Jumaat, 11 November 2011 0 celoteh

Diari Muzikal Pencatur Maya

SalamX..!!

Diari muzikal nie sebenarnya dah lama wujud sejak tahun 2007 dulu, cuma ketrampilan dan url dia je aku cuba ubah ke nama yang lebih ringkas dan jelas skit. Takde yg istimewa sangat tentang diari nie, tapakpun hanya menumpang di Blogspot.

Diari nie hanya berkisar tentang Sejarah Dunia Muzik zaman aku memuda dulu. Lagu² yang tersenarai dalam diari tersebut merupakan lagu² yang pernah suatu ketika dulu aku bermain di Studio Jamming dan rumah² kenduri yg tuan rumahnya sudi pecahkan gegendang telinga time zaman kita orang masih laku dulu… hehe..!!

Apa²pun… kalau sudi… jom le layan… Diari Muzikal Pencatur Maya..!! :D
Selasa, 1 November 2011 0 celoteh

Nyata Bukan Illusi

SalamX..!!
Rabu, 19 Oktober 2011 0 celoteh

MyPendidik Bersama Saleiz.com

SalamX..!!

Saleiz Hosting

Alhamdullilah… sudah hampir 8 tahun MyPendidik bertapak di bawah tajaan Saleiz.com. Sokongan yang begitu padu dari rakan cyber Eizil. Hasil kenalan dari dunia mIRC, bawa ke Group Supported PHPNuke Malaysia dan terus ke Dunia Maya (Blogger) masing². (Bak kata… dr zaman bujang tran tang tang…, sampai le ke alam berumah tangga yek Eizil…) Ahekeke..!!

Walau bagaimanapun, aku amat² berterima kasih kepada Saleiz.com, kerana memberi ruang nafas untuk aku meneruskan kerjaya dan minat aku dalam dunia Pengaturcaraan PHP dari tahun 2004 hingga ke hari ini. Tanpa Saleiz, rasanya entah ke mana aku sekarang… tak tahu le…

Mekasih sahabat… dan syabas Saleiz.com…!!   :-D
Ahad, 16 Oktober 2011 0 celoteh

Tangga Ke-2 Innit Nuffnang…

SalamX..!!

Hehe… 14 jam Pro Techno Source berjaya berada di Tangga Ke-2 Innit Nuffnang…!!  Sabor je la… Rasanya masih boleh bertahan selama 24 jam di Feartured Posts Innit dalam Ranking 8 Nangs terbanyak…

Ok le tu… sesaje test market…!!   :-D
Selasa, 11 Oktober 2011 0 celoteh

Pro Techno Source

SalamX..!!

Pro Techno Source

Pro Techno Source - ‘Informasi & Perbincangan Produk Teknologi ICT Terbaru Untuk Semua‘. Keterangan lanjut, akupun tak reti nak terangkan… boring dgn dunia diari mayanyer pasal la kot… sbb… bukan semua manusia leh faham dgn apa yg aku nak sampaikan melalui penulisan. Jadi, aku cuba jelajah Blogger Blogspot la pulak, merepek cari ilmu memana patut. Lebih berfaedah ngan ilmu yg aku boleh dapat. Mungkin leh cetus idea memacam dengan Widgets dia orang. Kali nie aku lebih berfokus pada Nuffnang… pepaham la kot. Ok… nie je aku nak tulis…   :-?
Rabu, 17 Ogos 2011 0 celoteh

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah



0 celoteh

Angan Kanak²

SalamX..!!

Angan kanak² yg pastinya bersama dunia tersendiri…!!  :-P
Selasa, 16 Ogos 2011 0 celoteh

Origami Raut Wajah Wang Kertas

SalamX..!!

Banyak orang, banyak ragam… banyak karenah. Ini lah yg terhasil, bila seni tiada batasan. Wang ringgit jadi taruhan hehe…

Sebenarnya, semua org ada daya kreativiti tersendiri, bagi mereka yg dilahirkan berbakat kreatif atau seni, itu telah nyata tetapi kepada mereka yang masih tersirat kekreatifannya… cuba la cungkit bakat yg terpendam tu… pasti ada, cuma ianya berbeza.

Suatu cita rasa akan lebih bermakna apabila terukir senyuman dari kreativiti anda sendiri. Kali nie kita nak saksikan betapa kreatifnya manusia di alam fana nie membentuk origami hanya dengan sehelai wang kertas.

Apa tunggu lagi… jom kita sama² melihat hasil kreativiti salah seorang insan seni.
Isnin, 15 Ogos 2011 0 celoteh

Seni Melukis Tangan Yg Fantastik!

SalamX..!!


Kesenian terletak di mana-mana jua… Bergantung kepada imaginasi seseorang. Kuasa terletak di tangan anda.

Jumaat, 5 Ogos 2011 0 celoteh

NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dgn Segera

SalamX..!!

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

Khamis, 4 Ogos 2011 0 celoteh

Solat Sunat Tarawih

SalamX..!!

Latar Belakang:

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.

Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Ahad, 31 Julai 2011 0 celoteh

Marhaban Ya Ramadhan….

SalamX..!!

‘Bulan Di Mana Nafas Kita Menjadi Tasbih, Tidur Kita Menjadi Ibadah, Amal Kita Diterima Dan Do`a Kita Diijabah’

Sabtu, 30 Julai 2011 0 celoteh

Penat Tapi Pengalaman Cukup Manis

SalamX..!!

Bulan Jun dan Julai 2011 banyak mengukir sejarah dalam perjalanan hidup aku. Asal dari seorang guru yang hanya ziarah kelas ke kelas, kini aku terarah kepada ziarah dari negeri ke negeri.

Isnin, 25 Julai 2011 1 celoteh

Sepanjang Kerjaya… “Aku Sebagai Guru Tiada Kelas”

SalamX..!!

Haaha… sori kawan, aku tahu apa yang aku nak citer nanti adalah isu yang paling sensitif. Paling segan nak dikongsi. Susah nak luahkan, tapi memandangkan blog nie merupakan ‘Diari Online’ aku, aku beranggapan tak kisah la apa kau orang nak pikir.

Sekurang²nya, apa yang aku nak tulis nanti menjadi kenangan sepanjang kerjaya aku selaku seorang guru.

Teragak² juga nak menulis, takut ada yang kata ‘Hidung tak mancung, pipi tersorong²’. Ada pulak yang kata memacam nanti. Tapi… lantak la kot, aku mana ader diari berbentuk buku nak tulis dalam tu, lepas tu sorot bawah bantal taknak kasi orang baca. Dah tahu taknak orang baca, pi tulis diari saper suruh… ye tak? Hehe… sabor je la… :-|

Ahad, 24 Julai 2011 0 celoteh

Minit Ditapis…?!

SalamX..!!

Rasanya perkara macam nie dah jadi lumrah setiap kali mesyuarat, tambahan pula isu yang terkandung menyatakan hasrat sebenar dan yang bersangkutan dengan kelemahan pihak-pihak atasan. Lantas… minit mesyuarat perlu ditapis.

Perlu ke minit mesyuarat ditapis? Mana perginya kebenaran jika setiap kali perkara yang diperbincangkan perlu ditapis. Lebih baik berpakat dengan mereka yang terlibat, tulis sesiap minit mesyuarat di rumah, datang je mesyuarat, kita buat pemilihan minit, mana satu nak pakai. Yg terbaik kita hantar ke pihak atasan, ye tak?

Kalau cam ginie le cara kita untuk melindungi kelemahan yang ada, rasanya sampai kiamatpun negara kita payah nak maju. Objektif dan isu sebenar mesyuarat takkan sampai ke tangan pihak atasan. Terlalu sensitif, terlalu menjaga nama dan yang lebih tepatnya ‘Terlalu Takut Dalam Menerima Luahan Kebenaran’.

Ahad, 10 Julai 2011 0 celoteh

Aku & Pramugari

SalamX..!!


Sejak…. dua menjak dok ‘gabra’ ke Sarawak nie, pernah gak aku terpikir… camner le rupa-rupa pramugari yang aku kena ngadap sepanjang penerbangan nanti yek. Al-maklumle… nak suruh tutup mata time landing kat Kuching nanti… Ahekeke..!!

Dengar khabarnya, pramugari le jawatan yang paling penting dalam perjalanan kapal terbang. Sebab pramugari lah yang memegang jawatan untuk mencegaskan minda anda supaya tidak boring sangat tempoh penerbangan yang jauh. Setuju..?! Ahekeke… jom kita renung sekejap. Kot-kot mengena gak tanggapan aku nie.

Sabtu, 25 Jun 2011 0 celoteh

Maharaja Lawak: Brovo Sepah..!!

SalamX..!!


Syabas… Sepah..!! Wa caya lu…!!

Komidi Melayu Asli..!! Tak kira le apa org nak cakap selepas nie… yg pasti u all nyer lawak memang best wlupun ada yg cakap isi² diceduk dari dunia maya… tapi sketsa komidi kau org ngan isi ceceduk tu telah berjaya digoreng-gaulkan hingga berjaya menambat hati gua… huhu..!!  Caya la…!!  :-)
 
Khamis, 23 Jun 2011 0 celoteh

Rindu Dunia Maya Aku….

SalamX..!!

Afstafirullah Al-Azim…!! Terasa berbeza sungguh dunia aku kat ruang maya sejak kebelakangan nie. Dunia yg dulu serabut mengejar masa di depan pc dah makin pudar gitu je. Hinggakan aku boleh bersuara ’sunyi’.

Apa dah jadi nie…?!! Dulu maner ader istilah ’sunyi’ time aku ngadap pc. Kat tempat keje bila free je terus buka pc ngadap script, takpun aku ke ’studio’ belasah gitar karen kat sana, tupun sesambil buka pc ngadap bar note Sonar. Maner aku mau duduk bersandar kat sofa pss mcam skrang…

Balik keje buka pc, runkan PsYBnc untuk #Channel Mp3 (AutoGet).. tinggal. Lepas mandi, solat, makan apa semua aku sambung ngadap balik. On jam 8… tamat +- 2 pagi. Mahal je masa aku depan pc nie. Mcm pc ngan wireless nie nyawa aku je…

Ahad, 19 Jun 2011 1 celoteh

‘Niki Bilon’ Ke SARAWAK

SalamX..!

Adoi… adoi… senak perut, nak luruh jantung rasa aku time baca edaran undian Road Show SIT-SAPS/SisPA kali nie. Punya le dok tempeih-tempeih taknak kena menapak ke Sarawak… tetiba kena jugak… adoi…!!

Keputusan muktamad nie aku terima 3 hari lepas ketika sesi akhir Mesyuarat SIT-SAPS/SisPA di Sepang bersama NKRA dan ‘group’ dari Johor.

Selasa, 14 Jun 2011 0 celoteh

Apa Motif SKMM Sekat Web Perkongsian?

SalamX..!!

Rasanya semua telah sedia maklum tentang sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap 10 laman web perkongsian. So kat sini aku senaraikan semula laman web terbabit:
Selasa, 7 Jun 2011 0 celoteh

GTPP: ‘DIPANGKAH’ Manusia Hipokrit!

SalamX..!!

[Sistem Pengesanan Penggunaan Bahan ICT Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran]
Alhamdulillah… hasil keringat selama lebih kurang 3-4 tahun bersama GTPP, akhirnya sistem nie telah dianugerahkan sebagai sebuah sistem yang berkualiti dan boleh dibawa ketengah selaras dengan sistem-sistem Kementerian Pendidikan yang lain.

Sistem yang memainkan peranan sebagai pengumpulan maklumat berkaitan penggunaan ICT di dalam Pembelajaran & Pengajaran di peringkat Sekolah Bestari telah disambut baik oleh En. Noor Azman Shah Bin Mohd Yussof (Penolong Pengarah Ketua Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Perak) bersama En. Abd Rashid b Shafie (Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat JPN Perak).

Perancangan awal, Sistem GTPP telah dimaklumkan amat sesuai digunapakai oleh 88 buah Sekolah Bestari dan proses pendokumentasian sistem telahpun diselesaikan pada 09 Mei 2011 yang lalu walaupun berlaku sedikit kepincangan berkaitan ahli pendokumentasian.

Walaupun sistem tersebut mendapat sambutan yang baik di peringkat atasan, tetapi disebabkan terlalu Ego dan Angkuhnya seorang Pengetua, sistem nie mungkin setaraf sehelai tisu sahaja pada semua hari nanti.

Selasa, 31 Mei 2011 0 celoteh

Fenomena ‘Halo’ (Matahari + Pelangi)

SalamX..!!

Jumaat lepas 27 Mei 2011, ramai gak kekawan tertanya² apa sebenarnya yang terjadi kepada Matahari. Akupun susah gak nak jawab time tu, sekadar jadi salah seorg peminat setia kat cahaya matahari gak le tengahari sebelum pegi semayang jumaat.

Desas desus menyatakan fenomena nie berlaku ketika Matahari bebetul terpacak di atas bumbung Ka`abah. Wallahhualam… aku sendiri tak pasti. Cuma sepencarian maklumat, yang aku dapat… fenomena nie dinamakan ‘Halo’ (berasal dari bahasa Yunani kuno: “lingkaran bulan”).

Rabu, 25 Mei 2011 0 celoteh

Kru Statistik MSSM 2011

SalamX..!

Setelah hampir 2 bulan ngadap coding, ngadap sms, ngadap haru biru server… nie le masanya dapat lelapkan mata sikit. MSSM 2011 hampir tamat. Segala-galanya nampak tenang bila time aku nulis nie (Hari Akhir MSSM 2011), semua urusan dah settle, cuma mungkin ader le keje sesikit nak up malam karang terutamanya gambar majlis penutupan dan video sesikit. Lepas tu segalanya berakhir la kot rasanya….

Sepanjang menjadi salah seorang pembangun laman MSSM kali nie, ramai gak le memember lama yang aku jumpa. Berbagai peringkat jawatan dalam pengendalian MSSM 2011. Para pegawai di peringkat JPN, BTPN, BTPpun dah mula aku kenal seorang demi seorang. Tapi yang lebih rapat adalah di antara kami iaitu pembangun sistem laman MSSM itu sendiri.

Isnin, 16 Mei 2011 0 celoteh

Selamat Hari Guru Sahabat….

Artis: Pelangi
Lagu: Biarku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Ku rawat biar sembuh

c%
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya

Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

(solo)
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Ku rela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri….
p/s Khas kepada semua insan bergelar guru yg mengenali kami….  :-)
Selasa, 10 Mei 2011 0 celoteh

‘Dokumentasi’ Di NKRA

SalamX..!!

Penting ke tak penting ke aku sendiri tak pasti, tapi apa yang penting… kerjesamer…!! “dokumentasi”. Hehe… bukan lagi kerjesame kot seperti kata Wonderpet citer bebudak tu.

Macam perjalanan keje kita orang di ‘bangku sekolah’ nie mana la sangat nak pentingkan dokumentasi. Asal je ader keje… merungut… asal je ader keje… buat…. asal je ader keje… kena sound sebab siap lambat… haha… tapi penah ke kena marah sebab tak sediakan dokumentasi setiap keje yang kami dah buat untuk diri sendiri ?! Maner ader… kan ?! Nasihat ader le kot…

Isnin, 18 April 2011 0 celoteh

KRS 2011: Pegawai Tabik Hormat

SalamX..!!


KRS 2011 (16 April 2011) - Sesaje buat kenangan… First time kena lantik jadi Pegawai Tabik Hormat untuk Pertandingan Kawat Antara Unit Beruniform. Letih PK KO-KU ngajar aku camner nak tunggu bebudak datang tabik masa tu hehe…!!

Sabor je la…. :-)
Isnin, 14 Mac 2011 0 celoteh

MSSM Ke-53 2011

SalamX..!!

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ke-53 (MSSM) akan bermula tidak lama lagi. Tuan Rumah kali nie adalah Negeri Perak.

Demi teknologi, tuan pengarah mahukan sistem online untuk statistik pingat permarkahan. Adoi… senak perut memula dapat panggilan kena bangunkan aplikasi online berkaitan sukan. Mau tidaknya, maner le kami selaku ‘Bebudak SisPA’ tahu menahu bab sisitem permarkahan bersukan nie… :-)

Ahad, 27 Februari 2011 0 celoteh

SisPA: PHPSQL vs ORACLE

SalamX..!!

SisPA: PHPSQL vs Oracle

 

SisPA akan beralih engine ke Oracle ! Yep… nie le kisahnya apabila Group Budak SisPA kena ngadap NKRA di Putrajaya minggu lepas. Perubahan nie terpaksa dilakukan setelah menjalankan Stress Test terhadap Dbase SisPA yang digunapakai sekarang.

Time Spent [ms] Error apabila klik user mencecah 200+ ke atas di bahagian Edit Markah Pelajar. Huhu… jangan le marah bang. Aku tahu, ramai Penyelaras Peperiksaan Peringkat Sekolah hangin semacam je bila terpaksa tunggu 8-10 jam masa submit markah untuk 1 kelas hehe…!! :-D

Ahad, 20 Februari 2011 0 celoteh

Dunia Kelab Muzik Sekolah: 2011 Catat Sejarah


SalamX..!!
Muzik Dalam Sejarah


‘Tutup Buku’, mungkin inilah istilah yang sesuai untuk aku pakai. Takde lagi tempat untuk aku asah semula ‘minat’ dalam dunia muzik.

Aku baru sedar, peranan aku dah tak diperlukan lagi untuk muzik sekolah minggu lepas apabila seorang guru memberitahu yang aku tidak disenaraikan dalam Kelab Muzik Sekolah. “Engkau bukan lagi pegang Kelab Muzik, yang engkau mintak senarai pendaftaran pelajar muzik buat apa”. Uik… terkejut gak aku time tu, ye ke… habis tu aku dia orang campak mana pulak? Cikgu tu dengan selamber je jawab… “KRS…”.

Praktikum 1993, aku mula berkecimbung dengan dunia Kelab Muzik Sekolah. 18 tahun dah berlalu rupanya. 2011 catat sejarah bila aku tidak lagi terlibat. Hebat juga kehendak dunia nie yek… hancur gitu je pengalaman yang ada selama nie.

Takpe la kot, aku akur dan anggap nie satu ‘Hijrah’ dalam Unit Beruniform Sekolah. Tapi satu je aku mintak, jangan esok² dah terdesak, cari aku semula. Dan satu pesanan akhir aku, mudahan Pihak Pentadbiran Sekolah celik² la sama setiap perkara yang berlaku di sekolah. Perihatin terhadap setiap kerja guru bawahan, jgn sampai… ‘lembu punya susu, sapi dapat nama…‘.

Itu je..!!  :-?
Selasa, 15 Februari 2011 0 celoteh

Salam Maulidur Rasul SAW 1432H / 2011M

SalamX..!!
Ahad, 6 Februari 2011 0 celoteh

2 Alam ?!!

SalamX..!!

2 Alam
2 Alam..?!! Yep… nie le jadual waktu pekerjaan aku. Khas dia orang sebut 2 Alam. Nak kata pagipun tidak, petang pun tidak… separuh-separuh, sejak tahun 2005 hingga hari nie.

Memula tu rasa terseksa gak le… nak ejas urusan rumah ngan keje agak kelam kabut. Urusan pembayaran bil semua start kul 9.30 pagi, aku lak masuk keje area jam 10.15 pagi dah nak kena siap, time balik lak pejabat semua dah tutup, nak bayar mende nyer, bayang le…..

Ahad, 9 Januari 2011 0 celoteh

Facebook Akan Dipadam 15-03-2011

SalamX..!!
Facebook akan dipadam pada 15/3/2011….
Mark ZuckerbergItu yang dikatakan oleh pemilik facebook,

Facebook sudah lari dari kawalan, dan facebook sudah tidak dapat dikawalkan lagi….

Selepas 15/3 facebook seluruh dunia akan dipadamkan.. Jika anda nak ambil balik gambar-gambar anda.. Saya nasihatkan anda ambil semula dari facebook anda, kerana selepas facebook dipadamkan, anda tidak akan dapat mengambil gambar anda semula..

Zuckerberg berkata, keputusan untuk memadamkan facebook ini sangat sukar.. Tetapi saya merasakan penduduk di seluruh dunia tidak akan menyesal apabila facebook dipadam..

Pada pendapat peribadi saya, ia bukanlah disebabkan duit, dan berkata jujur.. Tanpa facebook ini akan lebih baik..Tanpa facebook, manusia akan ke dunia luar dan bertemu kawan yang sebenar.. Itu satu perkara yang baik..

Sabtu, 1 Januari 2011 0 celoteh

Salam Hijrah 2011 Masehi