Rabu, 28 Februari 2007 0 celoteh

Character Text Hijau - iRC

SalamX..!!

Weh~!! Kali nie kita akan belajar macam mana membina coding untuk memaparkan Character Text warna Hijau dalam mIRC. Benda nie macam dah familar tapi ramai gak yang asyik bertanya masa aku chat. Jadi di sini kita akan sama-sama lihat macam mana benda nie diapplykan dalam iRC.

DwiKlik Untuk Lihat Paparan Sebenar Chat
Maklumlah, asyik ngadap tulisan yang sama je memanjang, boring jugak rasa. Apa salahnya sekali-sekala kita ubah mode. Jika berminat jom kita lihat langkah-langkah seterusnya. ;-)
Isnin, 26 Februari 2007 0 celoteh

Sketch Effect - PDS

SalamX..!!

Hari nie kita akan belajar macamana nak buat effect sketch pada gambar foto seperti di bawah nie:

Sketch Effect
Jika anda dah bersedia mari kita lihat bagaimana caranya hendak membuat Sketch Effect di dalam aplikasi Photoshop.
0 celoteh

Khabar Waktu - MyP

SalamX..!!

Khabar WaktuRasanya anda perasan benda nie di halaman atas Portal MyPendidik. Istilah melayu yang aku namakan benda nie ialah “Khabar Waktu“.

Peranan Khabar Waktu nie ialah ia akan maklumkan kepada ahli berdaftar masa ketika ahli berada di dalam portal samada Tengah Malam, Subuh, Pagi, Tengahari, Petang dan seterusnya Malam. Ia merupakan function timer yang telah diubahsuai untuk kesesuaian waktu tempatan ahli.

Jika anda ada portal PHPNuke dan inginkan fungsi Khabar Waktu, sila pastikan anda memiliki aplikasi dan fail berikut:

  • Notepad (Untuk wujudkan fail .js)
  • Folder js (Dibina pada lokasi root/js)
  • Fail theme.php (Berada pada folder themes/themes-yg-kau-pakai/theme.php)

Sekarang mari kita sama-sama lihat bagaimana cara membina fungsi Khabar Waktu.

Ahad, 25 Februari 2007 0 celoteh

Temasya Sukan Anak²

SalamX..!!

Hari nie bahang panas terik masih terasa kat muka, panas sebab saksikan temasya sukan tahunan anak aku. Support sikit kerana nie la fist time dia lalui aktiviti sukan siang tadi kat sekolah baru. ;-)

Anak Sulung
Hehe terkejut gak aku dia leh dapat pingat tu. Laju pulak tu lari. Acara 4 x 100 untuk pelajar darjah 2. Tapi kira respect le masa dia larikan button tu dia yang paling depan. :-D

Kau orang tahu apa nak jadi masa acara dia tadi ?!! Siap dengan aku sekali lari sama sebab nak dapatkan shot menarik masa dia buat larian.. ahekeke..!! Siap nak terlanggar pegawai sukan kat tepi padang.. isk..!! Malunya.. cikgu pompuan lak pegawai sukan tu.. nasib baik cikgu vateran, kalau awek cun sah aku langgar terus hehe…!!

Selepas Larian Masa Memecut Tempat Passing Button Dapat Pingat

Oh ye.. di sini aku letakkan sikit beberapa babak yang aku sempat gambarkan dengan Hphone aku nie. Kau orang boleh klik gambar-gambar di atas nie untuk paparan sebenar. Ok tu je..!!
Sabtu, 24 Februari 2007 0 celoteh

Sign Data Feeds

SalamX..!!

Kali nie akibat dari tension sebab RssFeeds Fsock Style aku kantoi, aku terfikir nak load jugak data dari Database. Kali nie aku usaha juga untuk dapatkan data walau bagaimana cara sekalipun. Dan aku terfikir cara Sign Image.

Berbekalkan ilmu Photoshop yang setitik di lautan je aku usahakan jugak mendesign ikut selera yang aku tahu hehe.

Hasilnya:

Sign Image 1

Sign Image 2

Sign Image 3

Sign Image 4

InsyaAllah, nanti dah reti sesikit Photoshop aku akan cuba buat design yang lebih menarik dari nie.

p/s Maklumat ini hanya backup data.
Jumaat, 23 Februari 2007 0 celoteh

Maya ?

Hehe.. SalamX..!!

Ada dah yang bertanya.. aku dah agak dah mesti ader yang tanya punya pasal gambar si Maya nie. ;-)

Maya
Sebenarnya gambar nie saje aku letak memandangkan aku memang minat gambar-gambar berbentuk khayalan nie. Sesambil aku lawati beberapa site tempohari aku terjumpa gambar nie, cantik lak aku tengok terus je terpikat nak letak kat sudut sini. Jangan lak kau orang sangka bebukan pulak. Al-maklumlah gambar nie macam seksi sikit hehe..!!

Mungkin nie aku akan ubah ke fungsi lain. Cadangnya nak letak kalender yang kemas sikit. Kalender yang boleh paparkan sekali permandangan menarik (Khayalan jugak rasanya kot).

Tapi tengok la nanti.. InsyaAllah ada masa.. ada laa aku carik apa-apa yang patut nanti nak letak kat si Maya tu. 8-)

Tunggu je…
Selasa, 20 Februari 2007 0 celoteh

Muzikal Pencatur Maya

SalamX..!!

Koleksi Muzikal Pencatur Maya
Koleksi Muzikal Pencatur MayaEntah macam mana hari nie dalam sesaje aku duduk ngadap pc tetiba terlintas nak buat satu Blog dekat blogspot.com. Last sekali jadi sebuah blog seperti yang kau orang semua boleh lihat seperti di sebelah nie.

Oh ye.. klik gambar untuk besarkan paparan grafik. Aku temakan blog tu sebagai Koleksi Muzikal Pencatur Maya. Apa yang hebat dalam blog tu ialah terdapatnya lirik berserta dendangan lagu tersebut melalui Plugins Mp3.

Jadi sesambil menghafal lirik sesambil layan lagu la kiranya. Ops… sebelum tu aku nak buat penafian bahawa aku tak bertanggungjawab ke atas segala perubahan link yg akan berlaku nanti sebab kebanyakan link Mp3 yang digunakan adalah merupakan Crack Hotlink.
Isnin, 19 Februari 2007 0 celoteh

LePaKScRiPt Cjb

SalamX..!!

:::LePaK:::WebNetChat:::
Nie laman himpunan Script mIRC aku semasa giat aktif dalam dunia tu seketika dulu. Nampak cam ganas je, tapi apepun takde hehe..!! Laman tu aku bina guna Dream Weaver. Masa tu baru berjinak-jinak dengan CSS (Cascading Style Sheets).

Aku takde apa-apa nak citer tentang laman tu, jadi kalau rasa nak lihat dan tahu lebih lanjut kau orang boleh je lawat laman tu ok. Oh ye.. takyah la sesusah masuk ke Forum situ sebab mende tu dah unactive.
0 celoteh

Kontrolvesi Rssfeeds Berakhir

SalamX..!!

Hampir 3 tahun atau sejak penubuhan MyPendidik, aku telah cuba untuk mempelajari sebuah Coding PHP yang dapat membaca keseluruhan teks di laman HTML. Pernah suatu ketika dulu aku dikehendaki membayar sebanyak RM 50 hanya untuk mempelajari coding fsock yang digunakan di dalam modules tersebut.

RssFeed

Kini, alhamdulillah… segala yang aku kehendaki telah tercapai. Walaupun bukan dengan Function Fsock tetapi RssFeed.
Ahad, 18 Februari 2007 0 celoteh

Koleksi Javascript

SalamX..!!

Semua orang ader hobi, termasuk lah aku. Hobi aku sewaktu awal penglibatan dalam dunia internet nie ialah mengumpul Code Javascript. Macam-macam jenis aku kumpul dan ader pulak yang aku ejas kasi senang dan ringkas. Koleksi nie asalnya untuk kegunaan peribadi je, tapi dah ramai yang bertanya itu ini camner camnie… pening lak aku nak terang.

© CopyRight Reserved 5000 Byte Of War
Last sekali aku ambil keputusan buat satu laman khas yang bertemakan Javascript Source by LePaK © CopyRight Reserved 5000 Byte Of War. Kau paham apa maksud dia ? Tak paham ?!! Bagus…!! Aku pun tak paham sebenarnya hehe…!!

Nak tahu lanjut, kau klik je gambar yang aku paparkan nie. Rasanya dah dekat 4 tahun aku tak usik dah laman tu. Masa takde. Tu je..!!
0 celoteh

Crossfire - Setelah Kau Tiada

Artis: Crossfire
Lagu: Setelah Kau Tiada
Album: Fatamorgana (1989)

Dulu kita segandingan
Di bawah alunan kemesraan
Meniti hari yang indah
Berdua bersama
Sehati dan sejiwa

Bagiku engkaulah segalanya
Tempat aku mencurahkan cinta
Betapa luhurku serahkan
Sebuah hati dan luahan perasaan

Kini semuanya telah berlalu
Yang tinggal hanya sebuah lagenda
Siapakah teman
Tempatku bermanja
Setelah kau tiada

Kini sendiri kerinduan
Merintih sepi kepedihan
Jelasku rasa
Keanggungan kasihmu
Meronta di kalbuku…
Lagu kenangan semasa di Bangku Sekolah (Rombongan Pengawas - Teluk Batik). Ader kisah di sebalik lagu nie yang aku tak sanggup nak citer, cukup buat jiwa aku kacau ketika tu.
Sabtu, 17 Februari 2007 0 celoteh

Wajah Pilihan - Tutorial

SalamX..!!

Buat pengetahuan kau orang, aku sebenarnya boleh dikatakan kayu jugak bab-bab grafik design pakai Photoshop nie. Jadi sesambil aku belajar PDS aku cadang nak masukkan je dalam kategori Tutorial WPress Diari.

Jadi, dalam beberapa hari aku try PDS tetiba terjumpa sekeping gambar. Cantik lak nengok ayu mata ngan senyuman dia. Terus aku buat keputusan nak jadikan gambar nie sebagai latar setiap PDS yang aku akan tutorkan nanti.

Bermakna kalau ada apa-apa grafik yg perlu gambar ‘Rupa’, aku pakai je gambar gadis sebelah nie. Lagipun aku terjumpa gambar nie dalam Tutorial PDS jugak, tak salah kalau rasanya akupun pakai..

Lawakan hehe.. ;-)
Rabu, 14 Februari 2007 0 celoteh

Sembang² Borak

SalamX..!!

Apa benda nie ? Nie sebenarnya ialah Bilik Sembang² Borak yang disediakan oleh Portal MyPendidik.net. Saje aku masukkan ke dalam Blog nie sekali untuk kemudahan pengunjung dapat bersama-sama mengenali keahlian MyPendidik dan Asamboi.

Kalau dirujuk pada grafik Borak tu, kita boleh lihat terdapatnya bilangan ahli yang sedang online. Kalau anda rasa nak sertai Sembang Borak tu, sila klik pada link Sembang² Borak yang disediakan tu. Password tak diperlukan, just masukkan Username atau Katanama dah memadai. Selamat berborak !!
Selasa, 13 Februari 2007 0 celoteh

Portal CMS Pertama

SalamX..!!

Portal Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia atau MyPendidik atau lebih manja dengan panggilan MyP oleh kalangan ahli-ahli portal adalah merupakan portal berbentuk CMS pertama aku bina. Sebelum nie hanya setakat HTML. Tapi kali nie berlainan sikit apabila hampir 80% codingnya dijana oleh System PHP.

Komuniti Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia

Portal nie merupakan sebuah template yang menggunakan System PHPNuke yang dipopularkan oleh Francisco Burzi. Cuma cara mempersembahkan tu berbeza sikit ikut pengendali web. Macam-macam rupa.. dan untuk MyPendidik nie aku temakan sebagai Portal Komuniti Perkongsian Ilmu Antara Pendidik Dan Pelajar Malaysia.
Isnin, 12 Februari 2007 0 celoteh

Laluan Kenangan

SalamX..!!

Hari nie aku pindahkan barang terakhir dari rumah sewa aku di Lasah. Sesambil bawa kereta tu terlintas pulak nak simpan kenangan gambar jalan raya nak menuju ke situ. Jadi berbekalkan dgn Hphone aku nie, sesambil aku memandu, aku cuba dapatkan shoot menarik untuk tatapan aku di waktu kerinduan.. Cewah~!! ;-)

Bukan apa, cuma semua nie dah tinggal kenangan. Jalan nie la aku berulang-alik selama 12 tahun aku di perantauan sewaktu aku dipostingkan lepasan Maktab. Masa tu aku di zaman bujang lagi dan kini aku meninggalkan tempat tu bersama keluarga, isteri dan anak-anak tersayang. Banyak gak kisah aku dengan jalan ni… 12 tahun beb…!! 8-)

Mungkin lepas nie aku akan lalui jalan tu lagi. Mungkin 3 bulan akan datang atau 1 tahun lagi atau 3 tahun lagi atau mungkin aku takkan jejak lagi dah laluan tu.. Wallahhualam !! Sebab bukan dekat.. laluan ke rumah aku tu dari Pekan Utama jaraknya lebih kurang 27 km.

p/s Klik pada gambar untuk lihat paparan yg lebih jelas.
Sabtu, 10 Februari 2007 0 celoteh

Hero - Enrique Iglesias

Artis: Enrique
Lagu: Hero
Album: Enrique Iglesias


(Let me be your hero)
Would you dance if I asked you to dance
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight
Would you tremble if I touched your lips
Would you laugh oh please tell me this
Now would you die for the one you love
Hold me in your arms tonight
I can be your hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away
Would you swear that you’ll always be mine
Would you lie would you run and hide
Am I in too deep have I lost my mind
Well I don’t care you’re here tonight
I can be your hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away
Ohhh I just wanna hold you,
I just wanna hold you, oh yeah
Am I in too deep have I lost my mind
Well I don’t care you’re here tonight
I can be your hero baby
I can kiss away the pain
(Ohhhhhhhhhhhh yeah)
I will stand by you forever
You can take my breath away
I can be your hero
I can kiss away the pain
And I will stand by you forever
You can take my breath away
You can take my breath away
I can be your hero….
Lagu kenangan semasa aku belajar di Universiti - Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Jumaat, 9 Februari 2007 0 celoteh

Radio PopUP Browser

SalamX..!!

Malam ni walaupun terasa penat sikit badan.. aku cuba juga untuk siapkan Radio LePaK.fm untuk MyPendidik.net. Radio asal dah macam kelam kabut sedikit dalam System Stream. Asyik bertukar domain dgn port, naik leceh asyik kena edit code stream radio tu.

Kali ni macam biasa, cuma port dia lain sikit iaitu Lepak.fm dan bukannya Gempak.fm. Entah apa pulak kesudahan dia dalam Stream Asx kali nie.. sama-sama kita tunggu…
Khamis, 8 Februari 2007 0 celoteh

Munculnya LepakFM

SalamX..!!

Wah… LepakFM.net sudah muncul. Teruja je rasa. Walau apapun kancah dunia, kini kita dapat menikmati pelbagai corak lagu bersama DJ khas di LepakFM.

Komuniti nie nampak gayanya khas kepada dunia hiburan. Dan kedengaran juga DJ-DJ bersuara manja (awek-awek) . Jadi kalau rasa inginkan hiburan berentak “LePaK” anda boleh lawati Komuniti LepakFM.net.

Jangan tunggu lagi.. sertai sekarang !!