Suasana Pagi Aidil Fitri 1433H / 2012 bersama keluarga. Sedondon hijau je... hehe..!!
Ronda Bazaar Ke Bazaar |
Nasib baik si Alya tu tetap berpuasa walaupun masih pra sekolah.... syabas..!! :D
Weh~! Dah nak raya rupanya kita yek ... Sedih gak rasa bila kenangkan Bulan Ramadhan dah nak berakhir. Banyak gak KPI Ramadhan yg masih tak tercapai...
Wlu bagaimanapun... aku memohon jutaan kemaafan kepada semua warga insan jika terdapatnya tuturkata yg menyinggung perasaan kalian. Selamat Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin..!!
SalamX..!!
4 Ogos, bermula dari jam 5.45 ptg, kita orang (6 org - 3 Pegawai PPD + 2 Wakil Guru LMS + 1 Pemandu) berangkat ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Satu tujuan...
Setibanya di perkarangan istana, memasing dok perbetulkan sampin... Hahaha..!! Termasuk le aku... hehe.. Ini le fist time aku pakai sampin jalan keluar rumah jauh cam gini, selainnya cuma majlis angkat nikah kat masjid time kawin dulu. Huhu..!!
SalamX..!!
Ramadhan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadhan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadhan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadhan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.
Kadang kala, rasanya sambutan Ramadhan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, aku tak rasa sangat aura Ramadhan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadhan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.
Langgan:
Catatan (Atom)