Isnin, 8 Mac 2010

Pendaftaran Kursus Online

SalamX..!!

Aplikasi Daftar Kursus Online

Projek yang lama terbengkalai akibat kesibukan ngadap tesis tempohari akan bermula kembali iaitu Aplikasi Pendaftaran Kursus Online. Tujuan asal pembinaan masih tak pasti, mungkin saje seronok nak sakitkan jiwa aku dengan rencah coding php rasanya.

Walau bagaimanapun, projek nie sebenarnya dah ada tawar menawar di pihak tertentu. Bid RM yang aku terima paling tinggi setakat nie bernilai RM20K (bukan RM20 ringgit tapi RM20 Ribu). Terperanjat gak aku memula ditawarkan harga tu, tapi setelah dirujuk, dinasihat, di slow talk bebetul ngan aku, baru aku bleh terima kenyataan dgn harga yang ditawarkan. Aku dok ingat dalam ratusan ringgit je memula tu … ahekeke..!!

Tapi, projek aku nie masih dalam pembinaan, kalau siap 100% pun belum tentu aku nak jual atau kasi kau org pakai free-free gitu je. Kali ne mesti ader perjanjian. Aku dah boring dengan Lanun Plagiat Peringkat Atasan yg banyak berleluasa sekarang nie. Pendek kata “Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama”, lembupun orang sediakan kandang, tapi apa yang aku kena tempohari… dia orang senyum gembira tatang anugerah, nama aku pulak yang kena tendang… lenyap terus macam kes FBI kat tv citer omputih tu.

Yg termakan cili… dia akan terasa le nanti pedasnya ngan kenyataan aku nie.

Dunia nie kecik je beb… sendiri mau ingat le….   ;-)

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan