Isnin, 26 Februari 2007

Khabar Waktu - MyP

SalamX..!!

Khabar WaktuRasanya anda perasan benda nie di halaman atas Portal MyPendidik. Istilah melayu yang aku namakan benda nie ialah “Khabar Waktu“.

Peranan Khabar Waktu nie ialah ia akan maklumkan kepada ahli berdaftar masa ketika ahli berada di dalam portal samada Tengah Malam, Subuh, Pagi, Tengahari, Petang dan seterusnya Malam. Ia merupakan function timer yang telah diubahsuai untuk kesesuaian waktu tempatan ahli.

Jika anda ada portal PHPNuke dan inginkan fungsi Khabar Waktu, sila pastikan anda memiliki aplikasi dan fail berikut:

  • Notepad (Untuk wujudkan fail .js)
  • Folder js (Dibina pada lokasi root/js)
  • Fail theme.php (Berada pada folder themes/themes-yg-kau-pakai/theme.php)

Sekarang mari kita sama-sama lihat bagaimana cara membina fungsi Khabar Waktu.

Pertama:

Buka aplikasi Notepada dan masukkan coding di bawah:

[kod]

Kedua:

Savekan fail Notepad tersebut atas nama timer.js (pastikan ect. js) dan masukkan ke dalam folder js yang kita bina di bahagian root.

Ketiga:

Buka fail theme.php dan lihat pada function themeheader(); . Masukkan panggilan javascript seperti lokasi ini:

[kod]

Pastikan variable yang digunakan ialah pada $theuser.

Keempat:

Upload fail theme.php di lokasi yang sepatutnya.

Siap. Itu je..!! Sekarang anda boleh melihat fungsi tersebut di portal komuniti anda.

Selamat mencuba !! ;-)

p/s Maklumat ini hanya backup.

 

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan