Ahad, 19 Jun 2011

‘Niki Bilon’ Ke SARAWAK

SalamX..!

Adoi… adoi… senak perut, nak luruh jantung rasa aku time baca edaran undian Road Show SIT-SAPS/SisPA kali nie. Punya le dok tempeih-tempeih taknak kena menapak ke Sarawak… tetiba kena jugak… adoi…!!

Keputusan muktamad nie aku terima 3 hari lepas ketika sesi akhir Mesyuarat SIT-SAPS/SisPA di Sepang bersama NKRA dan ‘group’ dari Johor.

Lebih terasa lemah lutut bila ‘Bebudak SisPA’ terpisah antara satu sama lain ketika keputusan kumpulan diputuskan. Kami… En. Shukri kena ke Penang (Zon Utara), Cikgu Rahim kena ke Melaka (Zon Tengah), Cikgu Din kena ke Kota Kinabalu, Sabah… tup tup… aku kena ke Kuching, Sarawak.

AiyaAK…! Terpisah gak kami rupanya. Kalau dulu ke mana-manapun sekali, tambah lak waktu ke Sepang nie pun sekali walaupun lelain kete, tetiba lak road show nie kena lelain lokasi la pulak… isk… isk… isk…!!

Sebelum nie ader aku citer nak ke Pejabat Pospun rasa berjiwa je… inikan pulak kena ‘niki bilon’ ke Sarawak, sesorang lak tu… lagi le Jiwa Kacau. Huhu… HuAwAaAwaWAWaa..!!

Sib baik le aku sempat gak bertegur saper ngan kumpulan dr Johor En. Azhar (PPD Johor) time makan sebelum pulang dari mesyuarat. En. Azhar niepun kena ke Sarawak gak.. samer senasib le ngan aku. Ader la gak rasa lega sesikit. Al-maklum le, aku tanya dia, encik penah ke Sarawak ke…? Camner ek persiapan nak pegi nie… lalu dia jawab, tak pernah… fuhhh… ader geng gelabah samer aku gak le nanti… hehe..!!

Kumpulan bersama aku yang akan terbang ke Sarawak nanti ialah Dr. Noorliza (Ketua Unit NKRA), En. Ahmad Sobri (Setiausaha NKRA), En. Abdul Rasyid (JPN Perak) dan En. Azhar (PPD Johor). Kira berlima le termasuk aku. Tapi, umpama pegi sesorang gak le sebab memasing lain-lain tempat tapak permulaan.

isK..!! Camner ek… aku bukannya pernah naik kapal terbang nie… cara nak beli tiket pun tak tau, apa yg patut aku bawak ngan tak bawak… semua kena tahu gak tu… kang aku terbawak bebende yg tak lepas di airport lak karang, tak ke kes naya. Jgn anak aku pepandai pi selit pistol tembak cicak dalam beg aku nak pegi nanti udah le… haru biru dibuatnya tu…

Harap² le dapat pegi sekali ngan En. Rasyid (JPN, Perak) dari Ipohpun dah kira lega giler dah nie… huhu… tapi entah le… awal bulan julai je nak kena berangkat dah… sempat ke nak berbincang?

Adoiii…!!!³

Celoteh
1 Celoteh

1 celoteh:

U-Seri berkata...

Syok la niki bilon gi Serawak... kikiki

Catat Ulasan