Selasa, 1 Disember 2009

E-MegaTV: Video Blog Budak Tadika

SalamX..!!

Video Blog Budak Tadika

Hampir 4 bulan lamanya aku cuba mengkaji dunia Video Blog, akhirnya terbina juga sebuah Video Blog yg aku kenali dengan panggilan “Video Blog Budak Tadika”. Mengapa “Budak Tadika”? Sebab pembinaan web nie takde panduan ataupun pakej khas yang aku sertai, hanya berkisar kepada pengalaman dan cuba jaya serta rujukan drpd beberapa laman video blog berpakej yg aku temui.

Tapi… pengedaliannya takde la sehebat video blog berpakej, sebab banyak jugak panduan yang aku sendiri masih kabur… banyak jugak aturan atau agenda cara yang aku tak nampak camner yg sebenarnya. Takpe la… hanya sekadar ingin belajar, secara tak langsung aku tahu selok belok WordPress zaman baru nie… hehe…!

Walaupun sibuk dengan urusan kerja kursus di universiti, aku cuba luangkan masa sedikit ngadap benda alah nie untuk lepaskan otak tension aku nie. Alhamdullilah, semuanya berjaya berjalan dengan lancar, tesis akupun dah siap dan keputusan U pun khabarnya dah keluar hari nie. Dengar citer dr Penyelia (En. Azam Dungun) sendiri aku dah lepas dan selamat. Syukur Alhamdullilah..!! :D

Oh ye… jgn la kau org berharap sangat pembinaan Video Blog Budak Tadika nie secanggih yang berpakej, kalau takde video yang aku “UP” tu bermakna aku sibuk akk dgn urusan rumah tangga… maklumlah… kalau bujang tu lain ye tak… :P

Apa halpun, kepada yang berminat menonton filem-filem bersiri omputih, boleh la jejengok web aku nie… kalau terperangkap dgn iklan tu, kira biasa le… saje je test kot-kot ader hasil…. :D

InsyaAllah, kalau aku ader masa aku akan maintainkan Video Blog Budak Tadika nie. Jom layan… E-MegaTV !! :D

Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan