Sabtu, 10 November 2007

Lidah Buaya - Aloe Vera Linn?!

SalamX..!!
Pokok Lidah Buaya

Pokok Lidah Buaya yang berada di rumah aku sekarang. Semalam baru aku perasan yang tunas naik mencecah bumbung. Selalu jalan tunduk je.. tak perasan. Aku tak penah lak tengok camtu punya tinggi… 8-O . Ye ke nie pokok lidah buaya ?!!


Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat. Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit.

Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein. Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya.

Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang. Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika utara. Aloe vera membiak dengan cara pembahagian anak.

Nama lain bagi aloe vera ialah: Jadam (Melayu), Crocodile Tounge (English), Salvia (sepanyol) dan Lu Hui (Cina).

Kegunaan:

Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an. Bahagian yang digunakan adalah daunnya, ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.

Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati dan mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar.

Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Didapati boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan (salur penghadaman).

Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat.

Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis. Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.

Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.

Juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

Inilah sedikit maklumat yang aku dapat tentang Lidah Buaya nie tapi pokok yang kat umah aku tu jenis apa pulak yek… ?!! :-D
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan