Selasa, 26 Ogos 2008 0 celoteh

Rasional Logo Kemerdekaan Ke-51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari 3 figura berpakat dan saling berganding bahu dan berpadu tenaga menuju kejayaan. Ini melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan“.

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjasama dan berganding bahu adalah wakil 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman. Ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu: Perpaduan Teras Kejayaan
Rabu, 6 Ogos 2008 0 celoteh

Tarian Dabus: Tarian Pahlawan Negeri Perak

SalamX..!!

Tarian Dabus
Dalam sibuk dengan hal peribadi, salah satu tugasan untuk anak didik kita zaman kemuncak pembelajaran jenis berteknologi nie… ada aku hasilkan satu Laman Pendidikan Kesenian Tarian Dabus. Kalau kau orang berminat atau teringin berkongsi maklumat berkaitan tarian tersebut boleh lah layari di Tarian Dabus.

Kalau kau orang nak guna untuk sesi pembelajaran di kelas kau orang lagi bagus. Tapi dalam proses pembinaan laa… mungkin siap selepas raya puasa nie kot. Insyaallah…!! :-P
Ahad, 3 Ogos 2008 0 celoteh

Aku Bukan Lagi Jaguh Seperti Dulu

SalamX..!!

Haha…. dekat 16 tahun dah aku tak join JEMMING dengan member lama aku. Tetiba semalam dia orang ajak join studio nak on balik lagu-lagu nostalgia. Mak aih…. mana ingat beb…!! Lagu Kamalia, Wings, Kembara, Rusty Blade…. fuh… tergeliat gak le jari aku nak ingatkan balik leading lagu tu….

Member suruh on lagu Opera Hidup… aku pi belasah solo lagu Hukum Karma… tak pening drumer dibuatnya hehe…!! :-)