Jumaat, 11 April 2008

8 Fakta Tentang Penulis

SalamX..!!


Baru² nie aku kena Tag dari Eizil & Eriyza Blogs… kali nie mahukan 8 fakta tentang diri penulis blog. Macam berbakat kenakan aku je hehe…. Ok, di bawah nie aku senaraikan secara ringkas fakta² tersebut:
  • Aku cukup berminat terhadap pembinaan laman-laman web. Tak kira jenis apa, janji mesti aku akan try buat.
  • Aku jenis tak suka tonton tv. Kalau ader citer best yang aku rasa nak layan baru aku layan. Tapi kalau ader je iklan time aku tengok tu kira setakat tu je la aku nengok citer tu hehe…
  • Banyak masa dalam hidup seharian aku depan PC je. Kalau tak buat web, aku godek-godek sistem, kalau tak godek-godek sistem, aku mekap sikit paparan destop.
  • Dulu penah hampir 24 jam main mIRC, tapi sekarang takde dah, hanya setakat download Mp3 je kat sana.
  • Minat aku lebih pada software berjenis grafik. Bebaru nie aku jinak² dengan photoshop. InsyaAllah aku terus berjinak ngan PS, sebab hasil dia serta merta takyah tunggu result cam ambik exam lukisan hehe…!!
  • Aku jenis jarang cepat puas hati dengan hasil. Nie kira kelemahan aku. Setiap yang aku buat aku nakkan yang perfect hinggakan aku terpaksa sanggup bercekang mata 4, 5 jam depan PC.
  • Perkara yang paling aku tak suka ialah orang menuduh benda² yang aku sendiri tak buat tapi kata aku buat dan gitu le sebaliknya… jika aku buat.. ada lak kata aku tak buat mende tu. Bab nie aku sanggup je letupkan PC mamat tu.
  • Aku jenis suka carik kekawan di internet, just kenal-kenal. Tukar-tukar pendapat, idea, bincang dan lain-lain. Tapi ikut masa free gak le… takde la selalu camtu.


Haa dah 8 dah hehe…!! Bermakna selesai satu Reply Tag yang aku kena. Jadi aku diarah forwardkan mende nie kat sesaper saje… siap la kau orang… tunggu…. hehe…!!! :-D

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan