Sabtu, 27 Januari 2007

Cara Bina Mutiara Kata Tanpa DBase

Assalammualaikum..!

Kebanyakan laman komuniti atau persendirian akan masukkan sudut-sudut menarik untuk tatapan pengunjung seperti Madah, Sekapur Sirih, Hadis Pilihan dan sebagainya. Kali nie aku nak ajak kau orang semua membina Mutiara Kata sebagai hiasan sampingan di dalam laman web kita.

Di sebelah nie satu contoh kekotak Mutiara Kata yang dah aku siapkan. Mutiara Kata nie kita masukkan melalui include sidebar.php CMS WordPress. Dan setiap Mutiara Kata yang terpapar tu nanti akan berubah-ubah (random) setiap kali kita reload page atau memasuki muka laman lain.

Mutiara Kata kita kali nie adalah merupakan sebuah Mutiara Kata yang tidak menggunakan Database. Ia hanya menggunakan sebuah fail kecil yang bernama .js untuk menyimpan setiap ayat yang ingin kita sampaikan.

Jika berminat jom kita lihat macamana nak applykan mende nie kat sitebar WPress.

Pertama:

Salin code di bawah:
 

    <!– Begin Random Mutiara Kata oleh Saudara LePaK (www.Mypendidik.net)
     
    var bilinfo = 29 //Masukkan bilangan quote di sini
     
    var quote = new Array(bilinfo+1)
    quote[0]="Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."
    quote[1]="Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi."
    quote[2]="Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
    quote[3]="Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri."
    quote[4]="Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."
    quote[5]="Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya."
    quote[6]="Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."
    quote[7]="Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan  putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."
    quote[8]="Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."
    quote[9]="Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."
    quote[10]="Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk  asalnya."
    quote[11]="Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."
    quote[12]="Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
     
    Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis."
    quote[13]="Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
    quote[14]="Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
    quote[15]="Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang."
    quote[16]="Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari  kejahatannya."
    quote[17]="Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti  duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
    quote[18]="Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama."
    quote[19]="Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia  masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
    quote[20]="Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam  yang amat kelam.  Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
    quote[21]="Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya".
    quote[22]="Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat  menyukai pekerjaan yang dilakukan."
    quote[23]="Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."
    quote[24]="Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan."
    quote[25]="Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta  belum tentu yang mengumpulkannya."
    quote[26]="Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu,  maka dia akan membawa  berita tentang dirimu kepada orang lain."
    quote[27]="Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah  manusia benar-benar terasa."
    quote[28]="Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan  wanita."
    quote[29]="Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa."
     
    function rndnumber(){
    var randscript = -1
    while (randscript < 0 || randscript > bilinfo || isNaN(randscript)){
    randscript = parseInt(Math.random()*(bilinfo+1))
    }
    return randscript
    }
    quo = rndnumber()
    quox = quote[quo]
    document.write(quox)
    // End –>
Kedua:

Pastekan coding tersebut ke dalam Notepad atau seangkatan dgnnya dan Save fail tersebut atas nama mutiarakata.js (Ext. js). Dan bina satu folder dengan nama js di dalam folder wp-content/plugins ( wp-content/plugins/js ) seterusnya kita upload fail mutiarakata.js tersebut ke dalam folder js yang kita bina sebentar tadi.

Ketiga:

Buka fail sidebar.php dengan PhpEdit ataupun Notepad. Lepas tu lihat masukkan coding nie:
  • Mutiara Kata

  • ”; ?>
    Akhir:

    Savekan sitebar.php kita dan upload di tempat yang sepatutnya.

    Alhamdulillah… siap satu keje :) .

    p/s Kaedah nie boleh digunakan pada semua code HTML dan PHP.

    Celoteh
    0 Celoteh

    0 celoteh:

    Catat Ulasan