Jumaat, 30 Mac 2007

Formasi Kompang Sekolah

SalamX..!!

Alat Muzik KompangKali nie aku nak citer bab Kompang. Tahu ke apa kompang ?!! Kompang nie sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Kompang boleh dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Layan bunyi Kompang jap….


Kompang selalunya dimainkan mengikut iramanya sendiri, selalu yang kita dengar ketika mengarak pengantin le.. hehe.. atau pembesar negara atau di satu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat Islam di Sabah dan di kalangan suku Bajau. Bukan kat sini je tau… ingat tu.. Kalau orang Sabah kau pegi citer bab-bab Kompang nie, dia orang dah tak heran dah, malah lagik terror dari kita kalau tak silap gaya… ;-)

Formasi Kompang

Gambar yang kau orang tengok tu, gambar dari rakaman Formasi Kompang pelajar sekolah aku. Maklum lah nak bertanding, riuh le seminggu dua sekolah dengan paluan kompang je.

Penat gak ngajar bebudak nie main kompang. Memacam karenah. Mana idaknya.. memasing asyik nak melenggang ikut kepala sendiri je. Dah le tahun nie le fist time aku nak buat Formasi Kompang kat sekolah.

Tapi yang lebih sadis lagi bila kompang tu kompang pinjam ahekeke..!! Kompang asal takde yang elok… dah samer je rupa macam periuk kenduri. Isk.. segan lak aku nak pakai. Last sekali buat keputusan pinjam je kat sepupu Jin Shamsuddin Hero Panca Delima tu 8-) .

Gelabah gak aku… praktis 3 minggu je terus nak main daerah.. huh.. Kasim Selamat pun serender kalau cam ginie… Tapi apa-apapun aku berserah je la. Mungkin ada tuah bebudak tu mana kita tahu. Janji ajar + belasah + lawan. Kalah menang itu kira lain. Kalau setakat main kenduri kawin tu takpe le, ini kena berkawat kaki kasi sama, siap buat pergerakan2 formasi lagik, nak stabilkan bunyi, arahan kemas entah apa-apa lagik… isk..!! :-P

Tengok le hari pertandingan nanti apa jadi hehe… biar bebudak tu berpendekar kat gelanggang nanti. ;-)
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan