Isnin, 20 Disember 2010 0 celoteh

Aku & Dunia Facebook

SalamX..!!

Ramai antara kekawan aku bila berjumpa je mesti mahukan alamat Facebook untuk terus contact. Malah, ada yg aku kenal tak berapa reti bab-bab internet nie pun siap kasi aku alamat Facebook beliau melalui mesej pesanan ringkas untuk contact. Mungkin komunikasi melalui Facebook nie dah jadi trand zaman sekarang untuk ‘bertegur sapa’ antara kekawan gamaknya.

Isnin, 13 Disember 2010 0 celoteh

Akhirnya… Cuti Ngadap Coding PHP

SalamX..!!

Huhu… letih-letih… Ingatkan cuti boleh le enjoy jejalan makan angin, rupanya siang malam dah ader keje kena ngadap.

Haa… atas nie, mungkin ramai cikgu-cikgi daerah sini yg belum tahu, Portal PPDLMS V3 akan muncul pada 01-01-2011 nanti. Masa cuti nie aku ambil sepenuhnya memasang engin baru dalam CMS tu. InsyaAllah… kalau takde pe-pe hal, mungkin dilancarkan pada tarikh yg ditetapkan.

Jumaat, 3 Disember 2010 0 celoteh

Pening Buat Pilihan Posisi….

SalamX..!!


Entah… aku dah lama fikir, posisi rumah mana yang ok…. last sekali, nak gak terima pendapat kau orang pulak sebab aku sendiri dah pening² lalat memikirkan posisi mana yang sesuai untuk rumah nie…

Pada pendapat kau orang… posisi rumah mana yang ok… kiri ke kanan ? :-?
Ahad, 24 Oktober 2010 0 celoteh

Aplikasi Data Pusat Akses

SalamX..!!

Sejak 3-4 hari kebelakangan nie… aku jarang ronda² blog… Sorry yek..! Apa leh buat, nak kena ngadap sistem jap. Nak kena siapkan cepat… aku nak cuti penuh time bebudak cuti sekolah nanti oie….!!  :-D
Ahad, 17 Oktober 2010 0 celoteh

Photostream Mokhzani Menawan Hati

SalamX..!!

Sebuah laman Photostream di tapak Flickr yg berjaya menambat hati aku selama nie yang dikelolakan oleh Saudara Mokhzani Marzuki.

Apa tunggu lagi… Jom serbu… Photostream Mokhzani. :-D
Khamis, 14 Oktober 2010 0 celoteh

‘Meraban’ Rendering AutoCAD

SalamX..!!

3 hari sebelum Syawal ader aku dapatkan plan rumah berbentuk 3D yang dihasilkan dengan AutoCAD. Tapi 3D tu dalam paparan Wireframe, maksudnya masih penuh dengan ceracak-ceracak kayu hehe… (ye ke istilah aku nie). Mula dari situ la aku mula merepek, asal dari buta kayu hinggalah aku cuba install AutoCAD dan terus meraban sampai sekarang. Ahekek…!!

La nie dah masuk 3 hari dok pening fikirkan camner nak add pokok pulak tepi rumah tu… adoi.. sakit jiwa gak dibuatnya…. :-D
Rabu, 6 Oktober 2010 0 celoteh

Air Terjun Tercantik Di Dunia

SalamX..!!

“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur, di dalam kebun-kebun itu kamu perolehi buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan.”
Surah al-Mu’minun (18-19).

Sabtu, 2 Oktober 2010 0 celoteh

Igauan Spiderman

SalamX..!

Khamis, 23 September 2010 0 celoteh

Keunikan Iklan Bas

SalamX..!!

Kali nie mari kita peratikan keunikan para pengiklan merealisasikan impian dia org memaparkan iklan syarikat di badan-badan bas. Antara salah satunya adalah seperti gambar di atas. Hehe… iklan yang dipaparkan adalah hak milik Syarikat Bernmobil Airpot.
Ahad, 19 September 2010 0 celoteh

SMS Raya Aidil Fitri

SalamX..!!


SMS Raya Aidil Fitri

Haha… sepanjang Ramadhan & Aidil Fitri tahun nie ada kelainan sikit dalam aku menerima ucapan raya. Bukan SMS Raya yg aku maksudkan… tapi apa yang aku nak citer nie adalah berbeza sikit sms yang aku terima dari tahun² lepas.


Nak tahu apa beza dia?! Ok… kisah dia camnie… tahun lepas aku yg mula kirimkan ucapan raya melalui sms tapi berlainan dengan sambutan aidil fitri tahun nie apabila aku pula nekad untuk menanti ucapan² daripada rakan² pulak… sampai je ucapan dia org, baru aku balas… hehe..!!

Selasa, 31 Ogos 2010 0 celoteh

Salam Aidil Fitri “Rakan Blogers”

SalamX..!!


Salam Perkenalan & ku hulur tangan sepuluh jari tersusun tanda memohon kemaafan antara kita “Rakan Blogers”.
Ahad, 29 Ogos 2010 0 celoteh

Kek Oh Kek !!

SalamX..!!

Kau orang minat dengan kek?! Pernah tengok design kek yang pelbagai rupa?! Kepada kaum hawa… sah le memang suka sangat bab-bab kek nie… macam aku lebih suka pada keunikan dia je….

Ha.. jadi… di sini aku ader jumpa bermacam-macam rupa bentuk kek yang cukup menarik. Menarik pada diri aku le… kau orang aku tak tahu le suke ke tak hehe..!!
Kalau dikutkan memang banyak jenis-jenis kek yang orang dah buat, tapi… pelbagai pulak cipta rasa. Banyak pulak perisa yang membezakan kek-kek nie.
Walau bagaimanapun… sehebat mana sedapnya kek yang kau orang buat tu mesti datangnya dari pandangan mata dahulu… ye tak…?! Belum lagi rasa hehe…
Oleh itu… mari kita saksikan bersama, sesambil tu kasi le komen kek yg mana kau orang berkenan. Yang nak promote resepi kek dia sendiri di sinipun aku tak kisah… janji letak je url tu di nickname kau orang memasing…. jom..!!
Jumaat, 27 Ogos 2010 0 celoteh

Ketrampilan Kuasa Ajaib Alam Semesta

SalamX..!!

Dasyatnya kekuatan alam siapapun tidak dapat menduga. Banyak telah kita saksikan kejadian-kejadian aneh tanpa kita fikirkan risiko yang bakal melanda. Walau bagaimanapun, kehadiran sesuatu yang menakjubkan dari alam semesta telah melambangkan betapa besarnya kuasa Allah S.W.T.


Di atas nie ada aku kumpulkan beberapa peristiwa ‘Gegar’ yang pernah berlaku di bumi yang kita jijak sekarang. Klik foto dan saksikan sebahagian daripadanya. Renung-renung lah wahai kawan…!!
Khamis, 26 Ogos 2010 0 celoteh

7 Keajaiban Dunia - 28 Finalis New7Wonders Of Nature

SalamX..!!

Kempen pemilihan 7 keajaiban dunia untuk kategori alam (nature wonders) yang dianjurkan oleh New7Wonders Foundation telah memasuki fasa ke tiga. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasasnya Bernard Weber, matlamat utama yayasan ini adalah untuk melakukan kerja-kerja dokumentasi dan pemuliharaan karya monumen di seluruh dunia, iaitu bersesuaian dengan mottonya: “OUR HERITAGE IS OUR FUTURE”.

Selasa, 24 Ogos 2010 0 celoteh

Gravatar: Identiti Diri Anda

SalamX..!!

Gravatar? Bila sebut pasal Gravatar, anda pernah dengar? Kalau pernah dengar alhamdullilah… Ramai yang pernah dengar, tapi tak ramai yang mengguna pakai kemudahan yang disediakan nie.

Gravatar nie merupakan gambar pengenalan anda, umpama kad pengenalan la bak kata orang hehe… Ia akan mengikuti kita ke mana sahaja kita pergi di ruangan komen atau posting blogs. Apabila anda memberi komen pada sesebuah laman blog, images Gravatar anda akan muncul di sebelah posting anda. Hebat bukan…?!!

Bila komen disertakan dengan gravatar pilihan anda, baru ada gaya, yang pentingnya, imej yang anda gunakan melambangkan diri/identiti anda dalam dunia blogging. Jadi apa tunggu lagi… kepada kekawan yang masih belum miliki Gravatar sendiri lagi… jom kita sama-sama dapatkannya di Gravatar.

p/s: Pastikan guna email yang telah didaftarkan dalam akaun Gravatar setiap kali memberikan komen di blog lain termasuk di blog ini, dan imej yang telah dipilih akan keluar secara automatik.
Isnin, 23 Ogos 2010 0 celoteh

Kediaman Impian Termurah Di Dunia

SalamX..!!

Zaman sekarang, untuk memiliki kediaman sendiri bukannya perkara mudah. Bukan boleh cari senilai harga 20-25 thn sudah. Keluasan 25×40 kaki persegipun dah cecah ke RM50-RM60 ribu kalau di KL. Itu baru je tanah, belum lagi nak buat rumah, tambak tanah, perhiasan dalaman….

Adoi… kalau difikir-fikirkan… alamat duduk rumah ala-ala sangkar burung merpati la kita sampai ke mati.

Tapi… penemuan terbaru abad nie, ada satu kemungkin bahawa setiap manusia atau individu boleh memiliki rumah sendiri tanpa memerlukan modal yang besar. Kos maksimun yang dijangkakan hanya mencecah belasan ringgit. Ini terbukti apabila terdapatnya seorang insan seni yang telah berjaya merealisasikan impian beliau untuk memiliki rumah yang tersergam indah hanya dengan bermodalkan idea dan sejumlah wang ringgit yang kecil.

Mengapa… tak percaya..?!! Jom kita saksikan kebenarannya….

Khamis, 19 Ogos 2010 0 celoteh

Aku & Hphone (Eps-4)

SalamX..!!

Setelah melalui beberapa pengalaman manis dan pahit dalam menggunakan 3 buah tipon bimbit iaitu  Nokia 8210, Sony Ericsson W580i dan Samsung s40i-00 , kini aku terpaksa le cekau jugak 1 lagik hphone baru setelah hphone kesayangan iaitu Samsung s40i-00 telah dimasak ke dalam Microwave oleh anak aku hehe…

Kali nie hphone yg aku guna adalah berjenama Nokia iSlide 6600. Harga… mak aih… lagik singgit 1K. Sabor je le… nak buat camner dah memang terpaksa pakai. Nokia nie skins dia 100% besi… berat… time sampai umah baru perasan besi huhu..!!

Designs dia memang cun habis, kecik dan color chrome. Tapi macam biasa gak, bab Mp3 setting aku memang kantoi habis, tak reti nak mengejas. Apa yg penting dalam hphone nie ialah GAMES… seronok lak aku dok layan games yg sekali pakej dengan hphone nie.

Walau bagaimanapun, ia masih baru (4 bulan dah kot), pengalaman nak citer masih kurang. Baik aku takyah citer…Apa yang penting… time free sah dah aku dok layan games dalam tu buat penahan lapor di bulan Ramadhan nie. Itu je… :-D