Selasa, 31 Ogos 2010 0 celoteh

Salam Aidil Fitri “Rakan Blogers”

SalamX..!!


Salam Perkenalan & ku hulur tangan sepuluh jari tersusun tanda memohon kemaafan antara kita “Rakan Blogers”.
Ahad, 29 Ogos 2010 0 celoteh

Kek Oh Kek !!

SalamX..!!

Kau orang minat dengan kek?! Pernah tengok design kek yang pelbagai rupa?! Kepada kaum hawa… sah le memang suka sangat bab-bab kek nie… macam aku lebih suka pada keunikan dia je….

Ha.. jadi… di sini aku ader jumpa bermacam-macam rupa bentuk kek yang cukup menarik. Menarik pada diri aku le… kau orang aku tak tahu le suke ke tak hehe..!!
Kalau dikutkan memang banyak jenis-jenis kek yang orang dah buat, tapi… pelbagai pulak cipta rasa. Banyak pulak perisa yang membezakan kek-kek nie.
Walau bagaimanapun… sehebat mana sedapnya kek yang kau orang buat tu mesti datangnya dari pandangan mata dahulu… ye tak…?! Belum lagi rasa hehe…
Oleh itu… mari kita saksikan bersama, sesambil tu kasi le komen kek yg mana kau orang berkenan. Yang nak promote resepi kek dia sendiri di sinipun aku tak kisah… janji letak je url tu di nickname kau orang memasing…. jom..!!
Jumaat, 27 Ogos 2010 0 celoteh

Ketrampilan Kuasa Ajaib Alam Semesta

SalamX..!!

Dasyatnya kekuatan alam siapapun tidak dapat menduga. Banyak telah kita saksikan kejadian-kejadian aneh tanpa kita fikirkan risiko yang bakal melanda. Walau bagaimanapun, kehadiran sesuatu yang menakjubkan dari alam semesta telah melambangkan betapa besarnya kuasa Allah S.W.T.


Di atas nie ada aku kumpulkan beberapa peristiwa ‘Gegar’ yang pernah berlaku di bumi yang kita jijak sekarang. Klik foto dan saksikan sebahagian daripadanya. Renung-renung lah wahai kawan…!!
Khamis, 26 Ogos 2010 0 celoteh

7 Keajaiban Dunia - 28 Finalis New7Wonders Of Nature

SalamX..!!

Kempen pemilihan 7 keajaiban dunia untuk kategori alam (nature wonders) yang dianjurkan oleh New7Wonders Foundation telah memasuki fasa ke tiga. Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pengasasnya Bernard Weber, matlamat utama yayasan ini adalah untuk melakukan kerja-kerja dokumentasi dan pemuliharaan karya monumen di seluruh dunia, iaitu bersesuaian dengan mottonya: “OUR HERITAGE IS OUR FUTURE”.

Selasa, 24 Ogos 2010 0 celoteh

Gravatar: Identiti Diri Anda

SalamX..!!

Gravatar? Bila sebut pasal Gravatar, anda pernah dengar? Kalau pernah dengar alhamdullilah… Ramai yang pernah dengar, tapi tak ramai yang mengguna pakai kemudahan yang disediakan nie.

Gravatar nie merupakan gambar pengenalan anda, umpama kad pengenalan la bak kata orang hehe… Ia akan mengikuti kita ke mana sahaja kita pergi di ruangan komen atau posting blogs. Apabila anda memberi komen pada sesebuah laman blog, images Gravatar anda akan muncul di sebelah posting anda. Hebat bukan…?!!

Bila komen disertakan dengan gravatar pilihan anda, baru ada gaya, yang pentingnya, imej yang anda gunakan melambangkan diri/identiti anda dalam dunia blogging. Jadi apa tunggu lagi… kepada kekawan yang masih belum miliki Gravatar sendiri lagi… jom kita sama-sama dapatkannya di Gravatar.

p/s: Pastikan guna email yang telah didaftarkan dalam akaun Gravatar setiap kali memberikan komen di blog lain termasuk di blog ini, dan imej yang telah dipilih akan keluar secara automatik.
Isnin, 23 Ogos 2010 0 celoteh

Kediaman Impian Termurah Di Dunia

SalamX..!!

Zaman sekarang, untuk memiliki kediaman sendiri bukannya perkara mudah. Bukan boleh cari senilai harga 20-25 thn sudah. Keluasan 25×40 kaki persegipun dah cecah ke RM50-RM60 ribu kalau di KL. Itu baru je tanah, belum lagi nak buat rumah, tambak tanah, perhiasan dalaman….

Adoi… kalau difikir-fikirkan… alamat duduk rumah ala-ala sangkar burung merpati la kita sampai ke mati.

Tapi… penemuan terbaru abad nie, ada satu kemungkin bahawa setiap manusia atau individu boleh memiliki rumah sendiri tanpa memerlukan modal yang besar. Kos maksimun yang dijangkakan hanya mencecah belasan ringgit. Ini terbukti apabila terdapatnya seorang insan seni yang telah berjaya merealisasikan impian beliau untuk memiliki rumah yang tersergam indah hanya dengan bermodalkan idea dan sejumlah wang ringgit yang kecil.

Mengapa… tak percaya..?!! Jom kita saksikan kebenarannya….

Khamis, 19 Ogos 2010 0 celoteh

Aku & Hphone (Eps-4)

SalamX..!!

Setelah melalui beberapa pengalaman manis dan pahit dalam menggunakan 3 buah tipon bimbit iaitu  Nokia 8210, Sony Ericsson W580i dan Samsung s40i-00 , kini aku terpaksa le cekau jugak 1 lagik hphone baru setelah hphone kesayangan iaitu Samsung s40i-00 telah dimasak ke dalam Microwave oleh anak aku hehe…

Kali nie hphone yg aku guna adalah berjenama Nokia iSlide 6600. Harga… mak aih… lagik singgit 1K. Sabor je le… nak buat camner dah memang terpaksa pakai. Nokia nie skins dia 100% besi… berat… time sampai umah baru perasan besi huhu..!!

Designs dia memang cun habis, kecik dan color chrome. Tapi macam biasa gak, bab Mp3 setting aku memang kantoi habis, tak reti nak mengejas. Apa yg penting dalam hphone nie ialah GAMES… seronok lak aku dok layan games yg sekali pakej dengan hphone nie.

Walau bagaimanapun, ia masih baru (4 bulan dah kot), pengalaman nak citer masih kurang. Baik aku takyah citer…Apa yang penting… time free sah dah aku dok layan games dalam tu buat penahan lapor di bulan Ramadhan nie. Itu je… :-D
Rabu, 18 Ogos 2010 0 celoteh

Santapan Termahal Dunia

SalamX..!!

Sempena bulan Ramadhan, pasar lambak dah tentu menjadi pilihan umat Islam mencari juadah untuk berbuka puasa. Seperti biasa, faktor utama yang menjadi isu panas selalunya berkaitan tentang harga.

Kalau dulu harga sebiji buah tembikai hanya dalam RM6 sekilo, sekarang dah tak dapat dah. Kalau dulu RM10 boleh beli ayam golek seekor, sekarang alamat dapat bau je la.

Jadi untuk kali nie, mari kita sama-sama melihat santapan-santapan dunia termahal yang boleh kita senaraikan agar boleh menjadi panduan dalam mempersoalankan dalam urusan jual beli. Ini semua termasuklah rempah ratus dan bahan minuman yang dianggap terlalu istimewa hingga mencecah ribuan ringgit untuk mendapatkannya.

Selasa, 17 Ogos 2010 0 celoteh

Meteorite Terbesar

SalamX..!!

Meteorite terbesar pernah direkodkan mendarat di Hoba, Namibia, Afrika sekitar 80,000 tahun lampau dan dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 200 juta tahun. Meteorite ini mengandungi unsur-unsur yang tidak terdapat di Bumi kita.

Sempena dengan nama tempat pendaratannya, Meteorite Hoba awalnya ditemui oleh seorang petani bernama Jacobus Hermanus Brits pada tahun 1920. Ketika beliau mengerjakan ladang di belakang rumah, tiba-tiba bajaknya terkena sesuatu benda keras seperti besi.

Menyedari keanehan benda tersebut, Brits menggalinya dan mendapati seketul meteorite seberat 60 tan tertanam kukuh di dalam tanah.

Ahad, 15 Ogos 2010 0 celoteh

Alam Sayuran

SalamX..!!

Penah makan sayur? Isk… takkan tak penah kot. Tapi kalau aku kasi engko org nengok hasil dr kreativiti sayur mesti kau org rasa sayang lak nak makan sayur-sayur nie semua…. Tak caya…. jom kita tengok…

Jumaat, 13 Ogos 2010 0 celoteh

Istana Presiden Zimbabwe

SalamX..!!

Zimbabwe merupakan negara miskin di benua Afrika. Kadar unjuran jangkahayat penduduknya paling rendah  iaitu 37-60 tahun bagi lelaki dan 34 tahun untuk wanita. Hampir 1.8 juta rakyat Zimbabwe menghidap HIV terbiar tanpa mendapat rawatan sempurna kerana mundurnya tahap kemudahan perubatan di situ. Kadar inflasi setinggi 231,000,000 peratus menyebabkan harga barang naik sekali ganda bagi setiap 1.3 hari!! 80 peratus penduduk mengganggur. Rasuah sangat berleluasa di mana segala peruntukan untuk rakyat diseleweng oleh pihak kerajaan sewenang-wenangnya.

Paling menyedihkan, dalam keadaan rakyat menderita dan tidak diambil-berat oleh pihak pemerintah, presiden negara itu sanggup membelanjakan RM 18 juta bagi membina istana yang serba mewah. Lihatlah buktinya…

0 celoteh

Spesies Hidupan Laut Di White Sea, Russia

SalamX..!!


Fuh… cantik tul. Bukan senang kita nak lihat benda² camnie. Terpaksa nyelam kat laut, tupun kalau ader kat laut yg kita pegi nyelam. Kalau setakat nyelam di sawah belakang umah je mana nak nampak mende² camnie.

Selasa, 10 Ogos 2010 0 celoteh

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H

SalamX..!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Berpuasa lagi kita… kejap je masa berlalukan..?! Ronda² pasar ramadhan puasa yg lepas masih lagi terasa hehe..!!

Apa²pun aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al-Mubarak….  :-D
Rabu, 4 Ogos 2010 0 celoteh

Aku & Hphone (Eps-3)

SalamX..!!

Sony Ericsson W580i

Ketika aku menggunakan Samsung s40i-00 sebagai alat komunikasi utama aku, Nokia 8210 dah jadi lunyai. Naik hancur dibuat mainan oleh anak² aku. Payah nak larang, pandai je dia org bukak beg tangan ummi dia ambik sendiri. Bila nak carik balik mula le buat² miss call. Silap hari bulan boleh dengar bunyi hphone dalam tudung saji hehe…!!

Nak taknak, kena gak sambar satu yang baru untuk si ummi. Maka al-kisahnya, akupun beli le jenis Sony Ericsson W580i. Cadang nak cekau warna merah, tapi nampak cam ader kerosakan sikit kat cover dia, maka tersambar lah kaler putih seperti kau org leh nengok kat sebelah nie.

Mak aih…!! Jenis Walkman rupanya hphone kali nie. Sound dia cukup mantap, best je bunyi kalau pasang Mp3 dalam tu…. Clear Sound.

Bab function aku respect habis… mudah, jitu, mantap, laju je nak ke mana² folder, cuma nak susun fail Mp3 ikut album je aku masih tercari² cara dia. Pening sampai sekarang.

Tapi macam biasa le…. bila aku call je selalu miss call manjang…. Bila tanya je… apasal tak angkat kita call tadi….. tak perasan katanya. Huh…!! Secanggih manapun alat komunikasi yang kita ada, tapi tak reti nak angkat call… tetap nyusahkan jugak orang lain. Huhu…!! :-D
Selasa, 3 Ogos 2010 0 celoteh

Rezeki: Sisakah hasil keringat…..

SalamX..!!

Kini aku terasa perjalanan aku dalam kerjaya cukup jauh. Jika dulu aku jejak tanpa sebab, kini semuanya telah berubah. Berubah bila terlalu di pandang sepi, tanpa apa² peranan walaupun hampir seluruh keringat telah aku curahkan.

Pernah suatu ketika aku ditawarkan ’sesuatu’, tapi bila tiba waktunya… luahan kemaafan dipinta kerana itu bukan rezeki aku. Masih ada yang terdahulu perlu miliki. Aku terdiam sejenak. Hanya termampu aku ucapkan… ‘tak mengapa, anda telah banyak membantu…..’.

Suatu ketika yg cukup malang, apabila aku hampir dianugerahkan setelah berjaya mengharumi kerjaya aku selama 3 tahun berturut² berkaitan satu projek yg telah aku usahakan. Tapi…. ternyata bukan juga rezeki aku, apabila habuannya diterima oleh insan yang mengantikan peranan aku setelah aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian pada tahun penganugerahan. Cukup teraniaya.

Isnin, 2 Ogos 2010 0 celoteh

Bila Gitar Di Genggaman

SalamX..!!

 

Huhu… berangan tak habis²…! :-D