Khamis, 20 Mac 2008 0 celoteh

Salam Maulidur Rasul

SalamX..!!

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Rabu, 19 Mac 2008 0 celoteh

Hasil Setahun Bersama MyMode

SalamX..!!


Syukur Alhamdulillah…! 24 Mac 2008 nie genap le setahun aku join MyMode.

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat rEStiNPeaCe kerana sudi menunggu hampir 2 tahun baru aku join mende nie. Ye la.. time dia promote tu aku takde handset, talianpun takde sebab tinggal di pendalaman. :-)

Ahad, 16 Mac 2008 0 celoteh

MyP: Terus Bertahan Atau Akan Berkubur

SalamX..!!


13 Mac 2008
, Portal Perkongsian Ilmu Antara Pelajar dan Pendidik yang bertemakan, Portal Aliran Pemikiran Pendidikan Malaysia, Mypendidik.net telah mengalami satu lagi kejutan apabila database utama tertulis “seems to be empty” secara tiba-tiba. Ia merujuk kepada tiadanya data walaupun sebaris ayat di dalam database walaupun semua tablenya masih tersusun kemas di bahagian database utama.

Apakah nasib seterusnya portal yang telah bertahan hampir 4 tahun penubuhannya selama ini? 8-O

Rabu, 12 Mac 2008 0 celoteh

Kesan Virus Web: McAfee SiteAdvisor

SalamX..!!

Selalu kita akan terperangkap dengan kata-kata manis hinggakan kita terpedaya untuk memasuki sesebuah laman yang terdapat script berjenis “JS/Wonka“. Kepada yang menggunakan Anti Virus berjenis McAfee selalu akan terpedaya dengan kesan yang diterima. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, Antivirus jenis nie detect benda alah nie sebagai VIRUS padahal ia hanya merupakan script berbentuk “malicious scripts dan exploit scripts“.

Sebenarnya javascript sesebuah web kekadang tu diubahsuai oleh webmaster tersebut tetapi memandangan terdapatnya kesan perubahan yang sukar diterima oleh sesetengah anti virus, itu yang menyebabkan web tersebut di anggap berVIRUS. Tetamu yang masuk ke web tu mula la gelabah tak menentu hehe….!! :-D

Jadi sekarang takyah pepening kepala lagi. Dah ada kemudahan khas kita boleh mengesan sama ada web tersebut terdapatnya virus ataupun tidak.