Isnin, 28 Januari 2008 0 celoteh

Tawaran Istimewa: Daftar MyMode RM50 !!

SalamX..!!

Haha..!! Saper cepat dia dapat !!

Kali nie 20 18 15 14 9 7 (angka akan diubah mengikut pendaftaran) ahli rakan terawal berdaftar di bawah Referer Pendidik tahun 2008 akan dapat keistimewaan berdaftar hanya RM50 je seumur hidup. Bukan itu je… dalam akaun MyMode Prepaid kau org akan terus dimasukkan modal RM11. Uisk… untung tu, sebab RM50 - RM11 = RM39 saper nak kasi bang… akak…?!!

Saper nak boleh je terus daftar free members dulu kat banner atas nie. Lepas tu SMS aku kat 017-4611774 kasi tahu nak masuk, nanti aku replykan apa harus buat. Jgn lupa sertakan sekali email tau… senang aku nak kasi bonus guideline, template dan lelain yang aku ada nanti…. :-P

Apasal tetiba aku murah hati nie ?!! Nak tahu ke… hehe sebab target aku nak mewah sikit dah dapat hee…!! Jadi tiba masanya nak curahkan kemewahan aku kat kekawan yang sudi lawat Diari Kesayangan aku nie pulak…. :) .

p/s Apa-apa hal rujuk sini -> Dana MyP Kategori
Ahad, 20 Januari 2008 0 celoteh

Tag Kelat: Print Screen Desktop

SalamX..!!


Aku sebenarnya tak reti tag tag nie… tapi dah Kelat tag aku… aku ikut je la cara orang lain buat setelah kena tag dengan si Kelat nie… Dia org semua paparkan wallpaper desktop… aku ikut jugak la…

Tapi wallpaper aku nie dia random, selang sejam dia akan berubah gambar… kira aku papar gambar “semasa” je la yekk..!! :-P
0 celoteh

Aspalela: I Sepak Lela….!!

Artis: Saiful Apek
Lagu: Aspalela
Album: Aspalela (2007)


Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Oh lela lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Oh oh lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela

Adakah lagi peluang kita bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… aspalela
p/s Hehe…. saje je nak kenang-kenang lagu lucu tahun 2007 :-)
Rabu, 16 Januari 2008 0 celoteh

Pintasan URL: *net *com *org

SalamX..!!

Kali nie kita nak lihat function yang ada dalam browser iE+ dan Firefox. Tutorial nie lebih menjurus kepada alamat laman atau URL yang ingin kita masukkan.

Tak dinafikan le… akupun sebenarnya malas gak kekadang tu nak tulis alamat penuh.. tup tup taip terus isi alamat dia cam gini “mypendidik” terus je enter. Kaedah nie ok le kalau dah ader cookies… kalau takde camner… tak ketahuan le jawabnya dia pegi hehe..!!

Ok.. jom kita lihat cara pantas untuk menghadapi kemalasan kita nie.

Contoh 1 dan 2:


Camner kita nak setkan terus cara mudah ke:


Cara dia mudah je…. :-) .

Isnin, 14 Januari 2008 0 celoteh

Mimi: Teman Aku Dah Bersekolah !

SalamX..!!

Aduh…!! Sunyinya aku rasa berada di rumah tahun nie. Selalunya pepagi camnie ader la jugak teman.

Inilah dunia kehidupan… Mimi anak ke-2 aku dah mula jejakkan kakinya ke TADIKA. Gambar nie aku rakam sewaktu pendaftaran Mimie ke Pra Sekolah. Seronok je dia aku tengok jumpa kekawan baru di situ. Awal-awal lagi aku lihat dia dah boleh berinteraksi dengan kekawan dia yang lain.

Sebelum nie… dialah teman aku kat umah. Walaupun karenah dia kekadang sampai aku tak menang tangan nak kawal tapi bila dia dah takde kat umah pepagi camnie baru aku terasa betapa sunyinya aku akan lalui detik-detik pagi.

Takde lagi dah teman aku nak ajak pegi reronda ke pekan… takde lagi dah teman nak ajak gie beli nasik lemak… takde lagi dah teman nak aku layan PS2 ngan Tom & Jerry kat Astro pepagi cam ginie.

Mulai tahun nie, nampaknya aku kena hadapi semua tu seorang diri… Aduhlaaaa…. tension oie…!! :-?
Rabu, 2 Januari 2008 0 celoteh

Dropit: Lokasi Perkongsian Anda

SalamX..!!

Sebuah lagi lokasi untuk menyimpan hasil perkongsian kita. Benda alah nie tak memerlukan sebarang bentuk pendaftaran, bermakna boleh je pakai sebanyak manapun yang kita suka.

Kepada yang jenis suka berkongsi hasil gambar, nota, video atau document dan sebagainya, rasanya amat sesuai le gunakan kemudahan nie, sebab dia boleh kita setkan sebanyak mana yang kita mahu.

Try le Dropit !! :-D