Sabtu, 17 November 2007

Boikot - Kodak Giant Tambun, Ipoh

SalamX..!!

Sila sebarkan untuk tindakan berjaga-jaga..!!

Boikot Kedai Kodak Ini !!

Kepada rakan-rakan yang berada di Ipoh, Perak dan berhampiran dengan Tambun, harap kita sama-sama BOIKOT kedai kodak nie… sebab kedai nie tidak melayani customer dalam perihal WARRANTY !!

Lokasi kedai dalam Pasaraya Giant Tambun, Ipoh.

CyberShot Sony - DSC-T10:
  • 7.2 Mega pixels
  • Super SteadyShot
  • High sensitivity ISO 1000
  • Clear Photo LCD plus
  • NP-FT1 Batery Approx 250 shots / 125 min.
  • RM 1200
Kisah nie berlaku apabila isteri aku cuba untuk bertanya tentang permasalahan yang berlaku pada kamera jenis DSC-T10 jenama Sony sebab terlalu banyak gangguan warna kemerahan pada gambar apabila bergambar.

Dekat 2, 3 kali isteri aku bersuara pada tokey tu, dia buat macam isteri aku tunggul je… Memula tu aku biar je… lelama baru aku sedar dia tak endahkan permasalahan yang isteri aku cakap… Emm… time aku pulak la pegi ngadap tokey kodak tu…

Kau tahu apa dia cakap… “U taktau pakai.. itu sebab itu gambar ada merah…!!” Last sekali aku sound le aku baru je bulan 3 hari tu beli. Warrantty ader lagi… Masa beli bukan main manis lagi mulut kata bagus le hebat le apa le… boleh datang tanya la kalau ada problem. Ini baru tanya sekali dah tak layan… hampeh tokey nie… Aku datang dari Taiping semata-mata nak tanya masalah kamera nie je… ingat dekat ke…!!

Aku suruh le dia yang ambik gambar satu… Haaa… gambar yang dia ambikpun merah gambar jadi blur jugak. Terus dia blah dari kedai tu…. tinggal aku ngan anak isteri situ. Aku tunggu gak… bengangnyer pasal aku shot le sekeping dua untuk siarkan kedai tu BOIKOT.

Kira rugi jugak le tokey tu… aku cadang nak cuci dekat 200 keping gambar yang aku dah tangkap kat situ… terus tak jadi. Aku harap kepada sesiapa yang terbaca kisah nie tolong sampaikan pada kawa-kawan yang kau orang kenal tentang kedai nie. Elakkan dari berurusan dengan kedai kodak tu… ini sebagai langkah berjaga-jaga la untuk kekawan kita jugak supaya berhati-hati. Dah terkena cam aku nanti baru nak nyesal tak guna dah…
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan