Khamis, 17 Jun 2010 0 celoteh

Ibanez TCY20101 OVV Talman

SalamX..!!

Selepas peristiwa yang berlaku ke atas ADMIRA, aku telah cuba sedaya upaya memulihkan gitar tersebut agar kembali seperti biasa. Tetapi, setelah tibanya gitar tersebut dari bengkel memperbaiki gitar di Solo, Indonesia yg aku hantar hampir menjangkau 2 thn, malangnya…. ia cukup menghampakan apabila niat ingin melihat gitar tersebut agar pulang seperti asal tidak kesampaian.

Banyak perubahan telah dilakukan, malah ada bahagian-bahagian gitar terpaksa diubahsuai agar ianya lebih bertahan dan kukuh setelah diperbaiki. Akibat daripada perubahan yg berlaku, nada yg terhasil agak kurang memuaskan. Hasrat aku berkecai sama sekali, kini ia hanya tinggal kenangan… kaku tersandar di penjuru kamar.

Sebagai meneruskan perjuangan dalam bidang seni, aku terpaksa sambar baru. Nak tak nak, kena gak sambar, sebab aku tetap aku, mcm dedulu… setahun tak ngadap tv… takpe… seminggu tak ngadap gitar, jiwa jadi haru biru. Maner idaknya… asyik kena cari cord je unt bebudak Mini Orkestra, letih gak sebelum nie cari lagu main pakai hafal bunyi je hehe…

Model gitar yg aku cekau kali nie ialah jenis Ibanez TCY20101 OVV Talman Electro Acoustic Guitar Open Pore Vintage Violin. Harga leh tahan gak dalam lingkungan £189.00 ke £229.00 ($USD 279.27 - $USD 338.64).

Walau bagaimanapun, teman lama tetap aku simpan, cukup banyak kenangan. Semua nie ader hikmahnya… kalau tidak kerana permasalahan yang berlaku nie…. belum garenti sekarang aku dapat memiliki sebuah gitar yg aku idam-idamkan sejak aku bersekolah darjah 6 dulu. Bayangkan le…. :D