Isnin, 23 Februari 2009 0 celoteh

Blog Tarian Dabus - Luar Jangkaan !!

SalamX..!!

Akhir tahun lepas ada aku bina satu blog yang difokuskan khas kepada Tarian Dabus. Tapi… ada satu keistimewaan yang datang dari blog tersebut, keistimewaan yang aku sendiri tak jangka malah tak penah terlintaspun akan berlaku iaitu “Sambutan & Perhatian”.

Syukur Alhamdullilah, walaupun blog tersebut hanya sekadar sebahagian kertas kursus aku tapi kesan daripada isi yang padat secara tidak langsung aku dah popular dengan nama Penulis Dabus.

Hingga kini, aku dah menerima contact dari pelbagai tempat dan yang paling jauh kenalan yang aku terima ialah dari Wilayah Timur Nusantara saudara Busranto Abdullatif Doa dari Seberang. Dan yang paling kerap aku terima panggilan dan sms adalah dari pelajar-pelajar universiti dan orang perseorangan.

Walaupun blog tersebut takde lah sehebat mana, tapi tetamu-tetamu yang pernah melayari blog tersebut untuk rujukan ilmu.. aku ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda.

InsyaAllah… beberapa maklumat akan dimuatkan lagi untuk rujukan yang lebih detail di Tarian Dabus jika ada kelapangan masa. :-)

Terima kasih !!
Jumaat, 20 Februari 2009 0 celoteh

E-Book Adsense SEO

SalamX..!!

Hehe.. saje aku merepek buat E-Books untuk SEO Adsense. Bukannya aderpun e-book nie, saje fikir-fikir ye ke orang yang jual e-book yang berkaitan dengan SEO nie bebetul mahir dalam SEO?

Pelik fikirkan? Adakah pembuat e-book berkaitan SEO nie bebetul tahu atau berpengalaman dalam hal nie? Takkan setakat trafic web dah boleh capai ranking teratas dah berani ngaku terror dalam bab nie?

Emm… baik kau orang sesamer fikir benda nie. Kebanyakan e-book SEO free tu aku tengok semuanya jenis tak berapa fokus kepada benda yang berkaitan. Kebanyakannya hanya tumpu pada web-web yang membantu untuk submit url seperti Social Bookmark yang lebih dari 301 laman berlegar di dunia internet nie.

Dah tu siap ader penyokong kata e-book tu bagus la, hebat la, entah apa-apa lagi kasi org benar-benar terpengaruh. Hehe… jangan marah yek… yang aku citer nie sebagai pendapat aku je…

Sorry ek… kalau la betul apa aku cakap nie… jom kita fikir-fikir bersama, adakah yang dah beli e-book yang banyak testimonia hebat-hebat bagai nak rak tu mendapat hasil seperti si pembuat e-book tersebut. ? :-)
Rabu, 18 Februari 2009 0 celoteh

Nilai Tudung Wanita

SalamX..!!

Di sini aku ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Rabu, 11 Februari 2009 0 celoteh

Hamster

SalamX..!!

Semalam sesaje bawa anak reronda petang naik kapcai buruk aku tiba-tiba terdengar anak aku si Mimie tu sebut “Kedai Haiwan”. Haiwan?!! Tertarik pulak aku dengar dia sebut haiwan hehe.. selalu kita sebut kedai binatang ahekekek..!! Akibat dari sebutan haiwan tu aku ambil keputusan untuk usyar jap apa yg tokey kedai tu jual.

Peh.. ader burung, tupai, kura-kura, sangkar.. ops…? nie bukan haiwan hehe..!! Tak sempat perati semua terus anak aku bersuara “Ayah ader Hamster..!!”. Emm… terbang RM88 beli 2 ekor Hamster, makanan dgn sangkar dia sekali.

Bayang le… dah le naik kapcai 4 beranak, terpaksa angkut segala yg aku beli tu pulak hehe..!!

Ok, kali nie aku nak berkongsi ilmu sikit sebelum memutuskan untuk memelihara hamster. Ada baiknya kita mempertimbangkan beberapa hal. Kita harus mengkaji selok-belok hamster secara mendalam. Jangan sampai gara-gara miskin informasi, kita menyesal membeli satwa lucu nie.

Sabtu, 7 Februari 2009 0 celoteh

Makin Tinggal Makin Menjadi

SalamX..!!

Pelik aku tengok earning adsense aku nie, makin ditinggal makin menjadi la pulak… isk !!

Dugaan sungguh rasa. Kalau diikut-ikutkan, dekat 2 minggu aku tak berapa fikir sangat dah pasal adsense nie. Tapi bila lihat balik, ader je mende yang semacam menduga jiwa tenang aku nie hehe…

Kalau kau org nak tahu, dulu aku penah target seminggu $USD40, alhamdullilah dah tercapai kat thread “Matlamat Cecah $USD40/7 Tercapai“. Dalam dediam tetiba muncul satu lagi rekod pada 3 hb lepas cecah ke $USD85/7.

Huh…. buat jiwa kacau sungguh benda nie hehe…!! Camner nak siap tesis aku nie… isk..!!

p/s Walau bgmanapun… aku tetap menanti hingga bulan Julai nanti. Amin..!! :-D
Isnin, 2 Februari 2009 0 celoteh

The World`s Greatest Business Mind

SalamX..!!


Entah… camner leh terglamer lak aku pasal nie… mungkin pasal SEO Adsense kot.. :-)