Selasa, 23 Disember 2008 0 celoteh

Adsense: 2 Cek Terakhir 2008

SalamX..!!



Emm.. rasanya ini 2 keping cek google terakhir untuk tahun 2008. Aku dapat serentak masa balik kampung raya tempohari. Kira ok le tu… :-D

Kalau nak tengok jumlah dapatan, kau org klik je gambar tu untuk besarkan. Rasanya dekat-dekat seribu lebih gak kalau tukar ke duit Malaysia nie…. Kepada yang baru jinak-jinak adsense tu, harap jangan mare yek… bukan banyak mana pun tu, ada yang ribu ribu USD pun ader. Setakat yang aku dapat tu umpama terselit celah gigi je….

Tahun depan kita mula lain hehe….!! :-)
Isnin, 22 Disember 2008 0 celoteh

Azam 2008: Rasanya Tertunai…..

SalamX..!!

Tahun lepas, jarak bulan dan tarikh yang hampir sama aku penah berazam ‘Azam 2008: Aku Terima Cabaran !!‘. Nampaknya aku dah tunaikan azam aku tu… Kau org baca lah sendiri azam tahun lepas.

Cerah masa depan nampaknya, dari takde akaun Maybank… hari nie dah tertulis ‘Current balance: RM12,034.78‘ . Bermakna seribu sebulan le masuk yek tak hehe…!!

Untuk azam tahun depan, nampaknya takleh pikir lagi sebab banyak sangat benda-benda yang aku tak pasti. Memacam hal gak nak settlekan untuk tahun depan. Jadi… tunggu je la kita tengok sama-sama apa lak ceritanya.

Nampaknya Bonus MyModepun makin best dah sekarang nie heee…..!! :-D
Selasa, 16 Disember 2008 0 celoteh

Google Adsense: Keuntungan Di Luar Batasan

SalamX…!

Aku percaya ramai antara pembaca yang mengetahui apakah Google Adsense. Bagi mereka yang kurang pasti, Google Adsense adalah ad serving program yang dikendalikan oleh Google. Konsepnya sungguh mudah, anda letakkan Adsense di laman web anda dan apabila seseorang klik pada iklan tersebut, anda akan dibayar dengan jumlah tertentu (keuntungan berbeza-beza di mana hanya Google sahaja yang mengetahui berapakah nilai iklan tersebut).

Terdapat beberapa jenis ads oleh Adsense seperti Text Ads, Image Ads, Video Ads, Link Units, Themed Units di mana Text Ads adalah yang paling popular kerana dikatakan memberi pulang yang lebih tinggi berbanding Ads yang lain. Iklan yang dipaparkan di laman web anda adalah bersifat relevancy di mana sistem Google akan cuba memadankan (matching) antara kandungan (content) laman web anda dengan jenis iklan terdapat di Adsense.

Khamis, 6 November 2008 0 celoteh

Bukan Rehat Tapi Tak Sempat…

SalamX..!!

Terdahulu… aku ingin mintak maaf kat kau orang semua yang sudi bertandang dalam diari nie. Pagi nie aku ambil kesempatan untuk taip juga sepatah dua untuk memberitahu pada semua tetamu bahawa penulisan diari agak tersekat sikit sejak kebelakangan nie… bukan apa… al-maklumlah kekangan masa.

Bahan + Modal = Memang banyak, tapi terpaksa uruskan yang URGENT dulu baru boleh fikir yang MUSTAHAK.

Harap-harap paham la no…. hehe…!! :-)
Jumaat, 26 September 2008 0 celoteh

Ingatan Tulus Ikhlas Aidil Fitri

Rabu, 24 September 2008 0 celoteh

Finance Yahoo RM vs $USD

SalamX..!!

Selalunya kita keliru berapa sepatutnya Google akan bayar pada kita jika kita dah klik dekat “Tax Information” tanda suruh Google kirim cek. Jadi kat bawah nie sekeping grafik ‘real time‘ aku tampal supaya takde le kita sesusah pikir lagi berapa saguhati yang patut kita dapat nanti…

Aku dengar nasihat pakar dia akan turun setelah 2 bulan mencanak kat atas…. Jadi grafik nie mungkin berguna sebagai panduan kita nanti….

InsyaAllah..!! :-)
Isnin, 22 September 2008 0 celoteh

Tag Ramadhan

SalamX..!!

Ke hulu… ke hilir aku dalam bulan ramadhan nie mencari sumber ilham dan sesaje melawat blog kekawan kenalan. Singgah je sebuah blog yg bertemakan”This Is My StorY, My Life, My Carrer and It’s About Me“… baru aku perasan aku kena Tag di bulan Ramadhan nie hehe…!!

Pemberi Tag: Zaag2010.oRg
Bagaimana caranya:

1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka.
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag.

Senarai Tag seterusnya… Ahakk… Saper saper… jom kita jelajah sini:

1) Amranaris67
2) Chipmunks
3) Eizil
4) Naza Bengang
5) Sumpitt Sauber

Ok… Selamat Menjalani Ibadah Puasa…!!
Rabu, 17 September 2008 0 celoteh

Salam Ramadhan Al-Mubarak

SalamX..!!

Nak berucap…
tak bersuara…
nak mencoret…
tak bertenaga…
nak bermaaf…
tak bersua…
nak berkata…
pada siapa?

Last sekali… aku tampal je la grafik sebelah nie semoga kita saling memahami apa yang nak diungkapkan…!!

Hehe… tu je yang ada… buat tatapan di bulan puasa…!!? :-)
Isnin, 15 September 2008 0 celoteh

Adsense: Google Kirim Duit Raya

SalamX..!!
Syukur Alhamdulillah…!!

Walaupun sejak kebelakangan nie susah kita nak terima Kad Raya sempena Aidil Fitri tapi Google Inc. tetap tidak menghampakan aku dgn mengirim Cek Hari Raya yang bernilai $USD 259.39 pagi tadi. Tak sangka pulak dapat duit raya dari Google dulu hehe…!!

Lepas duit beli baju raya tahun nie…. YahHhhOOoO…..!!

Ehh silap…. GooOOoOOgLeeEEeeEE….!! ? :-

Selasa, 2 September 2008 0 celoteh

Ngigau Sahur Pertama….

SalamX..!!

Tak penah dibuat perangai aku nie melayan TV sampai ke pagi. Ini le terjadinya semalam bila mod jadi tak menentu… aku layan citer Die Hard nie siri ke siri sampai habis. Sahur kejap + solat… terus je layan balik citer tu sampai pagi.

Tapi… alhamdulillah… dalam dok layan tv ader gak hasil aku kat adsense… kira jumlah dapatan harian tu boleh dikatakan tertinggi gak tu hehe… Boleh beli baju raya anak-anak kat Pan Pasific ahekeke….. :-D
Selasa, 26 Ogos 2008 0 celoteh

Rasional Logo Kemerdekaan Ke-51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari 3 figura berpakat dan saling berganding bahu dan berpadu tenaga menuju kejayaan. Ini melambangkan “Perpaduan Teras Kejayaan“.

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjasama dan berganding bahu adalah wakil 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman. Ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu: Perpaduan Teras Kejayaan
Rabu, 6 Ogos 2008 0 celoteh

Tarian Dabus: Tarian Pahlawan Negeri Perak

SalamX..!!

Tarian Dabus
Dalam sibuk dengan hal peribadi, salah satu tugasan untuk anak didik kita zaman kemuncak pembelajaran jenis berteknologi nie… ada aku hasilkan satu Laman Pendidikan Kesenian Tarian Dabus. Kalau kau orang berminat atau teringin berkongsi maklumat berkaitan tarian tersebut boleh lah layari di Tarian Dabus.

Kalau kau orang nak guna untuk sesi pembelajaran di kelas kau orang lagi bagus. Tapi dalam proses pembinaan laa… mungkin siap selepas raya puasa nie kot. Insyaallah…!! :-P
Ahad, 3 Ogos 2008 0 celoteh

Aku Bukan Lagi Jaguh Seperti Dulu

SalamX..!!

Haha…. dekat 16 tahun dah aku tak join JEMMING dengan member lama aku. Tetiba semalam dia orang ajak join studio nak on balik lagu-lagu nostalgia. Mak aih…. mana ingat beb…!! Lagu Kamalia, Wings, Kembara, Rusty Blade…. fuh… tergeliat gak le jari aku nak ingatkan balik leading lagu tu….

Member suruh on lagu Opera Hidup… aku pi belasah solo lagu Hukum Karma… tak pening drumer dibuatnya hehe…!! :-)

Isnin, 21 Julai 2008 0 celoteh

Robot Mainkan Muzik

SalamX..!!

DUA syarikat permainan terkemuka Jepun dan Amerika Syarikat (AS) berkerjasama dalam menghasilkan sejenis robot yang dinamakan robot pemain muzik (Automated Music Personality) A.M.P. Syarikat berkenaan, Sega Toys dan Hasbro telah menunjukkan robot ciptaan mereka itu di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Robot tersebut bergerak menggunakan dua roda dan memainkan muzik audio digital daripada sistem muzik bina dalamnya.

Dilengkapi dengan pengesan inframerah, ia boleh mengesan dan mengelak objek. Ia juga dikawal menggunakan satu alat kawalan jauh yang bersaiz tapak tangan.

Kedua-dua syarikat itu akan mula menerima tempahan Ogos ini di Jepun dan November ini di AS.
Ahad, 13 Julai 2008 0 celoteh

Adsense: Matlamat Cecah $USD40/7 Tercapai

SalamX..!!

Hasrat aku nak jejak capaian $USD 40 dalam seminggu tercapai jugak hari nie. Hehe… Alhamdulillah…!!

Walaupun tak pasti boleh maintain ke idak… tapi kira dah tercapai la target aku tu. Bukan senang nak setkan satu web boleh cecah banyak tu dalam seminggu ye tak ?!!

Dah memacam cara aku cuba, dah berjam-jam, berhari-hari aku ngadap SEO nyer coding. Kira berbaloi la jugak…. boleh pakai teknik nie untuk niche lain pulak. :-D
Jumaat, 11 Julai 2008 0 celoteh

Skin Fancy: DancingSheep

SalamX..!!

Wah~!! Sesambil aku cecari skin blog tetiba terjumpa sorang umat tu pakai skin yang cukup unit dan menarik bagi pandangan aku. Tapi… nampaknya sesuai untuk kaum hawa je skin dia guna nie… hehe…!!

Nak tahu detailnyer pasal aku cuba resource… siap dia tutup taknak kasi orang tahu… apa lagi, aku try le cara aku untuk nak dapatkan maklumat asal skin tu.

Akhirnya dapat… dan ternyata semua skin-skin kat situ cukup unit sehingga menjulingkan mata dan cukup untuk serabutkan otak bila kita nak fikirkan tentang XML.

Kalau kau orang nak tahu jugak… jom jengok kat DancingSheep. :-D
Ahad, 6 Julai 2008 0 celoteh

Aku Hanya ‘Pengguna’ Blogspot

SalamX..!!

Sebelum nie, aku merupakan salah seorang pengguna blogspot macam kau orang semua. Tapi… kali nie nampaknya aku kena ubah status pengguna kepada status pengkaji fungsi-fungsi istimewa yang terdapat pada kemudakan CMS free tersebut. Kenapa yek?!!

Inilah dia penulis lirik terkenal Mohd Azam B Sulung atau lebih dikenali dengan panggilan Azam Dungun. Hari ini beliau telah mengubah cipta rasa aku dari seorang pengguna kepada seorang pengkaji Blogspot. Beliau kini merupakan “Sifoo” aku dalam mengkaji peranan yang dimainkan oleh sesebuah laman web dalam memperkenalkan muzik tradisional kita.

Nampak gayanya secara tak langsung, aku dah ader satu tugas best…. tugas yang bebetul aku minat iaitu kaji mengkaji hehe…!! Walaupun aku dah penah bina template web dengan kemudahan CMS yang disediakan oleh Blogspot…. kali nie aku nak cuba teliti bebetul bagaimana ilmu muzik itu dapat dipersembahkan secara maksima melalui Blogspot. Maklumlah… muzik… mana boleh kita citer-citer gitu je, mesti nak masukkan memacam method persembahan supaya penyampaiannya lebih.. sesuai ye tak?


Ok… tunggu apa lagi…. jom kita sesama selongkar rahsia Blogspot.com. :-)
Khamis, 3 Julai 2008 0 celoteh

Ter’glamour’ Sekejap…

SalamX..!!

Isk… nak citer takut kau orang tak caya…. Ini la dunia kesibukan aku sejak dua menjak nie. Ke hulu ke hilir di dunia artis barat apabila Paris Hilton ngan Victoria Beckham nie sibuk nak jugak muka tak hensem aku nie tertampal kat muka depan CD dia orang masa perlancaran album terbaru bulan lepas.

Aduh… letih aku melayan… tak layan kang merajuk lak si Victoria Beckham tu. Tambah lak si Paris Hilton tu, takleh langsung berenggang ngan aku masa di sana. Nie semua angkara dia orang dapat tahu aku solo Mirai E - Kiroro tempohari le nie.

Isk… camner nak citer kat memember kampung nie…. Huh…!! :-?
Isnin, 16 Jun 2008 0 celoteh

Tips: Jimat Minyak Cara Berkesan

SalamX..!!

 

Jom kita sesama apply….!! :-D
Isnin, 9 Jun 2008 0 celoteh

Teknik Berkesan Dan Aku Yang Malas?!!

SalamX..!!


Emm… Macam berkesan je teknik aku nie nampaknya tapi… aku pulak rasa malas nak usaha. Sebenarnya masa aku depan PC nie dah tak macam dulu. Terlalu banyak kekangan masa yang aku terima. Iskk… payah nak citer….

Lepas je PC aku buat hal, mod aku dah berkurang… aku depan PC hanya tetengah malam je, tupun masa dah aku ngantok sangat. Dah tak larat nak belek-belek coding, dah letih nak usyar-usyar Front Page. Nengok je PC terus terasa boring, mungkin camtu juga PC rasa bila tengok aku sebelum nie.

Iskk…..!! Mana semangat aku nie…..!!!! :-(

p/s Nak berenti kejap dalam sebulan dua dalam dunia adsense… cari idea…. cari idea……!!
Ahad, 8 Jun 2008 0 celoteh

Cek Google Adsense Ke-2

SalamX..!!

Hehe… kecewa… kecewa gak… seronok pun ada gak. Dalam dok sibuk ke hulu ke hilir rupanya Google jugak yang sudi kirim surat kat aku dari nun jauh di sana. :-)

Tak sangka lak aku, sebab dekat 2 bulan aku takde PC (rosak le). Rupanya dalam aku diam membisu tanpa berita nie… sudi juga saudara Google nie kirim berita.

Alhamdulillah…!!

p/s Dalam hati rasa rugipun ader… kalau lah PC aku tak lingkup dalam tempoh 2 bulan… isk…. banyak leh dapat tu… :-D

0 celoteh

Perlu Ke Aku Kecewa?

SalamX..!!
Perlu ke aku KECEWA? Nie le persoalan yang jadi tanda tanya pada diri aku selama nie. Ungkapan nie takde dalam senarai diari, takde sikitpun melibatkan diari atau sesiapapun, cuma aku je kekadang terasa sedikit MALANG dalam pertaruhan aku.

Pertaruhan? Apa yang aku pertaruhkan sehinggakan aku boleh rasa macam kecewa?

Ye la… bila nak mintak tolong ramai je YM aku, PM aku, Mesej aku, SMS aku…. semua aku usaha tunaikan walaupun masa cukup genting bagi aku depan PC nie… tapi bila aku mintak sikit je pun… ramai yang tak mampu tunaikan kehendak aku. Bukannya susah sangatpun nak tunaikan permintaan aku. 5 ribu ahli aku kirim News Letter pada benda kicik nie… semua buat ‘dek‘ je….

Tapi apa yang aku mintak?

Aku mintak beri UCAPAN HARI GURU je….. tapi cuma 1% umat yang hantar kat forum MyPendidik.net.

HAMPEH !!!

Lepas nie… akupun sibuk macam kau orang la kononnya. Jadi…. PERLU KE AKU JAWAB SOALAN & PERMASALAHAN KAU ORANG PULAK? :-?
Khamis, 15 Mei 2008 0 celoteh

Selamat Hari Guru 2008

SalamX..!!

p/s Ceria….. selalu… :-)
Selasa, 13 Mei 2008 0 celoteh

Jom Kita Fikir Peluang Kita

SalamX..!!

Kalau rasa anda sedang fikir benda atas nie… klik sini takpa perlu fikir² !! :-)
Rabu, 7 Mei 2008 0 celoteh

Mirai E - Kiroro

Artis: Kiroro
Lagu: Mirai E
Album: Final Fantasi IX


Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Haha ga kureta
Takusan no yasashisa
Ai wo idaite ayume to kurikaeshita
Ano toki wa mada osanakute
Imi nado shiranai

Sonna watashi no te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Yume wa itsumo
Sora takaku aru kara
Todokanakute kowai ne
Dakedo oitsuzukeru no

Jibun no sutoori dakara koso
Akirametakunai
Fuan ni naru to te wo nigiri
Issho ni ayundekita

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
Hanareta haha e sunao ni narezu
Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Hora ashimoto wo mitegoran
Kore ga anata no ayumu michi
Hora mae wo mitegoran
Are ga anata no mirai

Mirai e mukatte
Yukkuri to aruite yukoo
p/s Persembahan Hari Guru 2008 - Gua akan solo ngan gitar beb…. hehe !! :-)
Selasa, 29 April 2008 0 celoteh

Tanda-Tanda Kiamat

SalamX..!!



Renung sejenak…!!
Jumaat, 25 April 2008 0 celoteh

Cek Google Adsense Pertama

SalamX..!!

Hehe… merasa gak duit Adsense rupanya aku nie semenjak tampal mende tu dari tahun 2005 dulu kat MyPendidik.net. Cuih…. apasal lama bebenor?!!

Mana tak lama… akhir tahun lepas baru aku jumpa password aku semula. Selama nie aku terlupa password nak masuk akaun adsense tu ahekeke..!! Ok le tu sesikit janji ader gak, USD180 kalau jadikan RM boleh tahan jugak tu… :-)

Jumaat, 11 April 2008 0 celoteh

MagMyPiC: + Nur Alya Darwisya

SalamX..!!


Pose Magazine untuk tatapan dari MagMyPic.com :)
0 celoteh

8 Fakta Tentang Penulis

SalamX..!!


Baru² nie aku kena Tag dari Eizil & Eriyza Blogs… kali nie mahukan 8 fakta tentang diri penulis blog. Macam berbakat kenakan aku je hehe…. Ok, di bawah nie aku senaraikan secara ringkas fakta² tersebut:
  • Aku cukup berminat terhadap pembinaan laman-laman web. Tak kira jenis apa, janji mesti aku akan try buat.
  • Aku jenis tak suka tonton tv. Kalau ader citer best yang aku rasa nak layan baru aku layan. Tapi kalau ader je iklan time aku tengok tu kira setakat tu je la aku nengok citer tu hehe…
  • Banyak masa dalam hidup seharian aku depan PC je. Kalau tak buat web, aku godek-godek sistem, kalau tak godek-godek sistem, aku mekap sikit paparan destop.
Khamis, 10 April 2008 0 celoteh

Ye ke aku SIBUK ?!!

SalamX..!!


Kebelakangan nie, ini le soalan yang muncul bila saje aku on YM. Mesti je soalan yang lebih kurang camtu. Dan aku jawab ringkas je “Sibuk sikit”, “Baru ader masa….” dan kalau dah malas layan soalan camtu, aku taip “Hehee..” je, agar dia orang puas hati dengan jawapan aku.

Tapi… ye ke aku nie bebetul sibuk atau aku saje buat² sibuk ?!! Jadi bawah nie aku nak kau orang fikir lah sendiri aku sibuk ke idak… berdasarkan rutin harian aku semenjak kebelakangan nie.. :)

Jom kita mulakan dari sebelum subuh……

Isnin, 7 April 2008 0 celoteh

Santeekee: Realiti Insan

Artis: Santeekee
Lagu: Realiti Insan
Album: Santeekee (2008)


Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua hayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin mengapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh visi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin mengapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

Reff

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh mesti

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yang akan ku rai
Harapan ku dalam hidup ini
Ku ingin mengapai cita dan cinta

Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti
Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini
Satu satu janji yang ku gapai pasti

p/s Sesaje… nak kenang lagu popular tengah aku sibuk giler.. :)
Khamis, 20 Mac 2008 0 celoteh

Salam Maulidur Rasul

SalamX..!!

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Rabu, 19 Mac 2008 0 celoteh

Hasil Setahun Bersama MyMode

SalamX..!!


Syukur Alhamdulillah…! 24 Mac 2008 nie genap le setahun aku join MyMode.

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat rEStiNPeaCe kerana sudi menunggu hampir 2 tahun baru aku join mende nie. Ye la.. time dia promote tu aku takde handset, talianpun takde sebab tinggal di pendalaman. :-)

Ahad, 16 Mac 2008 0 celoteh

MyP: Terus Bertahan Atau Akan Berkubur

SalamX..!!


13 Mac 2008
, Portal Perkongsian Ilmu Antara Pelajar dan Pendidik yang bertemakan, Portal Aliran Pemikiran Pendidikan Malaysia, Mypendidik.net telah mengalami satu lagi kejutan apabila database utama tertulis “seems to be empty” secara tiba-tiba. Ia merujuk kepada tiadanya data walaupun sebaris ayat di dalam database walaupun semua tablenya masih tersusun kemas di bahagian database utama.

Apakah nasib seterusnya portal yang telah bertahan hampir 4 tahun penubuhannya selama ini? 8-O

Rabu, 12 Mac 2008 0 celoteh

Kesan Virus Web: McAfee SiteAdvisor

SalamX..!!

Selalu kita akan terperangkap dengan kata-kata manis hinggakan kita terpedaya untuk memasuki sesebuah laman yang terdapat script berjenis “JS/Wonka“. Kepada yang menggunakan Anti Virus berjenis McAfee selalu akan terpedaya dengan kesan yang diterima. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, Antivirus jenis nie detect benda alah nie sebagai VIRUS padahal ia hanya merupakan script berbentuk “malicious scripts dan exploit scripts“.

Sebenarnya javascript sesebuah web kekadang tu diubahsuai oleh webmaster tersebut tetapi memandangan terdapatnya kesan perubahan yang sukar diterima oleh sesetengah anti virus, itu yang menyebabkan web tersebut di anggap berVIRUS. Tetamu yang masuk ke web tu mula la gelabah tak menentu hehe….!! :-D

Jadi sekarang takyah pepening kepala lagi. Dah ada kemudahan khas kita boleh mengesan sama ada web tersebut terdapatnya virus ataupun tidak.

Khamis, 28 Februari 2008 0 celoteh

My Photoshop Tips Video Collection

SalamX..!!

Alamak kekawan… mintak maaf yek..!! Aku lama tak update diari nie. Bukan taknak… tapi notebook aku ader kat spital kedai hantar warrenty sebab motherboard dia problem. Sib baik dalam warrenty lagi jadi pepaham je la kalau warrenty, dah sebulan dah hantar kedai tak siap-siap lagik :-? .

Walau macamanapun sesambil aku celam-celum ngadap PC lama aku nie, ader gak aku siapkan satu laman untuk tatapan kau orang semua iaitu himpunan tutorial photoshop dalam bentuk video, jadi takde la kau org boring nanti…. lihat gambar nie..

Kalau rasa tak keberatan… jom kita singgah.. “Tips Bervideo Photoshop” . Harap kau orang enjoy !!!

p/s Tengah tunggu notebook siap baru boleh “cargas” hehe….   :-)
Isnin, 28 Januari 2008 0 celoteh

Tawaran Istimewa: Daftar MyMode RM50 !!

SalamX..!!

Haha..!! Saper cepat dia dapat !!

Kali nie 20 18 15 14 9 7 (angka akan diubah mengikut pendaftaran) ahli rakan terawal berdaftar di bawah Referer Pendidik tahun 2008 akan dapat keistimewaan berdaftar hanya RM50 je seumur hidup. Bukan itu je… dalam akaun MyMode Prepaid kau org akan terus dimasukkan modal RM11. Uisk… untung tu, sebab RM50 - RM11 = RM39 saper nak kasi bang… akak…?!!

Saper nak boleh je terus daftar free members dulu kat banner atas nie. Lepas tu SMS aku kat 017-4611774 kasi tahu nak masuk, nanti aku replykan apa harus buat. Jgn lupa sertakan sekali email tau… senang aku nak kasi bonus guideline, template dan lelain yang aku ada nanti…. :-P

Apasal tetiba aku murah hati nie ?!! Nak tahu ke… hehe sebab target aku nak mewah sikit dah dapat hee…!! Jadi tiba masanya nak curahkan kemewahan aku kat kekawan yang sudi lawat Diari Kesayangan aku nie pulak…. :) .

p/s Apa-apa hal rujuk sini -> Dana MyP Kategori
Ahad, 20 Januari 2008 0 celoteh

Tag Kelat: Print Screen Desktop

SalamX..!!


Aku sebenarnya tak reti tag tag nie… tapi dah Kelat tag aku… aku ikut je la cara orang lain buat setelah kena tag dengan si Kelat nie… Dia org semua paparkan wallpaper desktop… aku ikut jugak la…

Tapi wallpaper aku nie dia random, selang sejam dia akan berubah gambar… kira aku papar gambar “semasa” je la yekk..!! :-P
0 celoteh

Aspalela: I Sepak Lela….!!

Artis: Saiful Apek
Lagu: Aspalela
Album: Aspalela (2007)


Ingat tak lagi janji kita dulu aspalela
Kau dan aku akan bersama sampai ke hari tua
Tapi sayang janji itu dirampas orang ketiga
Oh aspalela jangan buat ku kecewa

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Terpisah kerna terpaksa akur desakan keluarga
Ku sedar bukan kehendakmu tapi apakan daya
Adakah lagi harapan untuk kita bersama
Oh aspalela apa syarat pun ku terima

Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Oh lela lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela
Oh oh lela lela lela
Oh oh oh oh lela lela lela

Adakah lagi peluang kita bersama
Oh aspalela jangan tinggalkan ku sayang
Sampai hati kau pergi kepadanya
Makan hatiku bila kau berkata
Patah hati dengan hubungan kita
Hancur hatiku aspalela

Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… lela lela lela
Lela lela… aspalela
p/s Hehe…. saje je nak kenang-kenang lagu lucu tahun 2007 :-)
Rabu, 16 Januari 2008 0 celoteh

Pintasan URL: *net *com *org

SalamX..!!

Kali nie kita nak lihat function yang ada dalam browser iE+ dan Firefox. Tutorial nie lebih menjurus kepada alamat laman atau URL yang ingin kita masukkan.

Tak dinafikan le… akupun sebenarnya malas gak kekadang tu nak tulis alamat penuh.. tup tup taip terus isi alamat dia cam gini “mypendidik” terus je enter. Kaedah nie ok le kalau dah ader cookies… kalau takde camner… tak ketahuan le jawabnya dia pegi hehe..!!

Ok.. jom kita lihat cara pantas untuk menghadapi kemalasan kita nie.

Contoh 1 dan 2:


Camner kita nak setkan terus cara mudah ke:


Cara dia mudah je…. :-) .

Isnin, 14 Januari 2008 0 celoteh

Mimi: Teman Aku Dah Bersekolah !

SalamX..!!

Aduh…!! Sunyinya aku rasa berada di rumah tahun nie. Selalunya pepagi camnie ader la jugak teman.

Inilah dunia kehidupan… Mimi anak ke-2 aku dah mula jejakkan kakinya ke TADIKA. Gambar nie aku rakam sewaktu pendaftaran Mimie ke Pra Sekolah. Seronok je dia aku tengok jumpa kekawan baru di situ. Awal-awal lagi aku lihat dia dah boleh berinteraksi dengan kekawan dia yang lain.

Sebelum nie… dialah teman aku kat umah. Walaupun karenah dia kekadang sampai aku tak menang tangan nak kawal tapi bila dia dah takde kat umah pepagi camnie baru aku terasa betapa sunyinya aku akan lalui detik-detik pagi.

Takde lagi dah teman aku nak ajak pegi reronda ke pekan… takde lagi dah teman nak ajak gie beli nasik lemak… takde lagi dah teman nak aku layan PS2 ngan Tom & Jerry kat Astro pepagi cam ginie.

Mulai tahun nie, nampaknya aku kena hadapi semua tu seorang diri… Aduhlaaaa…. tension oie…!! :-?
Rabu, 2 Januari 2008 0 celoteh

Dropit: Lokasi Perkongsian Anda

SalamX..!!

Sebuah lagi lokasi untuk menyimpan hasil perkongsian kita. Benda alah nie tak memerlukan sebarang bentuk pendaftaran, bermakna boleh je pakai sebanyak manapun yang kita suka.

Kepada yang jenis suka berkongsi hasil gambar, nota, video atau document dan sebagainya, rasanya amat sesuai le gunakan kemudahan nie, sebab dia boleh kita setkan sebanyak mana yang kita mahu.

Try le Dropit !! :-D