Isnin, 14 Mac 2011

MSSM Ke-53 2011

SalamX..!!

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ke-53 (MSSM) akan bermula tidak lama lagi. Tuan Rumah kali nie adalah Negeri Perak.

Demi teknologi, tuan pengarah mahukan sistem online untuk statistik pingat permarkahan. Adoi… senak perut memula dapat panggilan kena bangunkan aplikasi online berkaitan sukan. Mau tidaknya, maner le kami selaku ‘Bebudak SisPA’ tahu menahu bab sisitem permarkahan bersukan nie… :-)

Statistik Online nie umpama Score Board di padang gak la… tapi kami cuma diminta update selepas 30 minit keputusan di tangan. Tapi, berkaitan online nie dia lain sikit, sebab pendaftaran awal kontijen dan peserta semua bermula di web rasmi. Ader le citer sikit berkaitan Info Umum akan diterbitkan. Nasib baik le ader pakar tentang sukan dijemput khas untuk beri penerangan camner sistem markah akan dilaksanakan, takde le kita orang main merepek je buat sistem.

Sistem dalam proses pembinaan, itu la pasal aku payah kau orang nak nampak online di YM sekarang nie. 3 orang pakar pengaturcaraan dari pihak JPN Ipoh juga turut membantu dalam pembinaan sistem. Lega gak rasanya ader join pakar-pakar programer web sistem. Kalau harapkan group kita orang je buat, mahu demam campak gak dibuatnya hehe..!!

Buat masa sekarang, hampir 30% sistem terbina. Lokasi bina di BTPN Ipoh. Mahu tak mahu kena gak bermalam di sana. Dah seminggu otak mimpi coding je bila tido… minggu depan dah ader surat rasmi untuk perjumpaan sambung tugas pembinaan lagi seminggu. Nasib baik ader step-step ginie… ader gak ruang fikir dalam perlaksanaan sistem.

InsyaAllah kalau takde area melintang pukang… diwajibkan dijangka siap sebelum akhir bulan april. Macamana perencah coding yang akan dimuat dalam sistem belum dapat dipastikan sebab masih peringkat bina. Time tu rasanya ader yang kena telan penadol sebiji dua untuk ketenteraman jiwa hehe..!!

Khas Bebudak SisPA, otak dah gerenti kena asah ligat, otak kena bercabang, pikir perihal keje sekolah, pikir sistem MSSM ngan pikir aplikasi SisPA yang sedang dalam peringkat perubahan sistem. Jangan terlupa terus anak bini kat umah sudah hehe…!!

Ok la.. aku kena stop berceloteh dulu… tunggu pomen hantar kete balik umah, dia call lak tadi nak hantar segera katanya… kete buat hal la pulak… iskKk !!! :-?

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan