Selasa, 27 November 2007 0 celoteh

Flip Text

¡¡…undɯɐ

.ɐdɐ-ɐdɐ ɥɐʇuǝ buɐʎ sǝ1ʇsǝʌpɐ ɹǝʌɹǝs ʇɐqıʞɐ qɐqɯǝ1 ıpɐظuǝɯ ǝbɐd buıpɐo1 uɐʞʇɐqıʞɐbuǝɯ ɐuɐɹǝʞ snɹǝʇ ɹɐʞnʇıp / uɐʞ1ɐʇɐqıp / ɥnbbuɐʇıp ɐsʞɐdɹǝʇ ɐısʎɐ1ɐɯ - 11od sǝ1ʇsǝʌpɐ pɐǝɹɥʇ

¡¡ uɐʍɐʞǝʞ ɟɐɐɯ

¡¡..xɯɐ1ɐs

p/s Mau baca kalu… kasi pusing lu punya kapala.. ada paham..!!! :-x
Jumaat, 23 November 2007 0 celoteh

MyMode Dan Apa Keistimewaannya !!

SalamX..!!

MyMode?!! Penah dengar ke tak?!! Nie le satu-satunya bisnes “tempelan”, bisnes yang entah tetiba penuhkan akaun maybank aku dengan duit. Aku sebenarnya pun tak sangka boleh simpan dalam RM 5 ribu dalam tempoh 7 bulan secara bersantai hehe…!!

Oh.. apa kelebihan MyMode nie?!! Ha… baca elok-elok apa aku nak citer. Kira 7 bulan walaupun terasa cam setahun jagung je aku baru join mende nie tapi aku rasa aku dah paham dah camner nak citer kelebihan dia kat kau orang. Aku bukan nak promotepun.. tapi kalau terasa nak berduit cara santai tu bisik-bisik le kat aku nanti :-) .

Kelebihan-Kelebihan MyMode Prepaid:
  •     Daftar Hanya RM65 Seumur Hidup Terus Dapat Pulangan Point RM11
Ini kelebihan pertama sistem MyMode. Nampak cam cikai je daftar ahli RM65. Tupun ader yang melatah bukan-bukan kata rugi la join, takleh caya lah pasal murah sangat jadi ahli. Iskk… kau orang nie.. sabor le, beli rokok Dunhill sekotak sari RM8.20 boleh pulak?! Kira la tengok kalau sepuluh hari dari sekarang kau org tak berenti rokok, dah cecah ‘rega’ daftar ahli tu… hehe..!!
Khamis, 22 November 2007 0 celoteh

Speed Painting - Nico Di Mattia

SalamX..!!

Kekadang tu kita mudah rasa frust atau jemu bila kita terpaksa buat sesuatu yang memakan masa yang terlampau lama. Jadi ternyata di sini lah kelemahan kita selama nie… Sebab kali nie aku terjumpa satu video di mana lukisan grafik dilakukan selama 9 ke 20 jam untuk disiapkan… tapi hasilnya… peh cukup memuaskan.


Jika anda ingin melihat hasil beliau anda boleh terus melayari thread nie…. :-)
Rabu, 21 November 2007 0 celoteh

Bina Widget Peribadi

SalamX..!!

Musim sekarang ramai yang gemar selitkan image tertentu dekat tepi paparan blog atau website seperti yang aku pakai image di sebelah kanan diari nie. Istilah diapun ringkas je “Widget“.

Nampak menarik jugak yek…!! Selalunya Widget nie dia ader peranan tertentu seperti jika kita hendak serlahkan sesuatu terutamanya link-link yang kita ingin tetamu kita susuri. Jadi buat semua pemilik blog atau apa jugak mende yang kita namakan web page nie.. kalau berminat jom kita sama-sama cuba bina widget kita sendiri.
Isnin, 19 November 2007 0 celoteh

Lembah - Kuala Kangsar

SalamX..!!

Sesaje singgah Kuala Kangsar nak ambik gambar kenangan bersama anak-anak. Bukan senang dah nak pegi situ selepas aku berpindah nie. Kalau tidak boleh dikatakan hari-hari aku lalu situ masa berulang-alik gi keje.

Lagipun saje test guna kaedah Old N Burnt dalam photoshop. Seronok gak lepas-lepas test…. paparkan, takde la aku asyik lupa je nak buat lain kali.

Nampak gayanya style nie ok sikit sebab sekurang-kurangnya aku ader motivasi nak belajar photoshop.

Buat masa cuti sekolah nie… kalau duduk sesaje kat umahpun boring gak. Bukan takde keje kat portal nu… ader… saje nak beri tumpuan pada kemahiran baru pulak.

Oh ye… nie gambar 3 orang anak aku… takde dah itu je… kalau ader lagi kira rezeki baru hehe…!! :-D
Ahad, 18 November 2007 0 celoteh

Kemuncak Banjaran Titiwangsa

SalamX..!!

Pada 13, 14, 15 November yang lepas aku berpeluang pegi ke Kemuncak Banjaran Titiwangsa. Peh.. best gak… nie le first time aku jejak situ. Sebenarnya aku dapat berkursus di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Aku bukan penah pegi Kelantan sebelum nie pun. Best gak sana.. shopping… Hek hek…!!
Sabtu, 17 November 2007 0 celoteh

Boikot - Kodak Giant Tambun, Ipoh

SalamX..!!

Sila sebarkan untuk tindakan berjaga-jaga..!!

Boikot Kedai Kodak Ini !!

Kepada rakan-rakan yang berada di Ipoh, Perak dan berhampiran dengan Tambun, harap kita sama-sama BOIKOT kedai kodak nie… sebab kedai nie tidak melayani customer dalam perihal WARRANTY !!
Isnin, 12 November 2007 0 celoteh

Out-of-Bounds Photoshop

SalamX..!!

Layan Anak

Aku tengah layan karenah anak paling kecik… Nur Alia Darwisya. Apa leh buat, jadi bebudak balik le nampak gaya aku nie… Akehehe..!!

Penah ke dengar Out-of-Bounds? Kaedah nie le aku buat gambar yang kau orang tengok nie. Kalau nak cuba… jom kita sama-sama perah otak merujuk tutorial di Worth10000 . :-)
Ahad, 11 November 2007 0 celoteh

Interframe Atau Outframe?

SalamX..!!
Mimi Degil...!!

Mimieeee…..!! Pegi mana tu….?!! Iskk… degil sungguh anak ke-2 aku sorang nie… jangan kata tak dengar larang keluar rumah… dalam fotopun dia dah melangkah keluar dari frame tu…. Dah risau mak dengan kakak dia kat belakang… iskk…!! :-?

Klik dan lihat Gambar Mimie Asal .
0 celoteh

Jejak Di Menara Condong

SalamX..!!
Menara Teluk Intan

Kenangan aku sikit sangat di Teluk Intan. Aku tak sempat bergambar sebab hujan lebat. Ini le first time aku jejak kaki depan menara condong nie. Tarikh yang tercatat kat gambar tu 7 Jun 2007 masa rakam gambar 5.59.16 petang.

Sorry.. gambor tu terkeluar la pulak dari frame… aku sempat shot dari tingkap kete je time singgah kejap dalam perjalanan balik dari Selangor melalui Sg. Besar Selangor. Apa leh buat… dah hujan.. ini le sesatunya gambar aku sempat ambik… :-x .

InsyaAllah.. suatu hari nanti aku nak pegi lagik situ bergambar ngan anak-anak…
Sabtu, 10 November 2007 0 celoteh

Lidah Buaya - Aloe Vera Linn?!

SalamX..!!
Pokok Lidah Buaya

Pokok Lidah Buaya yang berada di rumah aku sekarang. Semalam baru aku perasan yang tunas naik mencecah bumbung. Selalu jalan tunduk je.. tak perasan. Aku tak penah lak tengok camtu punya tinggi… 8-O . Ye ke nie pokok lidah buaya ?!!
Selasa, 6 November 2007 0 celoteh

Galeri Diari Pencatur Maya

SalamX..!!

Galeri Pencatur Maya

Wah~!! Kali nie aku ader up satu addon Galeri dalam Diari Pencatur Maya. Kalau sesiapa yang sudi nak jengok atau mengenali aku dengan lebih dekat, boleh je jejengok kat menu Galeri yang ader tu. Mana le tahu… sesilap hari bulan kita berjiran rupanya hehe…!!

Baca Maklumat
Ini menu yang ader pada Galeri. Kepada yang nak baca maklumat tentang gambar, boleh je klik kotak “Baca Description” yang ader di tengah-tengah sekali tu. Nanti dia akan paparkan maklumat berkaitan gambar.

Ok… tu je setakat nie…!! 8-)