Isnin, 21 Julai 2008 0 celoteh

Robot Mainkan Muzik

SalamX..!!

DUA syarikat permainan terkemuka Jepun dan Amerika Syarikat (AS) berkerjasama dalam menghasilkan sejenis robot yang dinamakan robot pemain muzik (Automated Music Personality) A.M.P. Syarikat berkenaan, Sega Toys dan Hasbro telah menunjukkan robot ciptaan mereka itu di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Robot tersebut bergerak menggunakan dua roda dan memainkan muzik audio digital daripada sistem muzik bina dalamnya.

Dilengkapi dengan pengesan inframerah, ia boleh mengesan dan mengelak objek. Ia juga dikawal menggunakan satu alat kawalan jauh yang bersaiz tapak tangan.

Kedua-dua syarikat itu akan mula menerima tempahan Ogos ini di Jepun dan November ini di AS.
Ahad, 13 Julai 2008 0 celoteh

Adsense: Matlamat Cecah $USD40/7 Tercapai

SalamX..!!

Hasrat aku nak jejak capaian $USD 40 dalam seminggu tercapai jugak hari nie. Hehe… Alhamdulillah…!!

Walaupun tak pasti boleh maintain ke idak… tapi kira dah tercapai la target aku tu. Bukan senang nak setkan satu web boleh cecah banyak tu dalam seminggu ye tak ?!!

Dah memacam cara aku cuba, dah berjam-jam, berhari-hari aku ngadap SEO nyer coding. Kira berbaloi la jugak…. boleh pakai teknik nie untuk niche lain pulak. :-D
Jumaat, 11 Julai 2008 0 celoteh

Skin Fancy: DancingSheep

SalamX..!!

Wah~!! Sesambil aku cecari skin blog tetiba terjumpa sorang umat tu pakai skin yang cukup unit dan menarik bagi pandangan aku. Tapi… nampaknya sesuai untuk kaum hawa je skin dia guna nie… hehe…!!

Nak tahu detailnyer pasal aku cuba resource… siap dia tutup taknak kasi orang tahu… apa lagi, aku try le cara aku untuk nak dapatkan maklumat asal skin tu.

Akhirnya dapat… dan ternyata semua skin-skin kat situ cukup unit sehingga menjulingkan mata dan cukup untuk serabutkan otak bila kita nak fikirkan tentang XML.

Kalau kau orang nak tahu jugak… jom jengok kat DancingSheep. :-D
Ahad, 6 Julai 2008 0 celoteh

Aku Hanya ‘Pengguna’ Blogspot

SalamX..!!

Sebelum nie, aku merupakan salah seorang pengguna blogspot macam kau orang semua. Tapi… kali nie nampaknya aku kena ubah status pengguna kepada status pengkaji fungsi-fungsi istimewa yang terdapat pada kemudakan CMS free tersebut. Kenapa yek?!!

Inilah dia penulis lirik terkenal Mohd Azam B Sulung atau lebih dikenali dengan panggilan Azam Dungun. Hari ini beliau telah mengubah cipta rasa aku dari seorang pengguna kepada seorang pengkaji Blogspot. Beliau kini merupakan “Sifoo” aku dalam mengkaji peranan yang dimainkan oleh sesebuah laman web dalam memperkenalkan muzik tradisional kita.

Nampak gayanya secara tak langsung, aku dah ader satu tugas best…. tugas yang bebetul aku minat iaitu kaji mengkaji hehe…!! Walaupun aku dah penah bina template web dengan kemudahan CMS yang disediakan oleh Blogspot…. kali nie aku nak cuba teliti bebetul bagaimana ilmu muzik itu dapat dipersembahkan secara maksima melalui Blogspot. Maklumlah… muzik… mana boleh kita citer-citer gitu je, mesti nak masukkan memacam method persembahan supaya penyampaiannya lebih.. sesuai ye tak?


Ok… tunggu apa lagi…. jom kita sesama selongkar rahsia Blogspot.com. :-)
Khamis, 3 Julai 2008 0 celoteh

Ter’glamour’ Sekejap…

SalamX..!!

Isk… nak citer takut kau orang tak caya…. Ini la dunia kesibukan aku sejak dua menjak nie. Ke hulu ke hilir di dunia artis barat apabila Paris Hilton ngan Victoria Beckham nie sibuk nak jugak muka tak hensem aku nie tertampal kat muka depan CD dia orang masa perlancaran album terbaru bulan lepas.

Aduh… letih aku melayan… tak layan kang merajuk lak si Victoria Beckham tu. Tambah lak si Paris Hilton tu, takleh langsung berenggang ngan aku masa di sana. Nie semua angkara dia orang dapat tahu aku solo Mirai E - Kiroro tempohari le nie.

Isk… camner nak citer kat memember kampung nie…. Huh…!! :-?