Ahad, 28 Januari 2007 0 celoteh

Siapa Faham Siapa

SalamX..!!
 
Maaf..!! Buat masa sekarang Blog nie masih belum sempurna sepenuhnya. Masih meraba-raba cari punca nak settlekan gabungan 2 in 1 (Wp 2.07 + W 2.1 Ella). Biar Wpress nie paham aku dari aku kena paham apa yang dia leh buat.

Jadi kalau rasa tertunggu-tunggu.. dengan lapang dada aku mohon maaf seketika. Sebab banyak function yang perlu diubah supaya WordPress di tangan aku nie serasi dengan jiwa.

InsyaAllah selang seminggu dua nie ok la tu. Sabar yek !! .

p/s Maklumat ini hanya backup.
0 celoteh

Dunia mIRC Script

SalamX..!!

Kali nie aku nak citer tentang dunia mIRC aku. Walaupun mIRC boleh dianggap sesuatu aplikasi yang membuatkan kita leka tapi bagi aku tidak kerana dari sinilah bermulanya langkah pertama aku menjejaki dan mengenali Alam Cyber.

Dalam iRC, aku lebih dikenali dgn panggilan LePaK. Tapi seawal penglibatan aku, aku menggunakan nick iKaN^SePaT. Hehe.. lucu je . Lepas tu baru beralih ke nick LePaK. Kalau nak diikutkan memang le banyak nick penah aku pakai. Cuma yang bertahan lama aku guna semasa chat nick:
  • LePaK
  • Mr-Script
  • Pr|MaX
  • Mant|sa
  • B|sa
Sabtu, 27 Januari 2007 0 celoteh

Cara Bina Mutiara Kata Tanpa DBase

Assalammualaikum..!

Kebanyakan laman komuniti atau persendirian akan masukkan sudut-sudut menarik untuk tatapan pengunjung seperti Madah, Sekapur Sirih, Hadis Pilihan dan sebagainya. Kali nie aku nak ajak kau orang semua membina Mutiara Kata sebagai hiasan sampingan di dalam laman web kita.

Di sebelah nie satu contoh kekotak Mutiara Kata yang dah aku siapkan. Mutiara Kata nie kita masukkan melalui include sidebar.php CMS WordPress. Dan setiap Mutiara Kata yang terpapar tu nanti akan berubah-ubah (random) setiap kali kita reload page atau memasuki muka laman lain.

Mutiara Kata kita kali nie adalah merupakan sebuah Mutiara Kata yang tidak menggunakan Database. Ia hanya menggunakan sebuah fail kecil yang bernama .js untuk menyimpan setiap ayat yang ingin kita sampaikan.

Jika berminat jom kita lihat macamana nak applykan mende nie kat sitebar WPress.
Selasa, 23 Januari 2007 0 celoteh

Kali Pertama Jejak mIRC

SalamX..!!

Kali nie aku nak imbas kembali zaman aku muda-muda dulu. Waktu tu internet nie kira masih baru la buat anak-anak melayu sezaman dengan aku. Kalau tak silap awal tahun 90an gitu.

Apa citer yang menariknya? 

Ok… masa tu kalau kat umah tu sorry le memang takdepun komputer atau seangkatan dengannya. Kalau aderpun boleh dianggap orang tu mewah la. Jadi Cyber Cafe le tempat bertandang… itupun 2, 3 kerat je yang ader. Tapi nak citer sebenarnya aku bukannya penah main internet kat Cyber Cafe pun.
0 celoteh

Riang Anak-Anak

Assalammualaikum…!!

Wah~!! Hari Ahad yang lepas, bukan main ceria lagi anak aku main ‘gelongsor’ . Meriah je nengok bebudak tu leka bermain. Teringat zaman masa aku kekecik dulu. Mana nak carik mende-mende cangih cam ginie hehe… .

Kesian dia orang… dah lama aku tak bawak pegi memain cam gitu. Maklum lah… sibuk sikit sebab aku baru je berpindah rumah di Taiping. Tengok je gambar nie… baru aku sedar, itu lah hadiah yang paling mengembirakan anak-anak dari seorang ayah… ‘Bersama menemani keriangan dia orang…’ .

0 celoteh

Cara Pasang Buku Tetamu - WordPress

SalamX..!!
Sebuah laman web atau portal komuniti pasti memerlukan suatu fungsi di mana ia memerlukan para pengunjung untuk memberikan idea, berkongsi pendapat atau menukar pandangan dan seumpamanya. Aku juga terasa peranan Buku Tetamu atau Guestbook amat perlu bagi memenuhi permintaan di atas. Jadi, kali nie kita akan bersama-sama melihat cara bagaimana sudut Buku Tetamu diwujudkan dalam WordPress.
Sebelum kita meneruskan tutorial nie, cuba kita rujuk beberapa kemudahan yang perlu ada untuk membuat fungsi Buku Tamu nie.
0 celoteh

Celoteh Ikhlas

Assalammualaikum..!!

Berjumpa lagi kita dalam arena Alam Maya nie. Tapi kali nie berlainan pulak wajah laman. Apa boleh buat.. teknologi semakin canggih. Kalau dimulakan dulu hanya dgn geocities sekarang dah berubah ke CMS.

Kali nie mungkin berbeza sikit dari yang lepas-lepas. Tapi motif asalnya memang sengaja aku nak merasa ader blog sendiri hehe…!! Lagipun saje carik pasal nak pening-peningkan kepala dgn WordPress.