Ahad, 24 Julai 2011

Minit Ditapis…?!

SalamX..!!

Rasanya perkara macam nie dah jadi lumrah setiap kali mesyuarat, tambahan pula isu yang terkandung menyatakan hasrat sebenar dan yang bersangkutan dengan kelemahan pihak-pihak atasan. Lantas… minit mesyuarat perlu ditapis.

Perlu ke minit mesyuarat ditapis? Mana perginya kebenaran jika setiap kali perkara yang diperbincangkan perlu ditapis. Lebih baik berpakat dengan mereka yang terlibat, tulis sesiap minit mesyuarat di rumah, datang je mesyuarat, kita buat pemilihan minit, mana satu nak pakai. Yg terbaik kita hantar ke pihak atasan, ye tak?

Kalau cam ginie le cara kita untuk melindungi kelemahan yang ada, rasanya sampai kiamatpun negara kita payah nak maju. Objektif dan isu sebenar mesyuarat takkan sampai ke tangan pihak atasan. Terlalu sensitif, terlalu menjaga nama dan yang lebih tepatnya ‘Terlalu Takut Dalam Menerima Luahan Kebenaran’.

Sebahagian Kupasan Yg Salah Dalam Minit Mesyuarat:

  1. Selepas tiga tahun En. ******* berpendapat portal ini kurang sambutan daripada warga sekolah lalu beliau telah menarik balik portal sekolah dan menggantikannya dengan laman web yang asal.
  2. Bagaimanapun beliau rasa tercabar apabila pihak JPN mempertikaikan kesahan data-data yang ada di portal sekolah kerana tidak mendapat sokongan daripada pucuk pentadbiran sekolah.

Isu Sebenar:

  1. Penarikan semula Portal dan mengembali / menggantikan dengan Web Asal bukan kerana kurangnya sokongan dari pihak guru tetapi apa yang dikesalkan ialah pihak pucuk pimpinan sendiri yang menyatakan En. ******* tidak terlibat dalam ICT sepanjang beliau selaku pengetua di sekolah ini.
  2. Kesahan Data bukan terletak pada kandungan portal tetapi di Dokumentasi Pencalonan TMK akibat dari kenyataan pentadbir menyatakan selama 4 tahun En. ******* tidak terlibat dalam bidang ICT di sekolah.

Pihak Pentadbir tidak perlu pesongkan kenyataan dengan menyatakan hanya 5% untuk pemarkahan aktiviti luar kerana ini tiada kaitan dengan hal tersebut. Harap maklum !

Rasanya, rakaman suara atau video perlu dititikberatkan semasa mesyuarat berlangsung.

p/s Aku dah malas nak ungkit² isu nie sebenarnya tapi dah kenyataan dalam minit mesyuaratpun macam tak betul je… terpaksa le betulkan.

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan