Isnin, 31 Disember 2007

Azam 2008: Aku Terima Cabaran !!

SalamX..!!

Kau tak buat bisnes internet ke LePaK ?!!

Soalan nie aku dah terima banyak kali dari rakan dunia internet. Payah aku nak jawab. Tujuan aku pada asalnya hanya nak belajar buat laman web je sekitar 90an dulu bila ader internet kat umah hehe..! :-)

Sebenarnya banyak tawaran aku dapat. Pertama sekali aku pernah diupah oleh seorang Doktor untuk bina sebuah laman web koleksi rama-rama (1992). Dua kali dia pujuk suruh ambik upah bina laman kegemaran dia tu, bukan susahpun.. 6 keping je dia suruh buat lepas tu nak bayar RM400. Entah apasal aku tolak mentah-mentah. Tak reti aku berbisnes dengan benda yang aku katakan hobi.

Berapa masuk duit dari internet kau nie LePaK !!

Soalan nie aku terima bila aku wujudkan Portal Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia (www.mypendidik.net). Pelik aku, tetiba je muncul soalan pasal dapat duit bina portal. Mungkin maksud mereka, jika ada hosting dan domain sendiri lebih mudah kita masukkan iklan-iklan tertentu untuk tambah pendapatan.
Tapi dah hampir 4 tahun portal aku tu wujud baru sekarang kau orang boleh nampak adernya sedikit2 iklan berbayar di situ. Sebelum tu takde. Apasal yek?! Sebab aku dah kasi tahu awal-awal dulu, selagi portal tu usernya tak mencecah 5 ribu keahlian, aku akan beri sepenuh masa pada pengemaskinian portal sahaja. Segala bentuk-bentuk iklan aku akan tolak. Bak kata segala yang melibatkan keuntungan aku taknak buat. Sekarang dah cecah 5 ribu orang, apa pulak alasan aku? :-?

 

Jangan bantu camtu je LePaK !!

Aku tak ingat dah saper yg pernah kata camnie pada aku. Kata-kata nie keluar time aku berchatting di YM. Masa nie aku asyik sibuk membantu kekawan buatkan portal dia org. Tapi baru sekarang aku sedar kata-kata tu memang betul. Betul setelah aku dipermainkan oleh kawan sendiri dalam pembinaan portal.

Benda nie kisah lama la jugak. Aku yang penat-penat perkenalkan portal CMS nie, lepas tu tolong buatkan pulak portal tu untuk kawan aku sekor tu, malah tolong beli lak hosting, supply lak modules-modules aku semua… tunjuk dan ajar pulak apa yang terkini aku dapat dan memacam lagi tetiba…. bila portal dia dah dapat pujian dan siap dia lak dapat anugerah apa semua. Jangan kata nak masukkan penghargaan pada aku yang membantu, malah nama aku yang ader kat web tu habis dia hapuskan. :-x

Lepas peristiwa nie baru aku sedar betapa betulnya kata-kata di atas. Jgn bantu camtu je. Betul kata kau (terima kasih pada kau… walaupun aku dah lupa siapa kau yang berkata-kata hehe..). Selama niepun banyak gak aku bayar untuk internet. Pepaham je la sebelum 2007 nie aku pakai kemudahan dail up je. Banyak bulan gak bil aku melambung cecah RM350 sebulan. Modal gak tu kan? Takpe… lepas nie aku lebih berhati-hati dalam membantu membuta tuli (azam 2008 kot nie).

Try je LePaK.. dari kau habiskan masa tak menentu depan PC !!

Ye la.. ye la aku try berbisnes. Tup-tup aku join MyMode bulan 3 2007. Bisnes jual prepaid ahekeek..!! Dah diketawakan pulak dia orang. “Itu bukan bisnes Internet la…” Ler camtu la pulak. Apa la kau orang nie, takde motivasi langsung kat aku. Dah le aku baru je nak jinak-jinak dgn bisnes internet… kena perli lak tu. Sorry le kawan, aku ingat ini yang kau orang maksudkan. Tapi lumayan gak aku dapat dari MyMode Prepaid nie hehe..!! :-D

Kaukan ader kemahiran buat web… guna le kemahiran kau tu….

Peh…. kata-kata pedas..!! Kata-kata yang aku terima akhir-akhir nie. Kata-kata dari seorang rakan pengusik jiwa (lebih kepada suka perli hehe..!!). Ye ke aku nie boleh dikategorikan org yg reti buat web?!!

InsyaAllah… dengan kata-kata pengusik jiwa nie aku ambik sebagai Azam 2008 aku. Aku kutip balik semua kata-kata perangsang untuk aku carik duit dengan kemahiran yang aku ada.

Kali nie aku nekad, biar tahun 2008 nie sebagai bukti permulaan bisnes dalam dunia internet aku nie. Tak kira le dalam segi apapun, insyaAllah aku cuba. Janji aku pilih yang halal le.

Ok ! Bermula detik 2008 aku akan usaha mencari ilmu ke arah berbisnes dalam lapangan nie. Terungkai lah sudah azam aku tahun hadapan. Mudah-mudahan aku berjaya dalam setiap bidang yang aku ceburi nanti. Doa-doakan kejayaan aku yek..!! 8-)

Amin…!!

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan