Ahad, 16 Mac 2008

MyP: Terus Bertahan Atau Akan Berkubur

SalamX..!!


13 Mac 2008
, Portal Perkongsian Ilmu Antara Pelajar dan Pendidik yang bertemakan, Portal Aliran Pemikiran Pendidikan Malaysia, Mypendidik.net telah mengalami satu lagi kejutan apabila database utama tertulis “seems to be empty” secara tiba-tiba. Ia merujuk kepada tiadanya data walaupun sebaris ayat di dalam database walaupun semua tablenya masih tersusun kemas di bahagian database utama.

Apakah nasib seterusnya portal yang telah bertahan hampir 4 tahun penubuhannya selama ini? 8-O

Jika nak tentukan dari segi nasib portal, aku takleh nak kasi pendapat sekarang, bagi aku ia bergantung pada tetamu, kawan-kawan seperjuangan dan yang perlu di utamakan ialah sokongan tajaan mypendidik itu sendiri. Sebab, mypendidik selama nie macam kelam sedikit, yang aktif hanya bahagian download je, jadi kurang mencapai matlamat asal. Support dari segi pengendalianpun nampaknya dah semakin lemah…

Sekiranya mypendidik dianggap sesuatu yang memberi faedah dan mendapat sambutan yang menggalakkan, insyaAllah… ia akan diteruskan, jika sebaliknya…. entah…. kita lihat lah nanti. Mypendidik bukan lagi milik aku seorang, tapi ia dah menjadi milik kita bersama. Walau bagaimanapun, terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan padu selama ini.

Bagi aku, kerosakan yang dialami rasanya tidaklah seteruk mana. Berkemungkinan hanya sedikit konflik daripada perubahan yang berlaku pada komponen hosting dalam ‘function’ tertentu yang terdapat dalam modules PhPNuke. Ini andaian awal aku le…. kalau sebab yang lain… wallahualam…!!

Aku dah minta pihak admin hosting uruskan segalanya. Mungkin database yang di’backup’ pada awal bulan 2 yang lepas akan digunakan untuk meneruskan perjalanan portal tersebut. Tarikh dan masa baikpulih, aku sendiri tak dapat pastikan. Itu terserah pada pihak hosting.

Kejadian kali nie cukup hebat, jika ianya berpunca dari angkara ‘hacker’, bagi aku penyangak tersebut cukup hebat, bukan hebat dari segi godamannya terhadap portal tetapi kehebatannya dari segi memilih masa yang sesuai ketika aku sedang sibuk dengan urusan keluarga, kerjaya dan yang paling teruknya apabila aku sendiri ketiadaan pc untuk mengendalikan semua ini waktu sekarang.

Oh ye… dalam 2 minggu lepas aku terima panggilan talipon dari seorang rakan yang berada di KL, katanya ader sedikit permasalah yang berlaku pada paparan portal, masa tu ader aku lihat 2 penyangak baru cuba menjahamankan MyP. Tapi… alhamdullilah, hasrat penyangak tu telah berjaya dipatahkan oleh protector web yang ada. :-)

Sekiranya dalam 2 minggu daripada sekarang masih tiada baikpulih dilakukan, insyaAllah aku akan uruskan sendiri jika ada lapangan masa. InsyaAllah….!! Kita lihatlah nanti apahalpun… tak berani janj.

p/s Jika ia berkubur, maka diari yang bertemakan “Hanya Sekadar Teman Biasa” ini juga turut mengikut jejak yang sama.

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan