Rabu, 17 Ogos 2011 0 celoteh

Salam Aidilfitri 1432 Hijrah



0 celoteh

Angan Kanak²

SalamX..!!

Angan kanak² yg pastinya bersama dunia tersendiri…!!  :-P
Selasa, 16 Ogos 2011 0 celoteh

Origami Raut Wajah Wang Kertas

SalamX..!!

Banyak orang, banyak ragam… banyak karenah. Ini lah yg terhasil, bila seni tiada batasan. Wang ringgit jadi taruhan hehe…

Sebenarnya, semua org ada daya kreativiti tersendiri, bagi mereka yg dilahirkan berbakat kreatif atau seni, itu telah nyata tetapi kepada mereka yang masih tersirat kekreatifannya… cuba la cungkit bakat yg terpendam tu… pasti ada, cuma ianya berbeza.

Suatu cita rasa akan lebih bermakna apabila terukir senyuman dari kreativiti anda sendiri. Kali nie kita nak saksikan betapa kreatifnya manusia di alam fana nie membentuk origami hanya dengan sehelai wang kertas.

Apa tunggu lagi… jom kita sama² melihat hasil kreativiti salah seorang insan seni.
Isnin, 15 Ogos 2011 0 celoteh

Seni Melukis Tangan Yg Fantastik!

SalamX..!!


Kesenian terletak di mana-mana jua… Bergantung kepada imaginasi seseorang. Kuasa terletak di tangan anda.

Jumaat, 5 Ogos 2011 0 celoteh

NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dgn Segera

SalamX..!!

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

Khamis, 4 Ogos 2011 0 celoteh

Solat Sunat Tarawih

SalamX..!!

Latar Belakang:

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.

Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.