Sabtu, 30 Julai 2011

Penat Tapi Pengalaman Cukup Manis

SalamX..!!

Bulan Jun dan Julai 2011 banyak mengukir sejarah dalam perjalanan hidup aku. Asal dari seorang guru yang hanya ziarah kelas ke kelas, kini aku terarah kepada ziarah dari negeri ke negeri.

Awal Jun dah mula kena menapak ke Putrajaya - NKRA. Seterusnya ke Sepang, Selangor atas urusan yang sama. Seterusnya terbang bersama rakan seperjuangan SAPS ke Sarawak. Seterusnya seawal Julai, aku ke KL untuk Proses Menaiktaraf SAPS dan 2-3 hari lepas aku dijemput ke Lumut untuk Taklimat SAPS kepada semua S/U Peperiksaan Daerah Hulu Selangor.
KPM - NKRA
Bagi aku, semua ini rezeki yg melimpah pada diri. Kalau ikut² kemampuan dan jenis kerjaya yang aku pegang sekarang… isk… mana nak sampai ke semua tempat tu. Paling hebatpun ke PKG² daerah PPD sendiri, tambah lak aku nie… mana ader jawatan yang hebatpun aku pegang di sekolah. Hehe..!!

Sepang Hotel - Bersama NKRA / Group Johor

Sepang, Selangor merupakan lokasi yg cukup jauh nak drive kete. Sampaikan ke Nilai aku sesat… huhu..!! Mesyuarat kejap je, macam kes balik hari je aku rasa. 24 jam, malam nie aku ke sana, esok dah ngadap pc aku nie di rumah bersama anak². Adoi… sakit pinggang². Nasib baik le sebelum agenda² semua nie aku dah ‘OverHall’ kereta aku, kalau tidak mau tumpang lori je la tiap kali tersadai tepi lebuhraya… hehe..!!


Sarawak - Merdeka Place Hotel

Pengalaman ke Sarawak merupakan pengalaman yang tak pernah termimpi la oleh aku. Jauh tu… nak kena naik kenderaan lain la pulak. Bukan boleh drive dengan kete cabuk aku tu sampai ke sana. Mau tenggelam kat Laut China Selatan je jawabnya.

Bermula dari rumah naik kete, lepas tu sambar bas dari Ipoh terus ke KLIA. Mak aih..!! Bermalam dalam bas je… lepas tu tidor kejap di KLIA sementara tunggu Flight jam 10.15 pagi. Sampai je Sarawak di hotel, jejalan cari Kek Lapis dulu hehe.. malam kasi taklimat, esoknya sambung taklimat lagi sampai jam 12tgh. Lepas tu terus siap² Check Out hotel. Merayau kejap di Kuching… terus ke lapangan terbang naik flight balik KLIA semula.


Pengangkutan Perjalanan Yg Memenatkan

Sampai di KLIA terus naik bas balik Ipoh, terus sambar kete aku yg berparking di Medan Gopeng drive balik ke Taiping. Adoiyai… letih giler. Tak sampai 24jam pun aku duduk di Sarawak. Hahaha…!!

Habis cerita di Sarawak… kena menapak ke KL lak lepas tu. Isk.. isk.. tension aku bab nie. Melilau aku cari Hotel Midah tu. Masuk ke Tol Duta, terus sesat sejam baru sampai destinasi.

Hahaha…!! Hantu sunggu GPS, ader ke suruh conner kanan padahal simpang sebelah kiri. Terkebil² mata aku cari selekoh, kena pegi sesorang lak tu. Member lain tak dapat pegi sebab baru je abis bentang KIK SAPS depan pengarah di JPN. Tapi, time balik aku ikut En. Rasyid (Pegawai ICT JPN Ipoh), tersalah gak jalan… 1.3 pecut dari KL ke Tg. Malim, respect²… tak terkejar aku. Ahkehkee..!!!

Malam Karaoke Bersama Peserta Bengkel


3-4 hari lepas aku kena ke Lumut plak dah. Adoi… yg nie lagi semput. Sesampai je hotel, terus pegawai PPD Hulu Selangor ajak ronda minum petang. Ader le sesikit aku beli buah tangan untuk anak². Balik jam 7ptg.. pastu 7.45ptg kena turun ader makan² ngan karaoke bersama peserta kursus, ramai yg sudi turun padang nyanyi lak tu. Huhu… hebat tul la bengkel SAPS dia org, siap macam hari keluarga. Malam tu aku balik dulu, lepas nyanyi 1 lagu wakil penceramah hehe…


Midah Hotel / Marina Resort Lumut

Esoknya aku kasi taklimat SAPS, hilang gak suara ngadap 50 peserta di kalangan S/U Peperiksaan sekolah. Sesorang… tu yg tak terjawab, respon dia org cukup best, memacam soklan aku kena tanya… Wahkhahkahaa…!! Dekat kul 11.15 pagi aku stop. Penat dah… lagipun dia org ader aktiviti membeli belah serombongan bas lepas tu di Lumut.

Tepat jam 1.00 tgh aku chow… terus balik drive dalam hujan sampai umah… mak aih… letih tak tau nak cakap le… sampai umah isteri ngan anak² takde lak… tipon dia org ader di sek, ader kelas tambahan. Huhu… masak maggie segera le aku… lapor beb..!!

Walaupun perjalanan yang kerap nie memenatkan, al-maklum le… balik je rumah kelam kabut basuh baju, seterika, keringkan… ye la nak siap² untuk agenda seterusnya. Bukan setakat perjalanan je memenatkan, persiapan untuk perjalananpun kena fikir gak. Dengan aku selaku Guru Kelas ngan Guru Mata Pelajaran, persiapan di sekolahpun nak kena uruskan.

Tapi… semuanya terubat bila pengalaman² yang aku tempuhi tu cukup manis bila di kenang. Maniskah kurma ini…?!! Hehe… manis lagi pengalaman yang aku tempuh nie… Huhu..!!

p/s Lepas nie harap dah boleh relex skit… nak luangkan masa bershoping baju raya plak… yg paling penting, aku nak kembali ke dunia maya aku balik… :D

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan