Isnin, 23 Februari 2009

Blog Tarian Dabus - Luar Jangkaan !!

SalamX..!!

Akhir tahun lepas ada aku bina satu blog yang difokuskan khas kepada Tarian Dabus. Tapi… ada satu keistimewaan yang datang dari blog tersebut, keistimewaan yang aku sendiri tak jangka malah tak penah terlintaspun akan berlaku iaitu “Sambutan & Perhatian”.

Syukur Alhamdullilah, walaupun blog tersebut hanya sekadar sebahagian kertas kursus aku tapi kesan daripada isi yang padat secara tidak langsung aku dah popular dengan nama Penulis Dabus.

Hingga kini, aku dah menerima contact dari pelbagai tempat dan yang paling jauh kenalan yang aku terima ialah dari Wilayah Timur Nusantara saudara Busranto Abdullatif Doa dari Seberang. Dan yang paling kerap aku terima panggilan dan sms adalah dari pelajar-pelajar universiti dan orang perseorangan.

Walaupun blog tersebut takde lah sehebat mana, tapi tetamu-tetamu yang pernah melayari blog tersebut untuk rujukan ilmu.. aku ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda.

InsyaAllah… beberapa maklumat akan dimuatkan lagi untuk rujukan yang lebih detail di Tarian Dabus jika ada kelapangan masa. :-)

Terima kasih !!
Celoteh
0 Celoteh

0 celoteh:

Catat Ulasan