Ahad, 31 Julai 2011 0 celoteh

Marhaban Ya Ramadhan….

SalamX..!!

‘Bulan Di Mana Nafas Kita Menjadi Tasbih, Tidur Kita Menjadi Ibadah, Amal Kita Diterima Dan Do`a Kita Diijabah’

Sabtu, 30 Julai 2011 0 celoteh

Penat Tapi Pengalaman Cukup Manis

SalamX..!!

Bulan Jun dan Julai 2011 banyak mengukir sejarah dalam perjalanan hidup aku. Asal dari seorang guru yang hanya ziarah kelas ke kelas, kini aku terarah kepada ziarah dari negeri ke negeri.

Isnin, 25 Julai 2011 1 celoteh

Sepanjang Kerjaya… “Aku Sebagai Guru Tiada Kelas”

SalamX..!!

Haaha… sori kawan, aku tahu apa yang aku nak citer nanti adalah isu yang paling sensitif. Paling segan nak dikongsi. Susah nak luahkan, tapi memandangkan blog nie merupakan ‘Diari Online’ aku, aku beranggapan tak kisah la apa kau orang nak pikir.

Sekurang²nya, apa yang aku nak tulis nanti menjadi kenangan sepanjang kerjaya aku selaku seorang guru.

Teragak² juga nak menulis, takut ada yang kata ‘Hidung tak mancung, pipi tersorong²’. Ada pulak yang kata memacam nanti. Tapi… lantak la kot, aku mana ader diari berbentuk buku nak tulis dalam tu, lepas tu sorot bawah bantal taknak kasi orang baca. Dah tahu taknak orang baca, pi tulis diari saper suruh… ye tak? Hehe… sabor je la… :-|

Ahad, 24 Julai 2011 0 celoteh

Minit Ditapis…?!

SalamX..!!

Rasanya perkara macam nie dah jadi lumrah setiap kali mesyuarat, tambahan pula isu yang terkandung menyatakan hasrat sebenar dan yang bersangkutan dengan kelemahan pihak-pihak atasan. Lantas… minit mesyuarat perlu ditapis.

Perlu ke minit mesyuarat ditapis? Mana perginya kebenaran jika setiap kali perkara yang diperbincangkan perlu ditapis. Lebih baik berpakat dengan mereka yang terlibat, tulis sesiap minit mesyuarat di rumah, datang je mesyuarat, kita buat pemilihan minit, mana satu nak pakai. Yg terbaik kita hantar ke pihak atasan, ye tak?

Kalau cam ginie le cara kita untuk melindungi kelemahan yang ada, rasanya sampai kiamatpun negara kita payah nak maju. Objektif dan isu sebenar mesyuarat takkan sampai ke tangan pihak atasan. Terlalu sensitif, terlalu menjaga nama dan yang lebih tepatnya ‘Terlalu Takut Dalam Menerima Luahan Kebenaran’.

Ahad, 10 Julai 2011 0 celoteh

Aku & Pramugari

SalamX..!!


Sejak…. dua menjak dok ‘gabra’ ke Sarawak nie, pernah gak aku terpikir… camner le rupa-rupa pramugari yang aku kena ngadap sepanjang penerbangan nanti yek. Al-maklumle… nak suruh tutup mata time landing kat Kuching nanti… Ahekeke..!!

Dengar khabarnya, pramugari le jawatan yang paling penting dalam perjalanan kapal terbang. Sebab pramugari lah yang memegang jawatan untuk mencegaskan minda anda supaya tidak boring sangat tempoh penerbangan yang jauh. Setuju..?! Ahekeke… jom kita renung sekejap. Kot-kot mengena gak tanggapan aku nie.