Rabu, 26 Ogos 2009 0 celoteh

Kita Sama-Sama Merasa

SalamX..!!

Em… hampir 3 tahun berlalu aku telah berkecimbung dgn dunia $$$ cyber setelah aku menerima cabaran atas azam aku sendiri 2 tahun sudah.

Dari azam tersebut aku telah meneroka banyak dunia $$$ cyber. Berbagai cara aku usahakan untuk berjaya hinggakan aku berpejam mata korbankan masa dan saku. Alhamdulillah… pulangan $$$ cyber aku ternyata berhasil.

Jiwa aku yang terlalu inginkan perkongsian, membuatkan aku mudah memberi setiap ilmu yang aku peroleh sebelum ini bersama rakan-rakan. Pantang ada yang bertanya, bukan 10 malah cecah 200% aku cuba berikan setiap apa yang aku tahu baik dari ilmu yang aku usaha dapatkan sendiri mahupun terpaksa gunakan wang saku. Hasrat aku ketika tu hanya satu… “kita sama-sama merasa”.

Isnin, 24 Ogos 2009 0 celoteh

Tesis: Proses Pulih Semangat Yang Hilang

SalamX..!!

Emm… 2 minggu kebelakangan nie aku rasa sedih sikit ngan sambutan segelinter kekawan dalam memberi bantuan sebagai responden tesis aku. Sedih sebab dia org terlalu pandang mudah dan maklum balaspun macam mempermain-mainkan mende yg aku tatang sebagai periuk nasik aku.

Seminggu aku kasi borang responden, ada yg buat last minute serah dah tu tulis memain je… berani aku cakap kat sini cantik lagi bahasa bebudak darjah 2. Ada gak yg aku mesej buat diam, buat pekak, lebih tepat lagi buat ‘bodo’ di YM, walhal dia org cukup hebat dalam perihal interface sesebuah laman web. Kalau yepun tak sudi membantu, tak usahla sampai bersikap mcm tu kat aku… sakit jiwa rasa beb….

Tapi, Alhamdulillah la… ader gak yg sudi membantu seperti Bro Rest (Jutawan Prepaid), Bro Chipsmunk, Bro Eizil, Bro Nasa (PPDLMS) dan seorang Guru Berbangsa Cina (Mis Chong Yen Nee). Walaupun mcm blur je bila Mis Chong nie tanya aku, tapi tak sangka gak dia dapat berikan respond yg cukup baik.

Terima kasih kpd yang sudi membantu, mudahan hidup kalian dirahmati Allah swt hendaknya. Kpd yg pandang remeh perihal kepentingan org lain tu… harap kau org dapat berubah agar benda yg sama tidak terjadi pada kalian esok…. :-(
Sabtu, 15 Ogos 2009 0 celoteh

Amir: “Anak Jantan”

SalamX..!!

Ha… ini le satu-satunya anak lelaki aku, Muhammad Faris Amir. Ok le tu… buat peneman aku pegi semayang teraweh nanti hehe..!! Sekarang dah mula berjalan. Lambat gak le kiranya sebab dah cecah 1 thn 4 bulan. Sejak boleh berjalan nie… habis ditukangkan memacam, dah takleh lagi letak sebarangan.

Si Amir nie ada satu berita menarik sejak kelahiran dia… nanti kalau aku senang-senang aku akan citerkan kisah tu kat sini. InsyaAllah..!! :D