Selasa, 1 Disember 2009 0 celoteh

E-MegaTV: Video Blog Budak Tadika

SalamX..!!

Video Blog Budak Tadika

Hampir 4 bulan lamanya aku cuba mengkaji dunia Video Blog, akhirnya terbina juga sebuah Video Blog yg aku kenali dengan panggilan “Video Blog Budak Tadika”. Mengapa “Budak Tadika”? Sebab pembinaan web nie takde panduan ataupun pakej khas yang aku sertai, hanya berkisar kepada pengalaman dan cuba jaya serta rujukan drpd beberapa laman video blog berpakej yg aku temui.

Rabu, 16 September 2009 0 celoteh

Seribu Makna Yg Tidak Terungkap…


0 celoteh

Portal + Blog Function SMS Fortumo

SalamX..!!


Atas nie merupakan banner Logo Fortumo. Ia merupakan kemudahan SMS Online untuk anda yang memiliki portal ataupun blog. Jika berminat sila layari Fortumo.com untuk butiran lanjut.Harap membantu..!! :D
Ahad, 6 September 2009 0 celoteh

Salam Aidil Fitri 2009


Rabu, 2 September 2009 0 celoteh

Waestern Union Quick Cash

SalamX..!!

Ini kali pertama aku berurusan dengan WU. Nampaknya cukup mudah urusan nie rupanya. Takyah tunggu sampai 2 bulan duit masuk akaun. Tak sampai pun 10 minit urusan.

Cara dia mudah je. Kau org cuma isi bahagian Fist Name, Last Name, Address dan Occupation lepas tu isi maklumat Sender sikit je di bahagian Fist Name: G Inc. dan Country Money dan akhirnya masukkan No Pin MTCN.

Habis semua isi borang, lepas tu hulur je kat kerani bank… tunggu sesambil nengok wajah ayu casher tu kira duit. Rugi lak rasa tak buat WU dari awal-awal dulu ahekeke…!!

Owh… Acc kau org lihat nie masih muda, hanya guna kemudahan Only Wayer yg diperkenalkan oleh Saudara Eddy kat aku 3 bulan sudah. Alhamdulillah la tu… ader gak hasil dari takde langsung. RM 436.58 gak masuk tu… hehe..!! :D
Rabu, 26 Ogos 2009 0 celoteh

Kita Sama-Sama Merasa

SalamX..!!

Em… hampir 3 tahun berlalu aku telah berkecimbung dgn dunia $$$ cyber setelah aku menerima cabaran atas azam aku sendiri 2 tahun sudah.

Dari azam tersebut aku telah meneroka banyak dunia $$$ cyber. Berbagai cara aku usahakan untuk berjaya hinggakan aku berpejam mata korbankan masa dan saku. Alhamdulillah… pulangan $$$ cyber aku ternyata berhasil.

Jiwa aku yang terlalu inginkan perkongsian, membuatkan aku mudah memberi setiap ilmu yang aku peroleh sebelum ini bersama rakan-rakan. Pantang ada yang bertanya, bukan 10 malah cecah 200% aku cuba berikan setiap apa yang aku tahu baik dari ilmu yang aku usaha dapatkan sendiri mahupun terpaksa gunakan wang saku. Hasrat aku ketika tu hanya satu… “kita sama-sama merasa”.

Isnin, 24 Ogos 2009 0 celoteh

Tesis: Proses Pulih Semangat Yang Hilang

SalamX..!!

Emm… 2 minggu kebelakangan nie aku rasa sedih sikit ngan sambutan segelinter kekawan dalam memberi bantuan sebagai responden tesis aku. Sedih sebab dia org terlalu pandang mudah dan maklum balaspun macam mempermain-mainkan mende yg aku tatang sebagai periuk nasik aku.

Seminggu aku kasi borang responden, ada yg buat last minute serah dah tu tulis memain je… berani aku cakap kat sini cantik lagi bahasa bebudak darjah 2. Ada gak yg aku mesej buat diam, buat pekak, lebih tepat lagi buat ‘bodo’ di YM, walhal dia org cukup hebat dalam perihal interface sesebuah laman web. Kalau yepun tak sudi membantu, tak usahla sampai bersikap mcm tu kat aku… sakit jiwa rasa beb….

Tapi, Alhamdulillah la… ader gak yg sudi membantu seperti Bro Rest (Jutawan Prepaid), Bro Chipsmunk, Bro Eizil, Bro Nasa (PPDLMS) dan seorang Guru Berbangsa Cina (Mis Chong Yen Nee). Walaupun mcm blur je bila Mis Chong nie tanya aku, tapi tak sangka gak dia dapat berikan respond yg cukup baik.

Terima kasih kpd yang sudi membantu, mudahan hidup kalian dirahmati Allah swt hendaknya. Kpd yg pandang remeh perihal kepentingan org lain tu… harap kau org dapat berubah agar benda yg sama tidak terjadi pada kalian esok…. :-(
Sabtu, 15 Ogos 2009 0 celoteh

Amir: “Anak Jantan”

SalamX..!!

Ha… ini le satu-satunya anak lelaki aku, Muhammad Faris Amir. Ok le tu… buat peneman aku pegi semayang teraweh nanti hehe..!! Sekarang dah mula berjalan. Lambat gak le kiranya sebab dah cecah 1 thn 4 bulan. Sejak boleh berjalan nie… habis ditukangkan memacam, dah takleh lagi letak sebarangan.

Si Amir nie ada satu berita menarik sejak kelahiran dia… nanti kalau aku senang-senang aku akan citerkan kisah tu kat sini. InsyaAllah..!! :D
Rabu, 29 Julai 2009 0 celoteh

Majlis Perasmian Portal SMKTM Oleh KPPM

SalamX..!!

Syukur Alhamdulillah…..!! Akhirnya terrasmi juga Portal SMKTM yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato` Hj. Alimuddin B. Hj. Mohd Dom selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Peristiwa nie juga telah membawa satu kenangan manis pada aku apabila salah sebuah portal atas usaha sendiri dirasmi dan dilancarkan oleh seorang KPPM. Hehe… bukan senang nak dapat tu….. :)
0 celoteh

Video Montage & Perasmian Portal

SalamX..!!


 
Seperti yang dijanjikan, di atas nie ader aku masukkan Screen Shot berbentuk video Montage Perasmian Portal oleh KPPM. Alhamdullilah…. merasa gak salah satu portal aku dirasmi oleh KPPM sendiri hehe…!! :D
Rabu, 15 Julai 2009 0 celoteh

Sibuk Ngadap Persiapan Montage

SalamX..!!


 
Huh… tak menang tangan aku dibuatnya akhir-akhir nie. Dah le aku nie ibarat tupai dapat pendrive je ngan flash nie, kena lak buat montage pakai aplikasi tu. Berpinau-pinau mata ngadap flash. Berbelit-belit frame dalam tu aku godek sampai aku sendiri tak tahu mana satu pakai hehe..!!

Tapi… Alhamdullilah… jadi gak satu. Walaupun Montage asal masih dalam pembinaan, yang jadi nie kira aku main tampal je la buat semangat nak terus ngadap flash nie. Nanti kalau dah siap Montage Perasmian, insyaAllah aku akan paparkan kat sini…. :D
Rabu, 1 Julai 2009 0 celoteh

Ads Tips Collection to SEO Web Optimization

SalamX..!!

Ads Tips Collection to SEO Web Optimization

Kekadang orangpun pelik, apa la yang aku dok buat web macam-macam jenis nie. Tapi sebenarnya Blog di atas merupakan sumber untuk menyiapkan Tesis Master aku sekarang nie. Aku kena cari source sesebuah web bagi memastikan P & P yang menggunakan media laman web dapat dicapai oleh pelajar dengan mudah, selesa dan berkualiti.

Secara tak langsung, kajian aku nie ader melibatkan SEO Optimization. Elok sangat le tu… kena dengan dunia Ads “G” yang aku sedang usahakan sekarang nie hehe…!!

Isnin, 22 Jun 2009 0 celoteh

Keroncong Eddie Kontoro

SalamX..!!


Video klip kat atas merupakan Persembahan Keroncong oleh Saudara Eddie Kontoro (member sekelas / gambar tengah) ketika kami sama-sama ngadap assignment Master. Dia juga merupakan seorang pensyarah Keronsong di Aswara Kesenian Johor. Kira aku beruntung gak le sebab dapat member-member sekelas yg bebetul power dalam bahagian memasing.

Oh ye… gambar depan sekali tu Ajax (bekas pemain Bass EYE) tapi bukan orang lainpun sebab semasa kami di Maktab dulu dia merupakan pemain Drumer kumpulan aku hehe…!! Pi mai pi mai… tang tu jugak… kenangan sungguh…

Jadi… apa tunggu lagi… jom layan keroncong….. :-D
Ahad, 14 Jun 2009 0 celoteh

Meja Kerja

SalamX..!!

Hee…

Inilah meja aku ngadap pelbagai keje… baik dr sudut Muzik Sonar Kibod WorkStation hingga le ke dunia Portal. Yg Si Kecik tu… itu je keje dia, asyik kacau kacau kacau je… :-D

Tapi best gak ader bebudak nganggu… takde la sangat aku asyik ngadap pc je manjang… kalau tidak tak ingat dunia siang malam… :-)
Khamis, 4 Jun 2009 0 celoteh

Ads “G” Rekod

SalamX..!!

Dunia Ads “G” nampaknya dah semakin rumit… ramai yang mengeluh Acc Ads “G” kena ‘Beku’. Tapi alhamdullillah, dalam masa yang sama juga aku dah berjaya menempa rekod baru.

Walaupun takde la semeriah mana sambutannya, namum kejayaan nie dah menunjukkan cara-cara kemasukan SEO Source ke dalam page dah menampakkan hasil.

Walaupun begitu, aku turut bersimpati kpd rakan seperjuangan yang Accnya dibekukan tanpa sebab yg munasabah. Sesilap Acc aku yg semangga niepun mungkin turut kecundang sikit hari nanti… mana le tau…

Owh ya… buat penyejuk hati, di sebelah nie ader aku letakkan Cek hasil terkini kalau sudi-sudi nengok le hehe…!! :-D

Sabtu, 30 Mei 2009 0 celoteh

Coral Bay Resort - Pengurusan Blog

SalamX..!!

Baru-baru nie di Pangkor sekali lagi para Guru ICT LMS berkumpul di Coral Bay Resort untuk berkursus tentang Pengurusan Blog. Dan aku jugak tak ketinggalan dalam memenuhi slot merapu aku dalam memberi serba sedikit tips dalam Pembinaan Blog. Memula tu gabra gak… tapi lelama tu aku main redah je la… janji para cikgu yang hadir tu dapat apa yg dia org perlukan.

Alhamdullilah… objektif kali nie nampaknya tercapai. Walaupun speed ngajar tu slow, tapi dalam masa 2 hari setengah nampak gak guru-guru yg hadir menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan. Syabas cikgu… cikgi… :-D

p/s Pengalaman ngajar pelajar Master Upsi.. dah 14 minggu ngadap blogpun masih ader yang tak reti “Edit Post” lagi haru hehe…!!
Isnin, 13 April 2009 0 celoteh

Pening Ngadap Kertas Projek

SalamX..!!

Weh~!! Sibuk aku masih belum selesai. Kertas Projek masih peringkat pertengahan. Masa nie kalau ngadap YMpun terasa buang masa, ngadap Adsensepun terasa lagi buang masa. Pendek kata, semua aktiviti-aktiviti rutin kat internet nie dah kena kurangkan.

Kertas Projek nak kena settlekan jugak secepat mungkin, baru hati rasa tenang, jiwa rasa bebas. Kalau tidak asyik fikir itu je manjang… bak kata mandi tak bersabun… tido tak bismillah… makan tak sedap… Kali nie terpaksa dan kena paksa gak diri siapkan Kertas Projek, baru selesa buat keje apapun.

Walaupun Earning Adsense berada dalam keadaan kritikal akibat ekonomi meleset nie… tapi aku rasa tak sempat jugak nak betulkan keadaan. Jalan dah nampak… cuma masa je takde dah nak ejas itu ejas ini. Kena abaikan terus sampai siap bebetul Kertas Projek aku. Tapi kalau nak usyar Cek Google terkini aku… klik je imej kecik kat bawah nie. Ader le sikit dari takde langsung….


Alahai… tak sabar nak habiskan Kertas Projek…!! :-x

Rabu, 25 Mac 2009 0 celoteh

Cuti-Cuti Mandi Kolam

SalamX…!!

Hehe… gambar kenangan kita org berkelah di Laketown Resort Ahad lepas. Tiket sorang RM10 je hasil kupon dari adik ipar aku. Photo yg kau org lihat nie campuran kroni kita org hehee…!! :-D :-)
Selasa, 17 Mac 2009 0 celoteh

Mr LePaK & Geng Music Master


SalamX…!

Hentam saje la labu… itu la style kita orang kat fakulti nie… janji cun hehe…!! Oh ye… nie fist time aku try buat movie pakai flash media, pening gak nak masukkan button Play/Stop tu… naik berpinau mata.

Apa-apa halpun… jom layan…. :-D
Khamis, 12 Mac 2009 0 celoteh

Nur Alya Darwisya

SalamX..!!


Huhu… best pulak aku nengok Si Alya nie berposing kat tepi pantai tu. Dia nie kira jenis senyum je 24 jam. Susah nak jumpa bebudak yang memanjang je senyum… jadi aku tampalkan kat sini senyuman dia untuk tatapan semua.

Oh ye… nie di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak dan gambar dirakam masa sesaje singgah time aku balik ikut Sg. Besar Selangor dari Sg. Buluh sambut beraya tempohari.

Layan Photoshop lak kali nie…. :-D
Selasa, 10 Mac 2009 0 celoteh

Streamyx Oh Steramyx !!

SalamX..!!

Alahai…!! Apa nak jadi dengan talian TMNet kita nie ?!! Banyak tul alasan dia org kasi bila tipon.

Encik sila tengok talian encik ye… check spliter… check ringtone ader bunyi tak… alihkan cable RJ45 tu… taip config/ip kat c: promt… pastikan DSL menyala… 5 minit pastu call kita orang semula di talian #100.

Huh… tiap kali call, itu je arahan dia org sampai naik terbalik PC Destop aku. Last sekali… Oh… talian encik takde apa-apa kerosakan… tunggu sebentar ye kami reastartkan modem dari sini…

Buang masa daa…. awal-awal reastart modem dari sana kan ke senang. Bukan tak kenal aku… boleh katakan tiap-tiap bulan hadapi mende yang sama. Suara akupun kau org dah boleh kenal… isk..!!

 

Apa-apa halpun… Alhamdullilah la… Cek Google aku sampai gak kat umah hehe…!! Hilang le rasa bengang tu… Tapi takleh le abaikan je kisah Streamyx lembab nie… naya periuk nasik kekawan yang berbisnes kat alam maya nie…..

Isnin, 9 Mac 2009 0 celoteh

Salam Maulidur Rasul 1430H


Isnin, 23 Februari 2009 0 celoteh

Blog Tarian Dabus - Luar Jangkaan !!

SalamX..!!

Akhir tahun lepas ada aku bina satu blog yang difokuskan khas kepada Tarian Dabus. Tapi… ada satu keistimewaan yang datang dari blog tersebut, keistimewaan yang aku sendiri tak jangka malah tak penah terlintaspun akan berlaku iaitu “Sambutan & Perhatian”.

Syukur Alhamdullilah, walaupun blog tersebut hanya sekadar sebahagian kertas kursus aku tapi kesan daripada isi yang padat secara tidak langsung aku dah popular dengan nama Penulis Dabus.

Hingga kini, aku dah menerima contact dari pelbagai tempat dan yang paling jauh kenalan yang aku terima ialah dari Wilayah Timur Nusantara saudara Busranto Abdullatif Doa dari Seberang. Dan yang paling kerap aku terima panggilan dan sms adalah dari pelajar-pelajar universiti dan orang perseorangan.

Walaupun blog tersebut takde lah sehebat mana, tapi tetamu-tetamu yang pernah melayari blog tersebut untuk rujukan ilmu.. aku ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda.

InsyaAllah… beberapa maklumat akan dimuatkan lagi untuk rujukan yang lebih detail di Tarian Dabus jika ada kelapangan masa. :-)

Terima kasih !!
Jumaat, 20 Februari 2009 0 celoteh

E-Book Adsense SEO

SalamX..!!

Hehe.. saje aku merepek buat E-Books untuk SEO Adsense. Bukannya aderpun e-book nie, saje fikir-fikir ye ke orang yang jual e-book yang berkaitan dengan SEO nie bebetul mahir dalam SEO?

Pelik fikirkan? Adakah pembuat e-book berkaitan SEO nie bebetul tahu atau berpengalaman dalam hal nie? Takkan setakat trafic web dah boleh capai ranking teratas dah berani ngaku terror dalam bab nie?

Emm… baik kau orang sesamer fikir benda nie. Kebanyakan e-book SEO free tu aku tengok semuanya jenis tak berapa fokus kepada benda yang berkaitan. Kebanyakannya hanya tumpu pada web-web yang membantu untuk submit url seperti Social Bookmark yang lebih dari 301 laman berlegar di dunia internet nie.

Dah tu siap ader penyokong kata e-book tu bagus la, hebat la, entah apa-apa lagi kasi org benar-benar terpengaruh. Hehe… jangan marah yek… yang aku citer nie sebagai pendapat aku je…

Sorry ek… kalau la betul apa aku cakap nie… jom kita fikir-fikir bersama, adakah yang dah beli e-book yang banyak testimonia hebat-hebat bagai nak rak tu mendapat hasil seperti si pembuat e-book tersebut. ? :-)
Rabu, 18 Februari 2009 0 celoteh

Nilai Tudung Wanita

SalamX..!!

Di sini aku ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.

Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Rabu, 11 Februari 2009 0 celoteh

Hamster

SalamX..!!

Semalam sesaje bawa anak reronda petang naik kapcai buruk aku tiba-tiba terdengar anak aku si Mimie tu sebut “Kedai Haiwan”. Haiwan?!! Tertarik pulak aku dengar dia sebut haiwan hehe.. selalu kita sebut kedai binatang ahekekek..!! Akibat dari sebutan haiwan tu aku ambil keputusan untuk usyar jap apa yg tokey kedai tu jual.

Peh.. ader burung, tupai, kura-kura, sangkar.. ops…? nie bukan haiwan hehe..!! Tak sempat perati semua terus anak aku bersuara “Ayah ader Hamster..!!”. Emm… terbang RM88 beli 2 ekor Hamster, makanan dgn sangkar dia sekali.

Bayang le… dah le naik kapcai 4 beranak, terpaksa angkut segala yg aku beli tu pulak hehe..!!

Ok, kali nie aku nak berkongsi ilmu sikit sebelum memutuskan untuk memelihara hamster. Ada baiknya kita mempertimbangkan beberapa hal. Kita harus mengkaji selok-belok hamster secara mendalam. Jangan sampai gara-gara miskin informasi, kita menyesal membeli satwa lucu nie.

Sabtu, 7 Februari 2009 0 celoteh

Makin Tinggal Makin Menjadi

SalamX..!!

Pelik aku tengok earning adsense aku nie, makin ditinggal makin menjadi la pulak… isk !!

Dugaan sungguh rasa. Kalau diikut-ikutkan, dekat 2 minggu aku tak berapa fikir sangat dah pasal adsense nie. Tapi bila lihat balik, ader je mende yang semacam menduga jiwa tenang aku nie hehe…

Kalau kau org nak tahu, dulu aku penah target seminggu $USD40, alhamdullilah dah tercapai kat thread “Matlamat Cecah $USD40/7 Tercapai“. Dalam dediam tetiba muncul satu lagi rekod pada 3 hb lepas cecah ke $USD85/7.

Huh…. buat jiwa kacau sungguh benda nie hehe…!! Camner nak siap tesis aku nie… isk..!!

p/s Walau bgmanapun… aku tetap menanti hingga bulan Julai nanti. Amin..!! :-D
Isnin, 2 Februari 2009 0 celoteh

The World`s Greatest Business Mind

SalamX..!!


Entah… camner leh terglamer lak aku pasal nie… mungkin pasal SEO Adsense kot.. :-)
Rabu, 28 Januari 2009 0 celoteh

Apa Kata Markus Frind?

SalamX..!!

Anda kenal Markus Frind? Beliau adalah warganegara Kanada, seorang usahawan internet, pengasas kepada PlentyofFish.com iaitu sebuah website “Online Dating” yang terbesar. Menurut maklumat tertentu pada 2006, beliau menjana wang sebanyak $10,000 sehari dengan menggunakan Adsense sahaja..! Percayakah anda?

Pada masa nie, website beliau mempunyai 45 juta visitors dan 1.1 billion pageview setiap bulan. Duit yang dapat dijana oleh beliau melalui laman PlentyofFish.com adalah sebanyak $usd5 - $usd10 juta setahun.

Apa yang menarik adalah beliau menjalankan websitenya secara bersendiri dan dibantu sesikit oleh kekasihnya dan juga beberapa moderator sukarela. Tapi perkara utama aku nak kasi kau orang baca ialah tips yang beliau sampaikan sendiri untuk tatapan kita bersama.

Berikut adalah 16 tips yang dinyatakan oleh Markus Frind untuk membuat website dan berjaya dalam bisnes/Adsense online:

Isnin, 26 Januari 2009 0 celoteh

Gerhana Matahari Separa Di Malaysia 26 Jan 2009

SalamX..!!


Dalam masa beberapa jam lagi, dunia akan menyaksikan sebuah lagi fenomena gerhana matahari, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.

Selasa, 20 Januari 2009 0 celoteh

Senda Gurau “Boycott Israel Campaign”

SalamX..!!

Ahekekee…. Nak tergelak pun ader gelagat aku ngan abang aku malam nie merepek kat dunia YM. Bukan dirancang tapi dah memang taip pincang :-D .

Benda nie terjadi bila mesej timbul di kotak YM ketika aku sedang asyik ngadap Tab Coding. Entah le.. kekadang otak dah padat.. fikiran dah sendat… bukak matapun dah tak larat… pc tengok muka akupun dah naik meluat… mula fikiran meracau tak kena tempat hehe…

Isnin, 19 Januari 2009 0 celoteh

Lokasi Aku Ngadap PC

SalamX..!!

Hehe… disebabkan takde mende nak buat depan PC, aku ambik keputusan buat peta kenduri kawen eh.. silap… peta lokasi di mana aku selalu ngadap pc. Ini le umah aku, cadang nak letak gambo satellite, memandangkan tak semua pc kau orang power… cukup le sekadar aku print screen je pelan nie. Mana le tahu kot-kot kita nie berjiran… :-D
Sabtu, 17 Januari 2009 0 celoteh

Rebah Sehari Dalam Carca Merba

SalamX..!!

Aduh…!! Cukup tak bermaya aku semalam dgn karenah kerja. Penat + Lemah bermulanya jam 8.00 pagi hingga ke 3.45 pagi.

8.00 pagi aku mula dgn latihan Merentas Desa Sekolah, mau tak mau kena gak sebab aku Ketua Rumah. Ikut bebudak lari sepanjang 4 km. Bebudak pecut je… masalahnya kita yang semput hehe…

2.30 ptg macam biasa lepas Jumaat pegi keje.

3.30 ptg merupakan waktu aku kena berangkat ke T. Malim untuk mengikut kuliah. Sampai dalam jam 5.20 ptg ngan singah makan apa semua. Lepas tu rehat kejap kemas-kemas umah sewa.

8.00 mlm bermulanya kuliah untuk sem akhir nie… sib baik subjek yang bebetul aku minat, kalau tidak mau lena sampai jam 11.30 mlm hehe…

Khamis, 15 Januari 2009 0 celoteh

Yahudi Haram Jadah !!!

SalamX..!!

Inilah anak YAHUDI



Ini adalah aksi anak-anak tentera Yahudi yg menyampaikan pesan…

Isnin, 12 Januari 2009 0 celoteh

Sayonara Buat Ads Google….

SalamX..!!

Akibat daripada kekangan waktu… aku buat keputusan, ucapkan Sayonara buat Ads Google buat seketika. Maklumlah.. ader kajian yang lebih penting nak kena siapkan tambahan pulak Google sekarang niepun dah pening-pening lalat.

Walau bagaimanapun.. 2 keping cek yang bakal aku terima untuk bulan 12 dan bulan 1 nie tetap aku terima dengan hati yang terbuka ahekekeke..!!

InsyaAllah.. kita sambung bergoogle bulan Julai nanti kalau ada sumur diladang.. Oh ye.. Perang Cyber antara Hackers Islam & Yahudi Semangkuk Ayun tu harap tak libatkan Google Ads hehee.. :-D
Ahad, 4 Januari 2009 0 celoteh

Tak Menang Tangan

SalamX…!!

Rasanya untuk tahun 2009 nie nampak gaya aku kurangkan sikit aktiviti online aku nie. Banyak pulak keje nak kena uruskan. Dah bertimbun-timbun keje nie. Inipun dah dekat 4 hari tak online kat YM… banyak je Mesej Offline timbul hehe…!!

Sori le kekawan… tak dapat nak elak dah kali nie. Tambahan pulak kertas kerjapun banyak nak disiapkan dah rasa macam keje kerani pulak main-main dengan kertas kerje nie… padahal aku guru je… sepatutnya sibuk ngajar tapi kena sibuk buat mende-mende lain… isk..!!

Yang paling pening tesis aku le… nak ngadap benda alah tu nak siapkan jugak sebelum bulan 3 nie… waduh… tension…!! Jadi, kalau aku ader kat YM tu bermakna aku boring sangat dah le tu dengan keje. Erm… yang paling sedih sekali tahun nie, aku terpaksa abaikan dulu niat aku nak kejar tingkatkan earning adsense… isk sikk iskkk… syahdu la pulak rasa… WaWaaAaaaAawa….

Ok.. tu je setakat nie.. :-?