Rabu, 11 Februari 2009

Hamster

SalamX..!!

Semalam sesaje bawa anak reronda petang naik kapcai buruk aku tiba-tiba terdengar anak aku si Mimie tu sebut “Kedai Haiwan”. Haiwan?!! Tertarik pulak aku dengar dia sebut haiwan hehe.. selalu kita sebut kedai binatang ahekekek..!! Akibat dari sebutan haiwan tu aku ambil keputusan untuk usyar jap apa yg tokey kedai tu jual.

Peh.. ader burung, tupai, kura-kura, sangkar.. ops…? nie bukan haiwan hehe..!! Tak sempat perati semua terus anak aku bersuara “Ayah ader Hamster..!!”. Emm… terbang RM88 beli 2 ekor Hamster, makanan dgn sangkar dia sekali.

Bayang le… dah le naik kapcai 4 beranak, terpaksa angkut segala yg aku beli tu pulak hehe..!!

Ok, kali nie aku nak berkongsi ilmu sikit sebelum memutuskan untuk memelihara hamster. Ada baiknya kita mempertimbangkan beberapa hal. Kita harus mengkaji selok-belok hamster secara mendalam. Jangan sampai gara-gara miskin informasi, kita menyesal membeli satwa lucu nie.

Kita juga perlu mempertimbangkan pendapatan keluarga. Sebab, ada orang yang menderita alergi jika kita memelihara hamster. Soal waktupun harus diambil kira. Sekurang2nya 30 minit setiap hari mesti habis untuk membersihkan sangkar dan beri makan je.

Hamster umumnya haiwan jinak, tetapi ia juga perlu diadaptasi terlebih dahulu. Aku dengar petua cakap, sebelum beli hamster tu kita harus belai-belai dahulu hamster tersebut untuk dia mengenali aroma kita sebagai tuan. Entah la betul ke tidak, tapi yang lebih penting jgn sesekali telantarkan hamster tersebut di tapak tangan… senang arwah kalau camtu.

Selainnya, jangan memaksa memegang hamster, apatah lagi dengar cara kasar. Nie berkemungkin takut dicakar atau digigit oleh hamster tersebut. Perkara nie ikut jenis la yek… ader yang garang dan ader gak yang sebaliknya.

Untuk memelihara si mungil yang lucu nie, sebaiknya kita membeli sepasang agar haiwan tersebut tak kesepian.

Umumnya, hamster mini seerti winter white, russian campbell maupun roborovski terkenal dengan sifat social dan senang hidup secara berkelompok. Kalau di sangkar, mereka memilih untuk berhimpun di satu sudut.

Memelihara hamster jantan lebih aman dibanding dengan hamster betina. Sebabnya, hamster jantan jarang berkelahi. Kalau salah fahampun mereka lebih mudah akur atau cepat mengalah. Ini berbeza dengan hamster betina. Setelah dewasa dan matang kelamin, hamster betina yang berahi akan selalu ingin mempertahankan daerah kekuasaannya dan kerap menyakiti hamster lain.

Sangkar hamster tak perlu yang khusus, tapi hamster jenis haiwan yang suka bermain jadi kena le masukkan alat trademil atau kincir putar… kalau tidak boring gak kawan tu duduk dalam sangkar. Ukuran sangkarpun bergantung pada jenis hamster yang kita pelihara, tetapi umumnya tidak lah besar sangat. Dan sangkar yang sesuai adalah sangkar yg diperbuat dari kaca, plastik keras atau jeruji (dawai).

Hamster amat memerlukan alas tidur agar tubuhnya tetap kering dan bersih. Alas tidur nie juga berfungsi sebagai sarang bagi induk hamster yang akan melahirkan anak. Bahan alas yang sering digunapakai ialah serbuk kayu jati belanda yang berwarna kuning gading atau warna kentang. Bahan lain, rumput kering, kulit jagung kering, jerami, sabut kelapa dan merang.

Makanan hamster umumnya, biji-bijian (beras/nasi, roti, jagung), sayuran (seperti wortel, timun dan buncis). Makanan protein tinggi seperti daging atau susu juga penting terutama ketika anak hamster dalam peringkat pertumbuhan atau ibu hamster yang sedang hamil atau yang sedang mempunyai bayi. Jika makanan cukup mengandungi cairan, air minuman tidak diperlukan.

Hamster mempunyai kantong di pipinya, tempat ia mengumpulkan makanan. Ia menekan makanan ke kantong yang akan mengembang dan membawanya ke sarang. Di sini makanan dikeluarkan untuk ditimbun. Maknanya hamster ini sering disebut haiwan penimbun makanan.

Untuk menjaga kebersihan diri, sesekali hamster boleh dimandikan dengan air, setelah itu dijemur di bawah terik matahari pagi. Tetapi, jangan terlalu lama kerana boleh menyebabkan kematian.

Selesai dijemur, kita perlu segerakan memberi makanan sayuran yang banyak mengandung air atau air minum dalam botol khusus.

Jika ada hamster yang tengah hamil, sebaiknya dipisahkan di kandang tersendiri. Sebab, hamster akan menjadi galak dan ada ketikanya, anak-anak hamster ini menjadi makanan kepada ibu hamster itu sendiri maupun hamster lain.

Nanti kalau ader masa aku citer lagi perihal hamster nie… ok!!


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan