Jumaat, 30 Mac 2007 0 celoteh

Formasi Kompang Sekolah

SalamX..!!

Alat Muzik KompangKali nie aku nak citer bab Kompang. Tahu ke apa kompang ?!! Kompang nie sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Kompang boleh dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Layan bunyi Kompang jap….


Kompang selalunya dimainkan mengikut iramanya sendiri, selalu yang kita dengar ketika mengarak pengantin le.. hehe.. atau pembesar negara atau di satu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat Islam di Sabah dan di kalangan suku Bajau. Bukan kat sini je tau… ingat tu.. Kalau orang Sabah kau pegi citer bab-bab Kompang nie, dia orang dah tak heran dah, malah lagik terror dari kita kalau tak silap gaya… ;-)
Selasa, 27 Mac 2007 0 celoteh

Mengubah Struktur Animasi

SalamX..!!

Oleh kerana atas permintaan kawan-kawan dari MyMode. Jadi tutorial kita kali nie adalah cara-cara mengubah image animation dari asal ke reka bentuk animation yang kita kehendaki.

Contoh :
Imej Asal

Jadikan :
Imej Animasi Telah Diubah

Jika anda berminat, mari kita sama-sama lihat bagaimanakah cara ingin kita mengubah animasi asal ini ke animasi yang kita inginkan.
Rabu, 21 Mac 2007 0 celoteh

AdSense MyPendidik

SalamX..!!

Fuh..!! Penat-penat..!! Benda Adsense nie dah lama aku daftar sejak tahun 2005 lagi, cuma aku je tak aktifkan sebab terlupa password email aku hehe..!! Dah terlupa tu pepaham je la.. bukannya dia orang terima untuk daftar semula. Sikit-sikit rujuk email lama aku, apa-apa sikit suruh rujuk email lama aku… nak rujuk mende pass dia aku lupa. :-)

Tapi alhamdulillah.. dah ingat semula pass email tu, baru aku boleh rujuk sesikit no id yang perlu aku pakai. Kali nie cadang nak pasang je Adsense kat MyPendidik ngan Diari nie. Kalau ader rezeki tu ader la habuan sikit untuk hasil penat lelah aku nie.

Tapi itula.. benda nie nak kena ader supported dari kau orang jugak, kalau kau orang nengok je tak jadi, kaku je.. takde mende jugak hasil dia. Harap kau orang sesudikan lah diri tu klik sekali sehari sekali Adsense yang aku taruh nie. Nampak penambahan 0.01 sen seharipun kira jadilah.. mungkin itu je rezeki aku untuk hari nie dari kau orang.

Kalau selalu kau orang klik lagi bagus.. ader gak Dana untuk digunakan untuk portal MyPendidik.net.
Khamis, 15 Mac 2007 0 celoteh

MyPendidik Prepaid4U

SalamX..!!

Hampir 12 tahun aku ceburi bidang internet nie, aku tak pernah terfikir nak join mana-mana perniagaan dalam dunia internet. Tapi kali nie aku berserah kepada keyakinan yang aku ader. Aku try ceburi bidang Prepaid4U.

Lagipun, aku rasa perlu untuk menampung perbelanjaan Portal MyPendidik dengan cara nie. Selama 3 tahun MyPendidik ditubuhkan, selama itu jugak aku biayai benda nie seorang diri. Teruk jugak rasa.

Kali nie.. biarlah rasa berbalas sedikit titik peluh aku selama nie. Rerakan lama dah ajak, lama dah dia orang pujuk tapi baru kali nie terbuka pintu hati nak sertai.

Jika kau orang ingin berkongsi kemewahan Dunia Maya nie, bolehlah sertai dengan mengklik banner MyPrepaid4U di bawah nie.

MyPrepaid4U

Sebenarnya aku sendiri melihat perkembangan sistem nie dari awal penubuhan hingga sekarang, memang terbukti hasilnya, cukup terbukti keberkesanannya, cuma aku je baru berpeluang ceburi menda nie kerana sesuatu perkara yang aku tak dapat elak. Bagaimana pulak dengan kau orang ?!! Tak ingin cuba ?!! Cuba la… Aku tak memaksa…… !!

InsyaAllah… jika kita ada usaha, di situ ada kejayaannya. Lebih istimewa lagi kerana MyPrepaid4U (id Pendidik) yang aku sertai nie diletakkan terus di bawah pengendalinya sendiri. Syukur Alhamdullilah..!!

Mudahan berkat kesabaran kita semua akan berhasil suatu hari nanti. Amin..!! ;-)
Isnin, 12 Mac 2007 0 celoteh

Design Header + Dropcaps

SalamX..!!

Hari nie aku berada di kampung, takde apa yang boleh aku buat melainkan duduk dediam je kat ruang tamu rumah.. Hehe.. mati kutu..!!

Tapi macam biasa la, mana boleh duduk diam je. Aku try rujuk-rujuk sikit bahagian Photoshop, saje jengok kot-kot dapat ilmu baru. Ha… ader pembaharuan jugak rupanya. Ader gak ilmu aku dapat hari nie dalam Photoshop, terus aku apply kat Image Header WordPress aku nie. ;-)

Tiba je malam nie aku try mintak kebenaran sikit la nak guna line tipon nak up grafik header baru WordPress. Tapi setakat itu je la, malas lak nak pakai macam biasa… maklum lah… umah orang, mungkin nanti ader call masuk tak ke kes naya je.

Ok itu je aku nak tulis untuk kali nie… sesambil test fungsi Dropcaps (hurup besar bersaiz gergasi pada permulaan posting). Idea nie aku dapat dari Blog Si EriyzaQistina. Dia buat kat blogspot.com aku pulak try belasah buat kat WordPress. Menjadi pulak tu hehe..!! 8-)

Eh.. kau orang cuti kat mana kali nie ?!!
Rabu, 7 Mac 2007 0 celoteh

Cara Bina Sign Data Feeds

SalamX..!!

Dalam masa aku ngadap WordPress di bahagian Comment tetiba aku terperasan ada satu celoteh yang kena Ban Spam. Tengok balik rupanya kiriman dari si Neutronics. Hehe… nak tergelakpun ader, sorry le lambat reply yek..!! Bukan salah aku.. yang pegi spam buat apa kat Celoteh tu. ;-)

Oh.. saudara nie dia tanya camner nak applykan Sign Data Feeds (entah apa jenis nama aku kasi kat benda alah nie.. hehe..) .

Sign Data Feeds

Fikir-fikir balik, meriah gak kalau Blog kau orangpun ader jugak mende nie, jadi kalau kau orang teringin… jom kita sama-sama bincang pasal tutorial nak buat benda nie dalam WordPress kau orang pulak.