Selasa, 17 Julai 2007

WebShot Hampir Singkirkan Prt Scr

SalamX..!!

Wah~!! Kali nie ader satu lagi software yang menarik. Saiz software juga menarik sebab kecik je.. macam Notepad kalau sekali pandang. Rupanya hasil yang akan kita perolehi lebih pada jangkauan asal.

WebShot
Nama software nie WebShot. Kepada mereka yang selama nie asyik guna kaedah Print Screen untuk dapatkan paparan sebuah laman web, rasanya kali nie key pad Prt Scr SysRq mesti jadi kenangan je la sebab software nie lebih hebat sebab dapat merakamkan 100% layord pada paparan sesebuah web.

WebShotProgram WebShot nie dapat merakamkan gambar sesebuah laman web dengan begitu pantas dan siap dijadikan dalam bentuk images.jpg. Cuba lihat gambar di sebelah.. hasil dari software WebShot le tu hehe… :-) .

Kalau aku tampal dengan saiz asal sebagai contoh… mesti pening kau orang lihat blog diari aku nie nanti sebab dia akan nampak sebijik macam sebuah web lagi. Jadi memadai la contoh kecil tu je aku paparkan.

Dalam WebShot nie dia ader beberapa kaedah merakam, kau org boleh set Single dan Multiple ketika merakam. Sebagai contohnya kalau kita nak rakamkan 2 atau lebih web secara serentak… guna je kaedah Multiple. Kalau setakat nak rakam satu je.. pakai Single je la… iskk takkan ini pun aku nak citer hehe ;-) .

Ok apa-apa halpun kau orang takyah risau… sebab gambar yang dirakamkan cukup cantik, kemas dan cukup puas hati sebab macam sebijik je. Kepada yang berjinak-jinak nak buat themes portal php, blog, joomla, entah apa-apa lagi.. aku cadangkan elok je pakai software nie dan seterusnya gabungkan dengan Dremweaver C3. Peh….!!! Mesti gempak kau oarng punya themes lepas nie.

Emm.. cuba le.. apa tunggu lagik… :-D
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan