebShot. Kepada mereka yang selama nie asyik guna kaedah Print Screen untuk dapatkan paparan sebuah laman web, rasanya kali nie key pad Prt Scr SysRq mesti jadi kenangan je la sebab software nie lebih hebat sebab dapat merakamkan 100% layord pada paparan sesebuah web.
Ahad, 15 Julai 2007 0 celoteh

Hasil Kuasa² Besar Zaman Silam

SalamX..!!

Jika direnungkan kepada kuasa-kuasa besar di zaman kegemilangan… Kita dapat lihat betapa unitnya senireka-senireka yang terbentuk di waktu itu. :-P

Great Wall Of ChinaPetraMachu Piochu
ColosseumTaj MahalPyramid at Chichen Itza

Ini adalah sebahagian kecil yang dijumpai dalam ruangan alam maya, mungkin ada yang lebih hebat daripada ini yang belum lagi kita temui untuk tatapan bersama. InsyaAllah… jika ada maklumat lanjut.. aku akan tempatkan di sini untuk tatapan kita bersama nanti.
Jumaat, 13 Julai 2007 0 celoteh

LetMeType Pantaskan Taipan

SalamX..!!

“LetMeType” software kecil yang kita dapat lihat di sebelah ini. Walaupun saiznya yang begitu kecil tapi ia mampu mempercepatkan proses penaipan kita di dalam semua pemprosesan yang terdapat dalam PC terutamanya Ms Word.

Sebelum penemuan software nie, aku kerap juga gunakan kemudahan Ms Word di bahagian AutoText dan AutoCorrect masukkan kat situ perkataan-perkataan yang kerap diguna supaya mudah untuk dirujuk untuk dipercepatkan ketika menaip.

Sekarang tak lagi, LetMeType nie dah mampu untuk menguruskan hal tersebut, malah ia lebih pantas dan boleh diset untuk mempelajari perkataan dan sebaliknya dengan mudah.

Kalau inginkan software nie, kau orang semua boleh dapatkan di ruangan download Portal Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia. :-)
Khamis, 10 Mei 2007 0 celoteh

Malaysia 50 Tahun

SalamX..!!

Em.. lama jugak tak ngadap mende nie, kebelakangan nie aku sibuk dengan urusan keje.. maaf..!! Oh ye, kali nie kira cuba fokus bab Tanah Air sendiri. Bukan ape.. tapi dah terjumpa gambar-gambar nie, apa salahnya direnung kembali tentang sejarah Peneraju Awal Kemerdekaan Malaysia ye tak ?!!
Rabu, 11 April 2007 0 celoteh

Bila Diari Dah Kena Tagged

SalamX..!!

Hehe… pepaham je la. Bila aku kena Tag dengan si Neutronics tu, gelabah gak rasa. Mana idaknya, selalu nie aku menaip dan buat keje dalam dunia maya nie secara bersila je. Aku tak gemar duduk atas kerusi. Meja yang aku pakai nie pun meja ala-ala jepun je.

Tapi oleh kerana taknak kecewakan rakan yang Tag aku. InsyaAllah…!! Aku akan paparkan maklumat tentang diri aku dengan dunia pengkomputeran aku nie tak lama lagik.

Sabor je la yek… buat masa sekarang memang tak leh nak buat lagi sebab sibuk dengan urusan semasa (keje). Nanti la kalau ader masa dan semuanya dalam keadaan relex sikit, aku akan citerkan.

Mudahan citer aku nanti takkan mengecewakan pihak yang Tag aku tu. Aheks !! ;-)
Khamis, 5 April 2007 0 celoteh

Bonus Bisnes Maya Pertama

SalamX..!!
Bonus Minggu Pertama

Syukur…!! Merasa gak aku lihat bonus pertama berbisnes di internet nie. Walaupun baru join pada 14/03/07 dan mula aktif pada 23/03/07 cecah gak RM 30.95 hehe…!! Apa-apapun aku ucapkan bebanyak terima kasih pada Rest sebab perkenalkan aku dalam Prepaid MyMode nie. ;-)

Walaupun sikit.. kira ader gak le masuk… Kau orang bila lagi tokeh kedai nak kasi bonus sejak beli prepaid di kedai ?!! Ahekeke..!!