Ahad, 28 Januari 2007

Dunia mIRC Script

SalamX..!!

Kali nie aku nak citer tentang dunia mIRC aku. Walaupun mIRC boleh dianggap sesuatu aplikasi yang membuatkan kita leka tapi bagi aku tidak kerana dari sinilah bermulanya langkah pertama aku menjejaki dan mengenali Alam Cyber.

Dalam iRC, aku lebih dikenali dgn panggilan LePaK. Tapi seawal penglibatan aku, aku menggunakan nick iKaN^SePaT. Hehe.. lucu je . Lepas tu baru beralih ke nick LePaK. Kalau nak diikutkan memang le banyak nick penah aku pakai. Cuma yang bertahan lama aku guna semasa chat nick:
  • LePaK
  • Mr-Script
  • Pr|MaX
  • Mant|sa
  • B|sa
Server Webnet jadi pilihan aku bertapak selama nie. Kalau ada server lainpun mungkin irc.jiwang.cc. 2 tu je. Dan aku berjinak sebagai Founder di dalam Channel #ScRiPt3 (Ditubuhkan pada 29 Okt 2000 11:26:53 GMT). Entah camner le lekat nama tu akupun dah tak ingat .

Nie Scripting yang aku buat.. yang dalam gambar nie Versi ke 6 atau ke 7 camtu la.. isk.. tak ingat dah. Senang citer Versi Terakhir aku sebelum bersara terus dari dunia pembikinan coding mIRC .

Dari mIRC la aku mula bertapak buat Script dan dari situ jugak aku mula bertapak buat HTML (Geocities.com). Bagus gak mIRC nie kalau bebetul kita pilih kawan. Tapi nie semua kisah lama… kekawan yang aku kenal dulupun payah dah nak jumpa sekarang nie. Yang ader pun tak berapa kerat dah. Mungkin semua dah bekerja, berkahwin dan sebagainya.

Pendek kata.. dari mIRC la aku wujud dan bertapak cam yang kau org kenal sekarang. Tapi memang meriah time tu, siap Inviternya la, floodnyer la.. Mp3nyer la.. isk.. pendek kata nak search google dan kirim e-mailpun dalam tu la.

Walau macamanapun aku tetap kenang kekawan aku semua tu.. mana tidaknya, kau bayangkan le ader yg siap bayar Bil Tipon aku melalui mIRC je (merasa pakai tipon free 3 bulan hehe..). Bukan itu saja, malah ada jugak yang sanggup sewa host untuk www.lepakwebsite.com selama 3 tahun satu ketika dulu. Ampun..!! 

Ok.. di sini aku nak senaraikan kelebihan atau keistimewaan yang aku dapat selalu aku kenal memember mIRC.
  • Dapat belajar buat HTML bersama saudara R|cc, Lord^Of^NarakaZs ngan Jas (Channel #Gadis). Mende nie fist time nak buat web. Peh pening giler… masa nie gile-giler nak buat Frames. Dia orang laa yang ajarkan aku hehe !!
  • Berjinak dengan Coding mIRC bersama Ak|ss, Napalm_Death, Ku2Bio, Slash dan ader lagik tak ingat dah. Masa nie memacam le… abis jahanam pc aku kena bom, flood ape kemende semua. Termasuk la kena akill oleh admin server buat Script Inviter ngan main Revenge nyer pasal ahkehkeke..!!
  • Rujuk PHPnuke bersama Neotech (Admin Phpnuke Malaysia). Time nie dah mula serius bab CMS. Sembangpun skima je Haha..!!
  • Jejengok CMS CSS dengan J|wang. Jadi tukang (Moderato) submit Imej Unit di Jiwang.org, belasah je sampai dia buat e-Mobile hehe !!.
Emm.. walaupun 3, 4 je senarai yang aku susun tu tapi banyak ak kisah yang berlaku sepanjang tempoh 7, 8 tahun aku terjebak ngan mIRC nie. Kalau ader masa nanti aku citer sesikit termasuklah apa yang kita orang merepek ngan coding pada masa tu ok…

Ini hanya sekadar mula bicara .

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan