Rabu, 26 Ogos 2009

Kita Sama-Sama Merasa

SalamX..!!

Em… hampir 3 tahun berlalu aku telah berkecimbung dgn dunia $$$ cyber setelah aku menerima cabaran atas azam aku sendiri 2 tahun sudah.

Dari azam tersebut aku telah meneroka banyak dunia $$$ cyber. Berbagai cara aku usahakan untuk berjaya hinggakan aku berpejam mata korbankan masa dan saku. Alhamdulillah… pulangan $$$ cyber aku ternyata berhasil.

Jiwa aku yang terlalu inginkan perkongsian, membuatkan aku mudah memberi setiap ilmu yang aku peroleh sebelum ini bersama rakan-rakan. Pantang ada yang bertanya, bukan 10 malah cecah 200% aku cuba berikan setiap apa yang aku tahu baik dari ilmu yang aku usaha dapatkan sendiri mahupun terpaksa gunakan wang saku. Hasrat aku ketika tu hanya satu… “kita sama-sama merasa”.

Nampaknya konsep perkongsian aku selama ini meleset sama sekali. Ketika aku terlihat kejayaan rakan, ketika aku cuba nyatakan hasrat ingin tahu teknik kejayaan… timbul suara berbaur $$$ untuk ilmu. Ternyata tanpa sedar rupanya aku hanya bertepuk sebelah tangan selama ini. Tidak terduga, $$$ diutamakan hanya dgn ilmu sebaris ayat. Takpe lah… mungkin ilmu tu akan datang juga suatu ketika nanti… mungkin dari mereka yg lebih mengenal erti perkongsian. InsyaAllah..!!

Aku luahkan rasa hati di sini bukan ingin mengungkit kisah silam, bukan juga ingin jasa di kenang, jauh sekali untuk meminta balasan. Tetapi tersentak seketika, jejari terasa kaku, perasaan menjadi keliru. Bermain di minda betapa bodohnya aku selama ini. Hampir semua yg aku tahu aku seakan seronok sebarkan demi kejayaan bersama rakan taulan tetapi yang aku perolehi adalah sebaliknya….

Terlintas detik berbualan “Bro… kau bayar sorang RM500, mungkin buat perangsang dia orang menulis borang tinjauan kaji selidik tesis kau tu…”. Satu cadangan setelah sebilangan responden tesis memulangkan jawapan kosong ke email dan ada pula yang menjawab secara membabi buta, umpama mempersenda-sendakan kertas kerja aku. Ruang borang isi sekeping kertas A4 perlukan sogok RM500 !!

Ek… responden bukannya orang lain… rakan-rakan aku juga, rakan-rakan yang pernah aku bercekang mata hulurkan bantuan seketika dulu… rakan-rakan yang tersenyum riang ketika aku semaikan ilmu $$$ cyber kepada mereka ketika mereka perlukan. Malah, rakan-rakan responden yang aku pilih merupakan pakar-pakar belaka dalam perihal kajian aku… takkan itupun harus berbayar?!

Arghh… kekecewaan hasrat tersebut telah aku elakkan dari bermain di fikiran… aku cuba pulihkan semangat yang hilang. Buat seketika, aku cuba beralih tumpuan agar aku dapat teruskan proses kajian aku. Aku cuba elakkan supaya tidak terlalu bermain di fikiran.

Aku mula kembali meneroka $$$ cyber sebagai mencari ketenangan hanya seketika sebagai ubat kecewa. Malangnya… jari jemari kembali kaku, jiwa terasa hampa, lantas aku dapati konsep “kita sama-sama merasa” bukan lagi idea yang baik untuk aku teruskan setelah aku menerima suara berbaur $$$ buat kali ke 2.

Jika itu pilihan kau orang… apa boleh buat… rupanya cukup nipis nilai “Rakan Cyber”.


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan