Isnin, 21 Julai 2008

Robot Mainkan Muzik

SalamX..!!

DUA syarikat permainan terkemuka Jepun dan Amerika Syarikat (AS) berkerjasama dalam menghasilkan sejenis robot yang dinamakan robot pemain muzik (Automated Music Personality) A.M.P. Syarikat berkenaan, Sega Toys dan Hasbro telah menunjukkan robot ciptaan mereka itu di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Robot tersebut bergerak menggunakan dua roda dan memainkan muzik audio digital daripada sistem muzik bina dalamnya.

Dilengkapi dengan pengesan inframerah, ia boleh mengesan dan mengelak objek. Ia juga dikawal menggunakan satu alat kawalan jauh yang bersaiz tapak tangan.

Kedua-dua syarikat itu akan mula menerima tempahan Ogos ini di Jepun dan November ini di AS.
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan