Sabtu, 7 Februari 2015 0 celoteh

Tiga Belas Wasiat - Untuk Para Guru مربى

Buat Para Murabbi dan Guru
TIGA BELAS WASIAT - untuk para guru مربى

WASIAT PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.