Akibat daripada kepincangan kontraktor yang berlaku, pembinaan rumah jadi terbengkalai. Janji si Kontraktor Penipu nie selepas raya cina tahun 2015 nak mula sambung semula bina rumah, sampai le ke hari aku tulis blog nie x berusik-usik.
Berakhir dengan masalah penipuan jenis cat rumah..... rumah terbengkalai sehingga sekarang. Call cina niepun dah tak berangkat. Rumah bercat separuh dengan modal dikeluarkan dengan wang sendiri. Konon-kononnya supaya boleh cepat pasang tingkap dan pintu bila dah cat. Haram.... sampai sekarang takde mende, malah aku bertambah rugi dengan pembelian cat dengan tambahan kos sendiri.
Berikutan kes kelewatan sambungan pembinaan rumah nie, terjadi pula kes kecurian pada 15 hb Feb 2016 yg lepas, masuk raya cina tahun yang ke dua rumah tak berusik. Waktu nie, segala kes telah diadu kepada penguam perumahan dan kontraktor baru pula masih dalam proses rundingan unt menyambung pembinaan rumah. Repot balai telah dibuat atas kecuaian Kontraktor Penipu nie..... kos nanti saman atas kontraktor lama.