Isnin, 27 Ogos 2007 0 celoteh

Sebesar Mana Bumi Kita Nie?

SalamX..!!

Sesambil aku layan susun barang selepas basuh rumah akibat banjir semalam.. termenung aku kejap memikirkan sejauh mana besarnya bumi kita nie?!! Banjir akibat benteng sungai pecah dah kelam kabut 2, 3 taman perumahan. Itu belum lagi angin ribut taufan, gempa bumi, tsunami ekk.. ngeri aku nak sebut.

Ok la.. sebesar mana sebenarnya bumi kita nie.. mari kita sama-sama lihat dahulu 5 buah planet yang tersenyum je bila dipandang dari bumi.


Emm.. besar gak Bumi kita nie yek..!! Alahai Pluto tu nampak cam guli je ahekek..!! Patut le manusia di Bumi nie banyak yang angkuh-angkuh hehe..!! :-)
Selasa, 21 Ogos 2007 0 celoteh

Produk MyMode Prepaid MyPendidik

SalamX..!!

Wah~!! Ramai gak yang bertanya soal produk Prepaid nie… Takpe… nie dah aku senaraikan apa yang kau orang leh jual dan pakai sendiri. Janji setiap yang kau orang pakai nie ada rebeat bonus dia.

Tu yang hebat tu.. gie topup kat kedai mana leh dapat rebeat ngan bonus nie. Senyuman amoy kedai prepaid tu je kau orang dapat… tupun kalau amoy cun… kalau bapak dia yang si apek tu yang jual… camner ?!! Ahekekke…!! :-D

Ok jom kita saksikan apa jenis produk-produk yang ada dalam bisnes hebat nie….
Isnin, 13 Ogos 2007 0 celoteh

Koleksi Bonus Prepaid Referer Pendidik

SalamX..!!

Syukur Alhamdulillah !! Sama sekali aku tidak menjangka bahawa bonus MyMode Prepaid nie cukup mudah diperolehi. Maksud aku cukup mudah adalah merujuk kepada senangnya perjalanan bisnes nie. Kekadang aku sendiri tak menjangka aku akan perolehi bonus demi bonus pada tiap-tiap khamis dalam seminggu sedangkan aku sendiri topup handset aku cuma dalam RM 30 je sebulan.

Tipon BimbitRamai gak kekawan suruh aku paparkan bonus yang aku dapat sedangkan bonus aku nie takde la banyak manapun tapi cukup lah nak buktikan kat kekawan yang selalu kurang percaya dengan aktiviti yang aku jalankan nie. Maklumlah.. daftar ahli hanya RM65 seumur hidup, tapi pulangan yang aku dah dapat kau orang boleh lihat sendiri print screen paparan bonus yang aku sertakan sekali di sini… jauh berganda pulangannya dari modal menjadi ahli hehe…!! :P

Jom sesama kita lihat bonus-bonus yang aku dapat selama nie sesambil aku citer sikit pengalaman yang aku tempuh.
Khamis, 2 Ogos 2007 0 celoteh

Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA

SalamX..!!

Hari ini merupakan hari yang aku cukup sedih dan bengang apabila aku dapati gitar klasikal Admira buatan Spain aku terkopak di bahagian box belakang akibat dipijak oleh salah seorang pelajar yang tidak dikenalpasti di sekolah.



Guitarra Clasica 1/2 ADMIRA Made In Spain
Memula aku ingatkan hanya gurauan apabila salah seorang pelajar perempuan memberitahu aku tentang hal nie. Setelah aku sendiri melihat keadaan gitar tersebut…. MasyaAllah… terkedu aku sejenak. Gitar yang memberikan ilham ketika bermain dan cukup bersejarah dalam kenangan hidup aku selama 16 tahun tiba² didapati robak di bahagian belakang box.

Gitar nie merupakan sebuah instrument yang aku terpaksa beli dari seorang pensyarah Eropah bernama En. Daniel dengan harga RM 570 pada tahun 1991. Ketika tu aku belajar di ITM Shah Alam dengan mengikuti program Dip. In Music dan menjurus kepada Clasical Guitar.

Setelah aku merujuk kepada rakan aku, harga gitar nie telah mencecah kepada RM1000+. Jika ada pengganti sekalipun gitar nie, bagi aku ia tetap tidak akan sama dengan value kenangan aku selama gitar ini aku perolehi semenjak 1991 sehingga sekarang. :(