Selasa, 23 Disember 2008 0 celoteh

Adsense: 2 Cek Terakhir 2008

SalamX..!!



Emm.. rasanya ini 2 keping cek google terakhir untuk tahun 2008. Aku dapat serentak masa balik kampung raya tempohari. Kira ok le tu… :-D

Kalau nak tengok jumlah dapatan, kau org klik je gambar tu untuk besarkan. Rasanya dekat-dekat seribu lebih gak kalau tukar ke duit Malaysia nie…. Kepada yang baru jinak-jinak adsense tu, harap jangan mare yek… bukan banyak mana pun tu, ada yang ribu ribu USD pun ader. Setakat yang aku dapat tu umpama terselit celah gigi je….

Tahun depan kita mula lain hehe….!! :-)
Isnin, 22 Disember 2008 0 celoteh

Azam 2008: Rasanya Tertunai…..

SalamX..!!

Tahun lepas, jarak bulan dan tarikh yang hampir sama aku penah berazam ‘Azam 2008: Aku Terima Cabaran !!‘. Nampaknya aku dah tunaikan azam aku tu… Kau org baca lah sendiri azam tahun lepas.

Cerah masa depan nampaknya, dari takde akaun Maybank… hari nie dah tertulis ‘Current balance: RM12,034.78‘ . Bermakna seribu sebulan le masuk yek tak hehe…!!

Untuk azam tahun depan, nampaknya takleh pikir lagi sebab banyak sangat benda-benda yang aku tak pasti. Memacam hal gak nak settlekan untuk tahun depan. Jadi… tunggu je la kita tengok sama-sama apa lak ceritanya.

Nampaknya Bonus MyModepun makin best dah sekarang nie heee…..!! :-D
Selasa, 16 Disember 2008 0 celoteh

Google Adsense: Keuntungan Di Luar Batasan

SalamX…!

Aku percaya ramai antara pembaca yang mengetahui apakah Google Adsense. Bagi mereka yang kurang pasti, Google Adsense adalah ad serving program yang dikendalikan oleh Google. Konsepnya sungguh mudah, anda letakkan Adsense di laman web anda dan apabila seseorang klik pada iklan tersebut, anda akan dibayar dengan jumlah tertentu (keuntungan berbeza-beza di mana hanya Google sahaja yang mengetahui berapakah nilai iklan tersebut).

Terdapat beberapa jenis ads oleh Adsense seperti Text Ads, Image Ads, Video Ads, Link Units, Themed Units di mana Text Ads adalah yang paling popular kerana dikatakan memberi pulang yang lebih tinggi berbanding Ads yang lain. Iklan yang dipaparkan di laman web anda adalah bersifat relevancy di mana sistem Google akan cuba memadankan (matching) antara kandungan (content) laman web anda dengan jenis iklan terdapat di Adsense.