Selasa, 31 Mei 2011 0 celoteh

Fenomena ‘Halo’ (Matahari + Pelangi)

SalamX..!!

Jumaat lepas 27 Mei 2011, ramai gak kekawan tertanya² apa sebenarnya yang terjadi kepada Matahari. Akupun susah gak nak jawab time tu, sekadar jadi salah seorg peminat setia kat cahaya matahari gak le tengahari sebelum pegi semayang jumaat.

Desas desus menyatakan fenomena nie berlaku ketika Matahari bebetul terpacak di atas bumbung Ka`abah. Wallahhualam… aku sendiri tak pasti. Cuma sepencarian maklumat, yang aku dapat… fenomena nie dinamakan ‘Halo’ (berasal dari bahasa Yunani kuno: “lingkaran bulan”).

Rabu, 25 Mei 2011 0 celoteh

Kru Statistik MSSM 2011

SalamX..!

Setelah hampir 2 bulan ngadap coding, ngadap sms, ngadap haru biru server… nie le masanya dapat lelapkan mata sikit. MSSM 2011 hampir tamat. Segala-galanya nampak tenang bila time aku nulis nie (Hari Akhir MSSM 2011), semua urusan dah settle, cuma mungkin ader le keje sesikit nak up malam karang terutamanya gambar majlis penutupan dan video sesikit. Lepas tu segalanya berakhir la kot rasanya….

Sepanjang menjadi salah seorang pembangun laman MSSM kali nie, ramai gak le memember lama yang aku jumpa. Berbagai peringkat jawatan dalam pengendalian MSSM 2011. Para pegawai di peringkat JPN, BTPN, BTPpun dah mula aku kenal seorang demi seorang. Tapi yang lebih rapat adalah di antara kami iaitu pembangun sistem laman MSSM itu sendiri.

Isnin, 16 Mei 2011 0 celoteh

Selamat Hari Guru Sahabat….

Artis: Pelangi
Lagu: Biarku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Ku rawat biar sembuh

c%
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya

Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

(solo)
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Ku rela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri….
p/s Khas kepada semua insan bergelar guru yg mengenali kami….  :-)
Selasa, 10 Mei 2011 0 celoteh

‘Dokumentasi’ Di NKRA

SalamX..!!

Penting ke tak penting ke aku sendiri tak pasti, tapi apa yang penting… kerjesamer…!! “dokumentasi”. Hehe… bukan lagi kerjesame kot seperti kata Wonderpet citer bebudak tu.

Macam perjalanan keje kita orang di ‘bangku sekolah’ nie mana la sangat nak pentingkan dokumentasi. Asal je ader keje… merungut… asal je ader keje… buat…. asal je ader keje… kena sound sebab siap lambat… haha… tapi penah ke kena marah sebab tak sediakan dokumentasi setiap keje yang kami dah buat untuk diri sendiri ?! Maner ader… kan ?! Nasihat ader le kot…