Rabu, 24 Mac 2010 0 celoteh

‘OrK 06/07′ Dalam Kenangan…..

SalamX..!!

Kegemilangan Tinggal Kenangan...
Kegemilangan Tinggal Kenangan...

‘OrK 06′ Dalam kenangan…. hanya ini yang boleh aku luahkan kini. Hampir 2 thn aku bertungkus lumus di awal perlaksaanaan dlm menjayakan ‘OrK’, namum kegemilangan ‘OrK’ tidak bertahan laman setelah berlakunya beralihan tugas dalam kepimpinan. Aduh… sakit jiwapun ader, sebab takde pelapis dipilih selepas tu… isk..!!

Jumaat, 19 Mac 2010 0 celoteh

Kosmo! ?!! No Komen… Akheake..!!

SalamX..!!

Terglemer kat Kosmo.. Hehe...!!
Tuah ayam nampak di kaki…. tuah aku rupanya nampak di KOSMO!. Ahekeke…!! :D
Khamis, 18 Mac 2010 0 celoteh

Akhirnya….. Master Dalam Genggaman

SalamX..!!

Akhirnya.....

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t….!!

Akhirnya hasrat memiliki segulung Sarjana telah tercapai. Terima kasih pada semua yg memberi sokongan, terutama ayah bonda, isteri & anak², para pensyarah, rakan seperjuangan serta anda sekalian yg sudi menjadi tunggak kepada setiap langkah kejayaan.

Terima kasih….!! ²
Rabu, 10 Mac 2010 0 celoteh

E-MegaTV : Server Cap Ayam?!!

SalamX..!!

Hosting Cap Ayam
Emm…!! Bukan aku cakap… tapi aku terima mesej ringkas berbunyi :
     “Ah.. Apa dah jadi… jangan le guna server Cop Ayam…”.
Benda nie setelah E-MegaTV terlalu kerap mengalami “Server Down”. Kalau dulu mencecah 1000 user dalam satu-satu masa, aku dah cuba kurangkan hanya tinggal 250 - 300 user, itu pun time kemuncak tayangan filem. Tapi kalau user antara 16-30 org pun dah ‘kejung’…. apa aku nak jawab?!! Salah E-MegaTV jugak ke?!!

Nampaknya usaha nak terus mantapkan pencapaian E-MegaTV agak pudar. Lemah semangat gak dibuatnya. Tapi… entah, kita tengok le dalam 2-3 minggu lagi apa jadi…  :-x
Isnin, 8 Mac 2010 0 celoteh

Pendaftaran Kursus Online

SalamX..!!

Aplikasi Daftar Kursus Online

Projek yang lama terbengkalai akibat kesibukan ngadap tesis tempohari akan bermula kembali iaitu Aplikasi Pendaftaran Kursus Online. Tujuan asal pembinaan masih tak pasti, mungkin saje seronok nak sakitkan jiwa aku dengan rencah coding php rasanya.

Walau bagaimanapun, projek nie sebenarnya dah ada tawar menawar di pihak tertentu. Bid RM yang aku terima paling tinggi setakat nie bernilai RM20K (bukan RM20 ringgit tapi RM20 Ribu). Terperanjat gak aku memula ditawarkan harga tu, tapi setelah dirujuk, dinasihat, di slow talk bebetul ngan aku, baru aku bleh terima kenyataan dgn harga yang ditawarkan. Aku dok ingat dalam ratusan ringgit je memula tu … ahekeke..!!

Jumaat, 5 Mac 2010 0 celoteh

Aku & Hphone (Eps-1)

SalamX..!!

Hphone Pertama
Kita sedia maklum, zaman sekarang alat komunikasi seperti hphone cukup penting kepada setiap individu, termasuk la pentingannya kat aku sendiri.

Tapi boleh dikatakan pengalaman menggunakan hphone pada diri aku agak lambat. Sebab time kekawan dok giler2 ngan hphone, penempatan yg aku duduk time tu takde langsung kemudahan nie semua. Jgn kata Bar Line yg ader kat tipon tu… pencawang pun takde hehe…

Citer nie masa aku sambung belajar di Jitra, Tmn Siswa UUM, aku terpaksa cekau satu. Malas dah rasanya asyik dok kumpul duit siling lepas tu beratur 30-40 minit kat public phone tepi jalan disebabkan nak tipon dalam 5-6 minit je terpaksa tunggu ‘beruk’ bergayut tipon kekasih hati… dah macam tipon sendiri je dia org buat. Dah tu sesambil baring atas motor lak tu tipon.. yg aku dok tunggu nie mamat tu boleh buat ‘dek’ je.

Maka al-kisahnya, aku sambar satu, jenis Nokia 8210 macam yang kau org tengok kaler biru di sebelah nie. Semasa aku pakai tipon nie, ader le sekali pengalaman ngeri aku ngan tipon nie. Citernyer bila aku sampai umah balik dari Selangor, sedar2 tipon takde. Cuba buat miss call guna tipon umah… tetiba tipon bunyi. Uiskk… tipon aku berbunyi….?!!