Selasa, 13 Februari 2007

Portal CMS Pertama

SalamX..!!

Portal Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia atau MyPendidik atau lebih manja dengan panggilan MyP oleh kalangan ahli-ahli portal adalah merupakan portal berbentuk CMS pertama aku bina. Sebelum nie hanya setakat HTML. Tapi kali nie berlainan sikit apabila hampir 80% codingnya dijana oleh System PHP.

Komuniti Aliran Pemikiran Pendidik Malaysia

Portal nie merupakan sebuah template yang menggunakan System PHPNuke yang dipopularkan oleh Francisco Burzi. Cuma cara mempersembahkan tu berbeza sikit ikut pengendali web. Macam-macam rupa.. dan untuk MyPendidik nie aku temakan sebagai Portal Komuniti Perkongsian Ilmu Antara Pendidik Dan Pelajar Malaysia.

Kalau nak diikutkan, aku sendiri tak pasti camner lak boleh letakkan portal bertemakan pendidikan nie. Mungkin masa tu teringin sangat nak berkongsi idea di kalangan guru-guru dan pelajar. Tapi pada awal penubuhan dan masa aku khaskan kepada tema portal berunsur pendidikan tu ramai jugak yang kurang setuju. Macam-macam tomahan yang aku terima. Tak sesuai la… tak berkualiti la… mengelirukan la… dan macam-macam lagi. Aku buat pekak je hehe..!! ;-)

Sebenarnya tujuan aku hanya nak belajar coding berbentuk PHP je. Secara tak langsung aku letak je la tema apa mendepun. Sesambil aku belajar System PHP kiranya web tu secara tak langsung ader gak faedahnya untuk guru-guru berkumpul. Tu je asalnya.

Tapi, itu lah kuasa Allah swt. Kita takleh menduga semua nie. Dalam masa aku tengah melayan karenah Portal tu di sebuah hosting percuma (dulu aku pakai host percuma je kat dhost.info) tiba-tiba muncul seorang Hamba Allah cakap kata nak sponser laman MyPendidik. Citer-citer balik rupanya Hamba Allah tu pernah berguru dgn aku pasal bab-bab javascript dan ingin membalas jasa dan menyumbangkan sedikit untuk golongan pendidik katanya.

Mulanya terasa nak tolak, tapi bak orang kata “rezeki datang bergolek” nie dan dgn niat baik Hamba Allah tu, aku terima je pelawaan dia. Hinggalah sekarang nie MyPendidik masih di bawa sumbangan hosting beliau (Saleiz.com). Cuma domain je aku bayarkan sebanyak RM40 setahun. Kira Alhamdulillah la tu.

Kalau diikutkan, MyPendidik dah tak ader dah sekarang sebab aku cadang nak belajar coding PHP nie selama mana diterima dekat hosting percuma tu je. Dengar citer akaun percuma dekat hosting-hosting percuma cuma diberi setahun je, lepas tu kena apply semula. Takde la aku nak apply-apply lagi dah. :-)

Sekiranya suatu hari nanti MyPendidik terpaksa berdiri sendiri atau terpaksa dihentikan, aku di sini tetap berterima kasih kepada Saleiz.com yang telah memberi ruang untuk aku mencipta sejarah penemuan ilmu yang melimpah dalam dunia PHP.

Terima kasih… Eizil.
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan