Selasa, 7 Jun 2011

GTPP: ‘DIPANGKAH’ Manusia Hipokrit!

SalamX..!!

[Sistem Pengesanan Penggunaan Bahan ICT Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran]
Alhamdulillah… hasil keringat selama lebih kurang 3-4 tahun bersama GTPP, akhirnya sistem nie telah dianugerahkan sebagai sebuah sistem yang berkualiti dan boleh dibawa ketengah selaras dengan sistem-sistem Kementerian Pendidikan yang lain.

Sistem yang memainkan peranan sebagai pengumpulan maklumat berkaitan penggunaan ICT di dalam Pembelajaran & Pengajaran di peringkat Sekolah Bestari telah disambut baik oleh En. Noor Azman Shah Bin Mohd Yussof (Penolong Pengarah Ketua Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Perak) bersama En. Abd Rashid b Shafie (Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat JPN Perak).

Perancangan awal, Sistem GTPP telah dimaklumkan amat sesuai digunapakai oleh 88 buah Sekolah Bestari dan proses pendokumentasian sistem telahpun diselesaikan pada 09 Mei 2011 yang lalu walaupun berlaku sedikit kepincangan berkaitan ahli pendokumentasian.

Walaupun sistem tersebut mendapat sambutan yang baik di peringkat atasan, tetapi disebabkan terlalu Ego dan Angkuhnya seorang Pengetua, sistem nie mungkin setaraf sehelai tisu sahaja pada semua hari nanti.

Kenyataan ini terlalu pelik, tetapi inilah hakikat kebenarannya apabila permohonan untuk mewujudkan kumpulan pendokumentasian tidak diendahkan dan arahan peralihan sistem pengesanan telah berubah, guru-guru dikehendaki memaklumkan penggunaan bahan ICT diwaktu pengajaran dengan hanya mencatat sesi penggunaan di bahagian helaian akhir mingguan buku rekod mengajar. GTPP terus diabaikan… Pelikkan?!!

Mengapa perkara sebegini terjadi? Bukankah Sistem GTPP ini merupakan satu penyumbang yang besar kepada prestasi sekolah? Adakah Pengetua merasakan dirinya tercabar dengan kebolehan pekerja bawahan, seperti mana beliau pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya melihat guru-guru baru telah boleh memiliki kereta sendiri dengan hanya sebulan dua gaji permulaan? Uiskk.. takkan sampai ke situpun dia harus rasa iri hati? Bunyinya pelik, tapi ini lah kenyataan yang terjadi.

Mungkin kerana sikap keEgoan yang terlalu tinggi, pangkat besar yang disandang, hasilan guru-guru bawahan seperti aku ini dah dianggap sebagai sampah barangkali.

‘Sepanjang 4 tahun saya bertugas di sini, tiada satu bidang ICTpun yang diceburi oleh Cikgu Suhairi…‘, inilah kenyataan beliau apabila disoal oleh ‘Penyelia’ yang hadir ketika memantau untuk pencalonan Guru Inovatif Dalam TMK Peringkat Kebangsaan yang lepas.

Sekali lagi dan mungkin terakhir kalinya aku terpaksa akur dengan kenyataan orang atasan. Apa boleh buat, siapa aku untuk membela diri? Cuma ingin aku persoalkan beberapa perkara di sini…

  • Bagaimana wujudnya Portal SMKTM sepanjang 2007 - 2011?
  • Siapa pula Pembina GTPP yg digunapakai bermula dari tahun 2007 hingga 2011?
  • Kenapa nama aku disenaraikan sebagai Admin Portal di Laman Rasmi PPDLMS?
  • Apa yang aku buat berada di PKG, Pangkor, Penang, Kuala Lumpur bersama JUICT PPDLMS sepanjang 2-3 tahun kebelakangan nie?
  • Mengapa tiba-tiba sahaja nama aku tersenarai sebagai Pembangun Sistem di Laman Statistik MSSM 2011 Ipoh tempohari?
  • Apa hal nama aku boleh terpahat di Laman SAPS/SISPA di bahagian Info?


Pelik yek… 4 tahun seperti yang dinyatakan oleh Majikan yg aku tidak pernah berkecimbung dalam dunia ICT, tiba-tiba nama boleh tercalit di sana-sini?

Mungkin dan tak salah lagi jika aku anggap ‘beliau’ Hipokrit !! :-?

Thread nie bukan sengaja aku nak lepaskan kemarahan, tapi mengapa sanggup mempertikaikan pencalonan dari pihak PPD? Besar sangat ke kuasa seorang Pengetua berbanding kuasa seorang Pegawai Pelajaran Daerah? Cuba renung-renungkan….

p/s Tidak malu dengan kenyataan tetapi malu dengan tangkapan pihak atasan (PPD/JPN) dari kenyataan hipokrit orang yang umpama tiada maruah diri…

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan