Sabtu, 17 Januari 2009

Rebah Sehari Dalam Carca Merba

SalamX..!!

Aduh…!! Cukup tak bermaya aku semalam dgn karenah kerja. Penat + Lemah bermulanya jam 8.00 pagi hingga ke 3.45 pagi.

8.00 pagi aku mula dgn latihan Merentas Desa Sekolah, mau tak mau kena gak sebab aku Ketua Rumah. Ikut bebudak lari sepanjang 4 km. Bebudak pecut je… masalahnya kita yang semput hehe…

2.30 ptg macam biasa lepas Jumaat pegi keje.

3.30 ptg merupakan waktu aku kena berangkat ke T. Malim untuk mengikut kuliah. Sampai dalam jam 5.20 ptg ngan singah makan apa semua. Lepas tu rehat kejap kemas-kemas umah sewa.

8.00 mlm bermulanya kuliah untuk sem akhir nie… sib baik subjek yang bebetul aku minat, kalau tidak mau lena sampai jam 11.30 mlm hehe…

12.00 tgh malam, lepas je bincang akhir ngan kekawan, hati mula naik tension sebab nak drive patah balik ke umah. Iskk… terpaksa balik malam nie juga sebab kekawan semua balik atas urusan keje dan perjumpaan penyelia terpaksa dibatalkan esoknya sebab dengar khabarnya ada hal mustahak.

2.15 pagi singgah kejap di Simpang Pulai… lapar beb, pekena mee hun sup panas kasi segar kejap bijik mata. Ader la dalam setengah jam sesambil pekena sebatang dua rokok kasi perindu stering kete.

2.45 pagi bertolak dan akhirnya dalam sejuk gedi sebab aircon kete aku sampai depan umah jam 3.45 pagi. Fuhh… lega lepas terhangguk-hanggut angkat barang (beg baju, beg kuliah) masuk dalam rumah.

Lepas je mandi apa semua… aku ngadap Eaning Ads Google jap sebagai pelepas rindu hehe…. Pegh… sekali rekod cakap lu…. 7 days $usd 55.60 ahekeke…. rezeki-rezeki…. :-D

Penat aku malam tu hilang gitu je ahekeke…!! Tapi hari nie juga merupakan hari akhir aku ngadap benda alah nie… lepas nie stop dan tunggu je sampai bulan Julai nanti untuk aktiviti berGoogle seterusnya. :)


Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan