Sabtu, 25 Jun 2011 0 celoteh

Maharaja Lawak: Brovo Sepah..!!

SalamX..!!


Syabas… Sepah..!! Wa caya lu…!!

Komidi Melayu Asli..!! Tak kira le apa org nak cakap selepas nie… yg pasti u all nyer lawak memang best wlupun ada yg cakap isi² diceduk dari dunia maya… tapi sketsa komidi kau org ngan isi ceceduk tu telah berjaya digoreng-gaulkan hingga berjaya menambat hati gua… huhu..!!  Caya la…!!  :-)
 
Khamis, 23 Jun 2011 0 celoteh

Rindu Dunia Maya Aku….

SalamX..!!

Afstafirullah Al-Azim…!! Terasa berbeza sungguh dunia aku kat ruang maya sejak kebelakangan nie. Dunia yg dulu serabut mengejar masa di depan pc dah makin pudar gitu je. Hinggakan aku boleh bersuara ’sunyi’.

Apa dah jadi nie…?!! Dulu maner ader istilah ’sunyi’ time aku ngadap pc. Kat tempat keje bila free je terus buka pc ngadap script, takpun aku ke ’studio’ belasah gitar karen kat sana, tupun sesambil buka pc ngadap bar note Sonar. Maner aku mau duduk bersandar kat sofa pss mcam skrang…

Balik keje buka pc, runkan PsYBnc untuk #Channel Mp3 (AutoGet).. tinggal. Lepas mandi, solat, makan apa semua aku sambung ngadap balik. On jam 8… tamat +- 2 pagi. Mahal je masa aku depan pc nie. Mcm pc ngan wireless nie nyawa aku je…

Ahad, 19 Jun 2011 1 celoteh

‘Niki Bilon’ Ke SARAWAK

SalamX..!

Adoi… adoi… senak perut, nak luruh jantung rasa aku time baca edaran undian Road Show SIT-SAPS/SisPA kali nie. Punya le dok tempeih-tempeih taknak kena menapak ke Sarawak… tetiba kena jugak… adoi…!!

Keputusan muktamad nie aku terima 3 hari lepas ketika sesi akhir Mesyuarat SIT-SAPS/SisPA di Sepang bersama NKRA dan ‘group’ dari Johor.

Selasa, 14 Jun 2011 0 celoteh

Apa Motif SKMM Sekat Web Perkongsian?

SalamX..!!

Rasanya semua telah sedia maklum tentang sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap 10 laman web perkongsian. So kat sini aku senaraikan semula laman web terbabit:
Selasa, 7 Jun 2011 0 celoteh

GTPP: ‘DIPANGKAH’ Manusia Hipokrit!

SalamX..!!

[Sistem Pengesanan Penggunaan Bahan ICT Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran]
Alhamdulillah… hasil keringat selama lebih kurang 3-4 tahun bersama GTPP, akhirnya sistem nie telah dianugerahkan sebagai sebuah sistem yang berkualiti dan boleh dibawa ketengah selaras dengan sistem-sistem Kementerian Pendidikan yang lain.

Sistem yang memainkan peranan sebagai pengumpulan maklumat berkaitan penggunaan ICT di dalam Pembelajaran & Pengajaran di peringkat Sekolah Bestari telah disambut baik oleh En. Noor Azman Shah Bin Mohd Yussof (Penolong Pengarah Ketua Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Perak) bersama En. Abd Rashid b Shafie (Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat JPN Perak).

Perancangan awal, Sistem GTPP telah dimaklumkan amat sesuai digunapakai oleh 88 buah Sekolah Bestari dan proses pendokumentasian sistem telahpun diselesaikan pada 09 Mei 2011 yang lalu walaupun berlaku sedikit kepincangan berkaitan ahli pendokumentasian.

Walaupun sistem tersebut mendapat sambutan yang baik di peringkat atasan, tetapi disebabkan terlalu Ego dan Angkuhnya seorang Pengetua, sistem nie mungkin setaraf sehelai tisu sahaja pada semua hari nanti.